21 June, 2011

Rohana Jalil Berjaya Menjadi Juara Bintang RTM 1980


Rohana Jalil daripada Kota Tinggi, Johor, berjaya menggondol Juara Bintang RTM 1980 Bahagian Solo dalam pertandingan peringkat akhir di Auditorium Besar, Angkasapuri, pada malam 13 Januari 1981 lalu yang telah disiarkan secara langsung iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu. Rohana, 26 tahun, menewaskan tujuh peserta solo yang lain, menerima piala pusingan dengan hadiah wang tunai $2,000.


Lapan peserta solo dan empat kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan akhir ini. Rohana Jalil pernah dua kali menyertai Bintang RTM dan merupakan anak pertama dari enam orang adik beradik.


Gambar terbaru Rohana Jalil (kiri) bersama anaknya Kilafairy. Ada perubahan wajahnya di situ..
(Imej daripada carian Google)


Beliau memberitahu para pemberita selepas menerima Piala Pusingannya bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi penyanyi yang terkenal bertaraf antarabangsa.


Juara Bahagian Solo (Rohana Jalil) dan Juara Bahagian Kumpulan (Kumpulan Bee & Gee) dengan piala masing-masing.


Sementara Kumpulan Gee & Bee terdiri dari Roziah Mohd Ibrahim dan Saleha Ali berjaya merebut Juara Bahagian Kumpulan (Padu Suara). Mereka pula menerima hadiah wang tunai $2,500 dengan piala pusingan daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.

Salah seorang anggota Kumpulan Bee & Gee, Saleha Ali ialah seorang pelajar tahun akhir Jurusan Perhubungan Media Massa di Institut Teknologi MARA (ITM) sekarang Universiti teknologi MARA (UiTM).

Kini beliau sedang menjalani latihan praktikal di Kumpulan Akhbar New Straits Times, Saleha ingin menjadi seorang wartawan. Beliau juga memberitahu bahawa penyertaannya kali ini merupakan kali pertama atas galakan kawan-kawannya.


Dengan perasaan sedih dan penuh gembira, Rohana menjulang piala kemenangannya kepada para penonton selepas menerima hadiahnya daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.


Sharon Premela Isaac, Naib Johan Bahagian Solo.


Naib Johan Bahagian Solo dimenangi oleh Sharon Premela Isaac, 20 tahun daripada Ipoh, dengan mendapat hadiah wang tunai sebanyak $1,500 sementara tempat ketiga jatuh kepada Waynie Pui Lee Keng daripada Kota Bharu, Kelantan mendapat hadiah wang tunai $1,000.

Bagi Naib Johan Bahagian Solo, Sharon, inilah kali ketiga beliau menyertai pertandingan menyanyi dan bercita-cita menjadi seorang penyanyi terkenal. Di samping menyanyi, beliau juga mempunyai hobi melukis dan memasak.

Naib Johan Bahagian Kumpulan dimenangi oleh Kumpulan Mixed Sound daripada Sabah yang terdiri dari lima orang anggota iaitu Rothman Buntar, Sahar Nordin Al-haj, Peter Dicky Lee, Mangarina Kiob dan Sahari Ahmad. Mereka menerima hadiah wang tunai $2,000.


Kumpulan New Vocals, Tempat ketiga Bahagian Kumpulan.


Tempat ketiga Bahagian Kumpulan jatuh kepada Kumpulan New Vocals daripada Subang Jaya, Selangor yang dianggotai oleh dua orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu Dzulkeflee Zakaria, Mohamad Johar Jaafar, Puteri Nordiana Megat Baharuddin dan Rafiah Khalid. Mereka menerima hadiah wang tunai $1,500.


Sebahagian daripada para penonton yang menyaksikan Pertandingan Akhir Bintang RTM 1980 di Auditoruim Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur termasuk Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.

Hanya seorang peserta lelaki sahaja yang terpilih masuk ke Pertandingan Akhir Bintang RTM 1980 ini iaitu Khoo Chong Teng daripada Melaka.

Sebarang maklumat tambahan mengenai Juara Bintang RTM 1980 ini amatlah dialu-alukan.


Sumber: Sinar Zaman, Jilid IX, Bil. 99, 1981.


*Simbol '$' menunjukkan nilai wang pada ketika itu.


13 Any comments?:

Balqis Nazid said...

ketara sungguh perubahan wajahnya...
dan jawapan yang selalu kita dengar..

Ini adalah berkat saya sentiasa berselawat..mengamalkan wudu'
menjaga pemakanan..dan bla..bla..bla...

Apapun dia memang ada suara yang sedap..

Bawang Goreng said...

Hemmm...

Perubahan wajah artis atau orang-orang popular memang obvious. Malas nak ulas saja, nanti kata 'ngumpat' pulak.

Tapi perubahan wajah bekas MB S'gor BG paling suka... berkat makan tempe katanya... ha ha...

Latest update : Miang atau suka-suka?

Unknown said...

Thanks bawak saya mengimbau kenangan lama...artis2 lama mmg lagi hebat dari penyanyi yang ada sekarang ini...apa pun all the best to Rohana Jalil.

Kak Mahh said...

Masih ingat lagi beberapa lagunya yang popular...nyanyi sikit!

fiqas said...

suara dia best, lagunya semua saya minat..

paksab said...

dah tiga kali try baru menang ..ok la tu tak kenal putus asa, artikel tak cakap pulak lagu apa dia nyanyi..sat aku ingat balik
lagu pertama 'aku dia dan malam (khatijah ibrahim) , lagu kedua "ku dan peminatku"
(sharifah aini)..rasa rasa tepat lah tu tekaan aku.

Iaryylr said...

Bro, Jom masuk Bintang RTM...

Unknown said...

hehehe.. nostalgia... xpa ar wajah dia berubah ke x, yg penting ank dia howt.... kilafairy... hehehe

Jia Sensei said...

semua org nak jadi cantik

Mr.Superman said...

lagu2 org lme lg best dr lagu2 zmn skrg yg x tntu arah je.

missRieRie said...

wow !!!

Sweet And Simple said...

masa mula2 dia buat album xlaku sgt. lepas muncul dgn album 'rayuanku' bru la ramai mengenali rohana jalil

Anonymous said...

Kumpulan Bee & Gee tu juga adalah anggota Kumpulan Harmoni bersama Zubir Ali & Joe.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'