27 July, 2011

Resit Sewa Rumah


Setelah kita berhibur dengan lagu "Diam-diam Rindu" dendangan Dahlan Zainuddin ataupun Abang Dell, untuk entri kali ini kita akan lihat satu resit sewa rumah yang dikeluarkan atas nama Madam Phoon Kuan Mee bertarikh 23.02.1976 iaitu kira-kira 35 tahun yang lalu.

Mungkin ada di antara pembaca yang belum dilahirkan lagi pada waktu itu atau mungkin sahaja baharu berumur setahun pada waktu itu. Sengaja dijadikan koleksi kerana terdapat beberapa unsur yang boleh didapati di situ sebagai satu bahan arkib.


Perkara pertama ialah mengenai setem yang dilekatkan pada resit tersebut. Setem Ulang Tahun Ke-50 (1925-1975) Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM-Rubber Research Institute Of Malaysia). Menunjukkan bahawasanya setem 10 sen yang dikeluarkan pada tahun 1975 ini terus digunakan sehingga tahun 1976 (atau sehingga kehabisan stok).

Kepada generasi baharu jangan terkejut pula apabila setiap resit pada waktu itu diwajibkan "pemati setem" dengan jumlah yang tertentu pada nilai pembayaran yang tertentu.

Adapun hal yang keduanya ialah mengenai sistem dokumentasi yang diamalkan pada waktu itu iaitu menyediakan resit rasmi bagi setiap pembayaran hatta sewa rumah sekalipun. Mungkin ramai di antara kita adalah penyewa atau tuan rumah sewa, tetapi tidak ramai juga yang akan menerima atau mengeluarkan resit rasmi bagi setiap penerimaan dan pembayaran kerana sebarang penerimaan dan pembayaran sekarang lebih mudah dilakukan secara online atau lebih tepat lagi dihujung jari.. hehe..

Perkara ketiga ialah nilai sewa rumah pada waktu itu. Dapat dilihat dengan jelas pada resit jumlah sewa yang telah dibayar ialah $200. Satu kadar yang dikira cukup tinggi pada waktu itu. Mungkin juga itu adalah kadar sewa bagi tingkat bawah sebuah rumah kedai di No. 161, Jalan Kampar, Ipoh. Adalah dianggarkan kadar sewa tersebut mungkin lebih tinggi nilainya bagi premis berkenaan pada masa ini sementelahan Ipoh telahpun menjadi sebuah bandaraya.


Moral Value: Jangan liat bayar sewa rumah...


11 Any comments?:

miss nina said...

saya lahir pun tahun 83,bernilai ni...kenangan lama

Blues Riders said...

BR to simanis:
1976, BR pun tak lahir lagi.. hehe..

BR to miss nina:
kenangan lama atau "kenangan lalu"?

Alan said...

semangat dulu dulu pakai resit..siap setem lagi hehehe..sekarang ni main bayar camtu je terus.

Adry@Daun said...

As salam BR,
Br tau resit sewa rumah/kedai dulu2 kna ada setem.. Sy sewa bangunan kedai sblm ni tak de pulak setem tu..hehe.. Yg tu setem hasil ke?

zmah said...

Memang barang lama ni,amat cantik dan klasik.

Blues Riders said...

BR to bro Alan:
kadang2 terasa perlu pula resit ni, sebagai bukti pembayaran.

BR to Adry@Daun:
kaedah "pemati setem" ni BR pun tidak berapa faham sangat. kena tanya dengan orang lama..

BR to cikgu zmah:
kalau dibingkaikan pun cantik juga.

Azizan Zolkipli said...

sekarang, tuan rumah tunggu masuk akaun je hehehe. kecuali jika ada surat2 dr IWK/PBT, barulah nak datang jengah hehehe ...

r.a.firdausi said...

waa.. sentimental value nih..:)

Siti Arfah said...

Sy pn x lhir lg thun tu. hehe. Btw kre ok la dh de resit thun tu. :)

Blues Riders said...

BR to Azizan Zolkipli:
memang betul tu bro azizan. cukup bulan tunggu duit masyuk.. hehe..

BR to r.a.firdausi:
memang sentimental bagi yang tahu menghargai nilai sekeping kertas buruk..

BR to Siti Arfah:
eh eh.. sebaya lah kita.. hehe..

Siti Arfah said...

Ea sebaya? 1991 juga ke? :)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'