28 July, 2011

Unit Udara Polis Memulakan Tugas


Pada bulan Februari 1980, Polis Diraja Malaysia telah mempunyai unit rondaan udaranya sendiri dengan menggunakan dua buah kapal terbang Cessna 206 yang telah diterima pada 19 Disember 1979. (Unit Udara PDRM ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1979).


Ketua Polis Negara bersama ASP Mohd Noor Jamari (kanan) dan Supt. Zulkifli Ali, Timbalan Pengarah Logistik Polis Diraja Malaysia.


Ketua Polis Negara pada waktu itu, Tan Sri Mohd Haniff Omar (sekarang Tun), telah menerima penyerahan dua buah kapal terbang tersebut dalam satu upacara ringkas di Lapangan Terbang Subang.

Unit Udara Polis Diraja Malaysia dianggotai oleh 13 orang pegawai polis dengan diketuai oleh Komander Unit Udara pada masa itu, ASP Mohd Noor Jamari. (Allahyarham DSP). Pada hari penerimaan kapal terbang itu juga, empat orang Inspektor telah menerima sayap mereka.


Dari kiri ke kanan: Inspektor Thoo Joon Loi, Inspektor Abdul Karim Haji Idris, Inspektor Leong Wai Tak dan Inspektor Izam Sulaiman bergambar selepas menerima sayap penerbangan mereka daripada Ketua Polis Negara dan seterusnya melayakkan mereka untuk menjadi juruterbang.


Tan Sri Mohd Haniff Omar sedang menyematkan sayap penerbangan kepada Inspektor Abdul Karim Haji Idris.


Tan Sri Haniff Omar diberikan penerangan ringkas mengenai pesawat Cessna 206.


Pesawat Cessna 206.
(Gambar hiasan hasil carian Google).

Sumber: Sinar Zaman, Jilid VIII, Bil. 87 (Februari) 1980.


Setelah hampir 31 tahun berlalu, mungkin pegawai-pegawai polis di atas telahpun bersara dari perkhidmatan mereka. Walau bagaimanapun, sekalung tahniah dan penghargaan kerana telah menjadi anggota pengasas kepada Unit Udara PDRM ini.

Untuk maklumat mengenai Unit Udara PDRM ini, pembaca bolehlah ke: Wikipedia/Unit Udara PDRM


Moral Value: Dream a little dream, to soar in the sky, its all that I can dream...



7 Any comments?:

zmah said...

Polis dulu yang berbiru muda.

PORUMAN said...

info yg menarik dn pjg..pasti google suka...

Blues Riders said...

BR to simanis yang manis:
its all that i can dream.. huhu..

BR to cikgu zmah:
baju biru muda vs seluar teh susu.

BR to PORUMAN:
t kasih, untuk sama2 berkongsi.

Pn. Sheila said...

mana dpt foto lama nie...

Terbelog said...

Tun Hanif hidup lg kan

Blues Riders said...

BR to Pn. Sheila:
daripada majalah lama yg semakin dilupakan..

BR to terbelog:
hidup lagi, salah satunya sekarang masih menjadi deputy chairman genting group and resorts world bhd selain daripada beberapa badan/pertubuhan lain.

Arm'z said...

memang menarik la... pengasas unit udara PDRM dulu cuma 4 orang sja.. Terima kasih kepada mereka.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'