07 September, 2011

Luqman Berhari Raya...


Sudah lama tidak me'mosting' kisah Luqman, anak BR yang sulung ini. Pada Hari Raya yang lalu BR sekeluarga beraya di Trolak Selatan. Memang meriahlah dengan suasana Hari Raya diikuti dengan rumah terbuka pada Hari Raya Keduanya. Banyak juga duit raya yang Luqman dapat daripada tok ayah, maktok, ibu-ibu dan bapa-bapa saudaranya serta saudara-mara yang datang berkunjung meskipun beliau tidak pernah mengerti apa-apa...


Pada Hari Raya Ke-2 juga BR membawa Luqman ke sebuah klinik kulit di Tapah (Klinik Jaya) kerana terdapat ketumbuhan di pipinya. Entah apa penyakit kulit itu tak tahulah pula tetapi menurut doktor ianya tidaklah serius dan akan hilang selepas diubati.

Bermasalah juga kerana ubat 'makan' semua dalam bentuk pil atau tablet, tiada yang cecair. Luqman memang bermasalah sedikit untuk mengambil ubat pil atau tablet ini. Terpaksalah doktor sediakan pula ubat yang ditumbuk dan dicampur dengan sirap selain daripada beberapa jenis krim sapuan. Alhamdulillah, sehingga hari ini sudah menampakkan kesembuhannya.

Terima kasih juga kepada doktor Jaya yang telah memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan hanya mengambil bayaran ubat sahaja tanpa mengenakan sebarang caj konsultansi memandangkan Luqman seorang OKU yang menghidap penyakit Cerebral Pulsy (CP). Biasanya jika bayaran untuk penyakit kulit pastinya akan mencecah ratusan ringgit. Rezeki Luqman mungkin...


Di sebalik adik-adiknya bergembira dengan duit raya dan pelbagai barang mainan yang dibeli, tidak dilupakan juga Luqman pun ada barang baharu yang dibelikan untuknya. Sebuah 'kerusi roda raya' untuk menggantikan kerusi roda lama yang telah rosak. Telah dirosakkan oleh 'seseorang' (salah seorang daripada 3 orang adiknya) yang sampai sekarang tiada siapapun yang tampil mengaku. Boleh hancur hub dan berterabur jejari mereka kerjakan..


Amat penting untuk memudahkan pergerakannya terutama apabila ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Pemulihan Carakerja (JPCK). Pernah BR mendukungnya sejauh lebih kurang 80 meter dari tempat parkir, macam nak tercabut tangan, bagai nak patah pinggang...

Kerusi roda yang baharu ini nampaknya lebih selesa sedikit daripada yang lama kerana lebih sesuai dengan fizikal Luqman. Kakinya sudah semakin panjang sampaikan meleret ke lantai jika masih menggunakan kerusi roda yang lama.

Apa-apapun, pastinya Luqman akan gembira sekiranya dia mengerti...


Moral Value: Tuhanlah di sisinya, syurgalah di tanganNya...


37 Any comments?:

ftdanisha said...

ksian ngan luqman..dia pn ade ht dan prasaan..kite kne lebih fhm n care..jgn biar dia sesorang..

[k]o{q}i[n] said...

moga luqman sembuh seperti biasa... amin..

Unknown said...

sayup je rasa...

berat mata memandang berat lgi bahu yg pikul kan...

semoga murah rezeki BR sefamily utk tampung segala kos perubatan...

Suhana Shahril said...

selamat hari raya buat cikgu BR sekeluarga

Unknown said...

Salam Aidil Fitri buat BR dan Luqman.

Tabah sungguh mak/ayah seumpama BR dan isteri. Bertuah Luqman mempunyai
keluarga sebegini.

Doa saya buat Luqman, moga tuhan permudahakan segala urusan. Amin.

nora rashid said...

moga ALLAH melimpahkan rezeki buat BR sekeluarga...ada anak istimewa...insya allah murah rezeki...

Unknown said...

sedihnye bace kisah luqman. En BR banyakkan bersabar ye. setiap dugaan pasti ade hikmahnye kan.bersyukur dengan dugaan yang diterima =)

An Najwa said...

Semoga luqman diberi kesembuhan..dan dimurahkan rezeki BR sekeluarga..Amin..

Bawang Goreng said...

Subhanallah...

Tak dapat saya bayangkan jika saya juga terpaksa menjalani kehidupan yang sama dengan BR & keluarga.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan, amiin. Jadikan doa memohon diberi kemudahan dalam segala urusan dan hajat ini sebagai amalan, insya Allah...

shyne_onme said...

Everything happen for a reason, Luqman sangat bertuah sbb dpt family yg fully support n syg dgn dia. God blesses ur family, be strong n Have faith chegu(^^)

thomas said...

Selamat Hari Raya Bro,
take good care of your son.

- abdul hadi abdul muti - said...

alhamdulillah,kerusi roda baru memudahkan pergerakan luqman.

Lia Irdelia said...

sayunya... moga dipermudahkan..

i'm shin... i'm inesen said...

semoga pakcik tabah dan sabar ek.. sesiapa yg x mengalaminya mungkin susah nak faham.. moga Allah yg Maha Memahami membantu memudahkan segala urusan yg telah ditetapkan olehNYA

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

Dah besar Loqman...masih teringat ingat sewaktu saya mendukungnya sewaktu masih kecil dahulu...salam buat Loqman....

ctk said...

tabah hadapi ujian tuhan..
pasti adew hikmah disebaliknya :)

Iaryylr said...

Teruskan usaha murni Bro!

Blues Riders said...

TERHARU...

paksab said...

macam saya ni leh dikategorikan OKU tak?? sejak umur 2 tahun hanya ada satu mata untuk melihat

Aien Not Alien said...

Selamat Hari Raya buat BR sekeluarga... ^_^"

Ninie said...

Anak itu anugerah Tuhan. Mcm2 bila Tuhan nk bg pahala...bersyukur lah BR adalah hambaNYA yg terpilih utk mmperoleh pahala berganda2 saban hari.... FirmanNYA: "mintalah pertolongan dgn BERSABAR dan SOLAT"...
Sama2 doakan kesihatan Luqman dan jgn kita jemu berjuang (doa & ikhtiar) walau jauh dari tanda2 kemenangan.

is revered by you said...

cikgu BR n keluarga adalah antara insan terpilih... semoga tabah n kuat menghadapi dugaan..pasti besar nikmat nya kelak... insyaallah...SELAMAT HARI RAYA..

Sarah Sylph said...

hmmmmm, Sarah ada adik, OKU jugak...
Semoga BR terus tabah demi Luqman :D

Run Away said...

kesiankan...

Run Away said...

kesiankan...

AiDa YaNiE said...

amat menyentuh hati aida , aida harap pak cik BR bersabar n moga Luqman akan sembuh seperti biasa.

aima said...

luqman mengerti semua tu cuma dia tak tahu macam mana nak luahkan rasa dia pd papanya.....moga BR dan luqman terus tabah menjalani hari hari mendatang....

mama aini said...

sian luqman !!..semuga BR tabah menghadapi ujian yg allah berikan..hanya org2 yg mengalami lbh tahu deritanya...hu2x..

ELD SUKASIH said...

semoga penyakit kulit lukman cepat sembuh ..tuhan sentiasa menyayangi dia..

Yumida said...

smoga Allah memberi kesihatan yg baik utk lukman...n diucapkn slmt hri raya utk lukman sekeluarga...

Anonymous said...

Salam.. insyaAllah, hanya syurgalah tempat yang dijanjikan Allah untuk lukman.. semoga keluarga tabah menghadapi ujian ni..

Fasihah Supian said...

PAsti ada balasan yg baik menanti pakcik BR di sana nanti :)

Ticer Syah said...

luqman is very lucky to be with u and ur family... luqman mesti happy dpt kerusi roda baru.. nice! red colour lg.. hehe

tujuhhariseminggu said...

selamat hari raya... harap2 lukman cepat sembuh... amin... :)

#mirulFizi# said...

semoga lukman cpt smbuh.. :)

chia-chia fashion. said...

moga tabah...ujian untuk kita kelak akan ada balasanya..
selamat hari raya untuk BR sekeluarga..

syukur izan bole jalan sudah...http://norintan-mamachia.blogspot.com/2011/08/akhirnya-keajaiban-itu-muncul-dibulan.html

chamizah said...

BR org tapah ke? kt kg mane? kg saye & kg asben pn kt Tapah gak. Kg changkat petai.. maka klu saya blk kg, dkt la kite kan.. & tiap kali blk tapah, wajib saya g psr mlm tapah & tapah road. Saya baru baca & baru tahu keadaan anak sulong BR..sblm ni saya xtau ape2 psl family BR pon. kuat sungguh ujian Allah pd BR & Luqman. dan sesungguhnya dia amat suci dr segala & insya'Allah syurga adalah tmptnya nnt bila disana.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'