20 November, 2011

Ujian Tuhan


Ni la Abang BR hang nak habaq mai, dua tiga hari ni tak boleh nak on9 (pinjam perkataan generasi kini) pasai laptop Abang BR hangpa melingkop. Disaat-saat genting pulak tu, apapun tak boleh... Tak tahulah pula kenapa tiba-tiba screen laptop jadi hitam pekat tanpa sebarang paparan. Jenuh jugalah menggagau di dalam gelap.


Inilah rupa screen yang gelap itu. Memang gelap..


Nasib baik juga bukan sistem yang terganggu, cuma paparan sahaja yang menjadi gelap. Masih kedengaran dengan jelas Windows di buka dengan sebaiknya sewaktu proses booting.

Mengikut perkiraan ini adalah kali kedua masalah screen ini berlaku. Kali pertama dahulu masalah screen juga tetapi lebih serious kerana retak mungkin akibat terhempas atau tertindih benda berat tetapi telah diganti dengan screen yang baharu, lebuhraya juga RM700.


Ini pula rupa surat arahan dari jabatan. Rakan setugas panggil "Surat Kepala Rimau".


Ngam-ngam pula terjadi pada hari Rabu 16.11.2011 sehari sebelum keputusan rasmi UPSR 2011 diumumkan. Sungguh mengerikan kerana semua data melalui aplikasi yang dikehendaki oleh kementerian semuanya tidak boleh dicapai. Semuanya perlu diselesaikan segera kerana melibatkan data peringkat negeri dan terus ke kementerian.

Itu belum dikira yang lain-lain lagi, blog pun nak kena update juga, rakan-rakan bloggers pun nak kena lawat juga, rakan-rakan yang sedang bergurau-senda di Facebook pun nak kena ambil tahu juga, Email pun nak kena jenguk-jenguk juga sebab semua penghantaran data melalui email. Portal UPSI pun nak kena jeling-jeling juga.. He he..


Susah hati punya pasal, kalau boleh nak hisap rokok macam ni..
(Imej carian Google)


Melilaulah sekejap, pegang yang tu tak kena, pergi sini tak kena, tengok yang tu tak kena, duduk sini tak kena, pendek kata serba tak kena jadinya. Memang tidak dapat disembunyikan lagi walaupun dengan sedaya upaya yang ada cuba untuk berlagak cool.

Sungguhpun demikian. terima kasih banyak-banyaklah kepada rakan-rakan setugas yang sedia meminjamkan laptop dan apa jua yang boleh dipinjam, tetapi apakan daya, semua data berada dalam hard disk asal. Buka hard disk asal untuk dijadikan external, casing SATA pula tak ada..


Inilah rupanya screen yang rosak itu.


Akhirnya terpaksalah bergegas ke Tanjung Malim, cadangnya memang hendak beli yang baharu tetapi mujurlah technician bertugas boleh membaikinya dan berjanji untuk menyiapkannya dengan kadar segera. Katanya small matter saja ni, cuma siap duit saja..


Alhamdulillah, sekarang segalanya telah kembali asal bak kata orang kampung BR, back to normal.

Banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada ujian kecil yang diturunkan ini, salah satunya ialah bagaimanalah orang dulu-dulu boleh menjalankan tugas mereka dengan cemerlang walaupun tanpa laptop dan internet?

Orang sekarang jika tiada laptop (atau seumpamanya) dan sambungan internet, seolah-oleh semua kerja tidak boleh dijalankan. Mungkin itulah yang dinamakan kemajuan bersesuaian dengan arus zaman, tetapi adakah kita semua juga sudah cukup bersedia untuk itu?


Ini pula rupa resit dengan jumlah wang yang kena bayar. Ada sesiapa nak sponsor? Keh keh keh..


Moral Value: Sabar adalah jalan keluar terbaik bagi orang yang tidak menemukan jalan keluar yang lain..

14 Any comments?:

Aiman said...

eh.. ? tak update sebab laptop rosak.. ?

ingatkan tak update selalu sebab saje2 je macam tuh.. huhu..

sy bca senyap2 :D

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

nuffnang bole sponser...he he...adat la bro...duit barang kena guna..simpan duit banyak2 tak guna...kufur nikmat kot...

khalila ishak said...

ohh... mmg gelap betul screen tu abg BR. huhu

Alan said...

kalau ada rezeki ambil je laptop baru bro..zaman sekarang ni masalahnya data banyak dalam komputer..tu pasal kerja tak boleh jalan.

lain kali backup semua data dalam external harddisk.kalau laptop rosak, boleh buat kat pc lain.

Adry@Daun said...

As salam tuan,
Skrin LED/LCD mmg tak blh repair bila rosak. Kena tukar seketoi.. nama dlm foto kedua tu mcm kenal je..hehe..

p/s : Terima kasih...dh terima dgn selamat kiriman brg drp BR. Tak sempat nk sembang byk dgn org kampung tadi. Jumpa dia sekeluarga kat Makan Mahsuri.

Blues Riders said...

BR to Aiman:
insyaAllah jika tiada aral, blog ini akan sentiasa di update. terima kasih kerana sudi mengunjung blog ini.

BR to bro Tokan:
semoga dijauhi sifat kufur nikmat itu.. amin.

BR to k.h.a.l.i.l.a:
memang gelap dan kelam..

BR to bro Alan:
betul tu bro, sekarang ini semua data pakai komputer & internet. sebelum ni memang ada buat backup, tapi tak sangka pula boleh jadi macam ni.. huhu..

BR to Adry@Daun:
nama yang mana satu tu bro? hehe..
besi temin tu sebagai kenangan dari BR. boleh juga dijadikan contoh nanti.

Iaryylr said...

lebih kurang lad top iaryylr, pun ada masaalah sikit seperti bercecair dibawah, tapi masih boleh pakai.. Selamat kembali!

shah said...

coooobaaannn

Blues Riders said...

BR to bro ia:
tunggulah sikit hari lagi, mungkin akan mengalami nasib yg sama. dah boleh tukar baru tu.. hehe..

BR to simanis:
alhamdulillah, masih sihat lagi..

BR to shah:
coooobaaannn...!!

sal-nurbeena said...

SElamat kembali bro BR.
SEmua tu dugaan Ilahi. Adatlah bila rosak tu.

NUFA's said...

salam :)

ramai yg ckp laptop acer nih mmg slalu ade mslh dgn skrin . *laptop sy pon rosak juga :( ~ twice ! last last beli baru jep .

Akak Kembang said...

nak isap rokok camtu..boleh mati ma...

Blues Riders said...

BR to nurbeena:
terima kasih..

BR to cikSENGEH:
mungkin juga, masuk ini dah kali kedua ganti screen.. huhu..

BR to Alin Marlini:
merokok membahayakan kesihatan.. hehe..

Anonymous said...

nape ar skrin laptop tbe2 gelap???mgkin ke sbb vrus?

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'