07 November, 2011

TV Warna Diperkenalkan


Generasi baharu mungkin ada yang tidak pernah menyedari bahawa suatu ketika dahulu iaitu sebelum tarikh 28 Disember 1978 iaitu kira-kira 33 tahun yang lalu, semua siaran TV di negara kita adalah dalam bentuk hitam putih. Mungkin sebaik sahaja "celik-celik mata" telah dihidangkan dengan siaran 100% TV warna dengan pelbagai rancangan yang menarik, telah menyebabkan zaman wujudnya TV hitam putih itu telah dilupakan tanpa disedari.


Majlis Pelancaran TV Warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28 Disember 1978 oleh Perdana Menteri Datuk Hussein Onn. Rancangan pertama yang disiarkan dalam bentuk warna ialah program Puspawarna yang disiarkan secara langsung. Perubahan dari hitam putih kepada TV warna ini merupakan satu lagi kejayaan besar media ini di samping kemajuan kemajuan di segi tambahan masa siaran, penerbitan rancangan tempatan dan sebagainya.

Ura-ura melancarkan perkhidmatan TV warna di Malaysia mula diperbincangkan sejak tahun 1974. Berikutan dengan itu sebuah Lembaga Petugas TV warna RTM telah ditubuhkan dalam bulan Ogos 1976 berikutan dengan langkah kerajaan meluluskan projek tersebut yang pelancarannya ditetapkan pada akhir 1978.

Lembaga Petugas telah diarahkan untuk mengkaji keperluan-keperluan tambahan kakitangan, latihan dan juga alat-alat kelengkapan. Sejak penubuhannya, Lembaga ini telah mengadakan beberapa persiapan dan di antara lain telah mencadangkan untuk memberi latihan kepada para kakitangan supaya mereka mempunyai pengetahuan yang lengkap dan semasa bagi melaksanakan projek TV warna.

Beberapa pertubuhan penyiaran yang mempunyai siaran TV warna telah dihubungi untuk mendapatkan kemudahan latihan. Antaranya termasuklah BBC London, BCNZ New Zealand, ABC Australia dan juga CBC Kanada.


Beberapa rombongan yang terdiri dari anggota-anggota Lembaga Petugas termasuk pegawai-pegawai Kejuruteraan, Penerbitan, Perkhidmatan Filem, Berita, Rekabentuk dan Pementasan dan juga yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaannya telah membuat lawatan ke negara-negara seperti Britain, Jerman, Australia, Kanada, Switzerland, New Zealand dan juga Singapura untuk mengkaji segala aspek pelaksanaan TV warna serta masalah-masalah yang dihadapi di negara-negara tersebut.

Sambil itu beberapa kumpulan kakitangan telah dihantar ke luar negeri terutama Britain, Australia dan Kanada untuk mendapatkan latihan di pertubuhan-pertubuhan penyiaran di negara-negara tersebut.

Peralihan daripada rancangan hitam putih kepada warna telah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Ini bermakna tidak semua rancangan-rancangan TV selepas tarikh itu adalah 100% dalam bentuk warna. Siaran TV berwarna dijangka akan hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam masa lima tahun selepas itu.


Di antara rancangan-rancangan yang disiarkan dalam bentuk warna pada waktu itu ialah A Man Called Slone dibintangi oleh Robert Conrad dan Ji-Tu Cumbuka, Mysterious Monsters dibintangi oleh Peter Graves, filem western Sentinel, Hart to Hart dibintangi oleh Robert Wagner, filem jenaka Benson, Salvage dan Incredible Hulk (Mr. McGee.. you don't like me when i'm angry.. pastu jadi hijau.. hehe..)

Tayangan untuk kanak-kanak juga seperti Cinderella, Johnny Appleseed, Robin Hood, Alice in Wonderland, Snow White, Hiawatha, Around The World in 80 Days dan Tom Sawyer.

Bagi melicinkan lagi proses pelancaran TV warna, sebuah jawatankuasa khas pelaksanaan telah dibentuk dengan tugas meneliti tiga perkara iaitu mengkaji sama ada peti TV warna boleh didapati dengan harga paling murah supaya mampu dimiliki oleh semua golongan rakyat; mendapatkan potongan cukai dari kementerian Kewangan untuk harga komponen TV warna serta menentukan peti TV yang diimport dapat dikurangkan harga, dan ketiga, mencari jalan sama ada peti TV warna dapat disewa untuk mereka yang kurang mampu.


Datuk Mohamed Rahmat (Menteri Penerangan pada waktu itu) mengingatkan pengguna-pengguna bahawa walaupun TV warna telah dilancarkan, ini tidaklah bererti mereka yang tidak memiliki TV warna tidak boleh mendapatkan siaran di TV hitam putih mereka.

"Mereka yang mempunyai TV hitam putih akan tetap dapat melihat tayangan filem-filem seperti biasa. Mereka tidak seharusnya mendengar khabar-khabar angin kononnya apabila TV warna dilancarkan, TV hitam putih mereka tidak akan berguna lagi."

Pelancaran TV warna ini telah menelan belanja sebanyak $80 juta dan hampir $30 juta telah dibelanjakan untuk pelaksaannnya di peringkat awal. ($ adalah nilai matawang pada waktu itu).

Kepada pembaca yang pernah melalui zaman TV hitam putih pastinya mempunyai nostalgianya yang tersendiri yang tidak dimiliki oleh generasi sekarang. Masih teringat lagi betapa ajaibnya pada waktu itu apabila melihat buat pertama kalinya siaran TV dalam bentuk warna...


Untuk maklumat lanjut mengenai RTM, pembaca boleh ke: Wikipedia/Televisyen Malaysia


Moral Value: Every day may not be good but there's something good in every day.


18 Any comments?:

Sri Mersing said...

Yop sempat melalui zaman hitam putih malah zaman guna pelita dan seterika arang kayu...

atuk said...

Salam Aidil Adha BR

teringat pergi menonton tv di rumah orang dgn bayaran 20 sen

Wassalam

alan said...

perghh nak buat siaran tv warnapun mencecah RM80 juta ringgit.mahalnya sistem ni dulu.

Blues Riders said...

BR to Sri Mersing:
bukan semua orang sempat melalui zaman itu, pastinya meninggalkan kenangan yang manis..

BR to atuk:
haha.. memang betul. menonton di kedai kopi pun kena bayaran 20 sen sebab guna generator.. anak2 akan ketawa apabila diceritakan itu..

BR to bro alan:
$80 juta pada waktu itu (1978), amat besar nilainya. mungkin juga kerana pertama kali hendak diadakan.

Scha Nazri said...

amazing! menarik!

Iaryylr said...

Bro, disana ada tv hitam putih yang masih berfungsi tak?

Blues Riders said...

BR to syAzAnA:
sekadar berkongsi info..

BR to bro ia:
nak buat aquarium ka?

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
kat kpg aku rumah bapak aku mula2 ada tv warna..masa tu aku darjah 4(1978).. masa cerita combet main aku disuruh bapak saudara kutip duit 10 sen seorang pada jiran nak tengok cerita perang tu..penuh rumah bapak saudara aku...lucu dan seronok.

paksab said...

memori dulu tengok tv hitam putih kalau tengok bola , satu team pakai baju putih, satu lagi pakai baju kuning.jenuhh nak kenai team mana? kena tengok stokin pulak

Blues Riders said...

BR to simanis:
tv antik tu.. amat sesuai untuk tengok cerita p. ramlee..

BR to yusuflaili:
cerita kutip duit untuk menonton tv zaman dulu2 memang kelakar jika dikenang.. satu kampung turun bawa pelita, jamung dan torch light semata2 nak tengok tv.. hehe..

BR to paksab:
betul tu paksab, yang kenal hanya referi sebab bajunya saja yang hitam..

khalila ishak said...

teringat ade satu tv lame dulu kat umah. huhuu.... kenangan mengusik jiwa

~~Ap Hasnida~~ said...

salam ziarah...umah mak dulu pun ade tv yang macam almari tu...wink**..dulu ai masih kecik..kalu x..mesti ai da import masuk uma skrg ni...antik!!

nikths said...

nostalgia tgk tv kat rumah orang lepas tu dah ada tv kotak kayu sendiri orang pula datang tengok.Kelakar bila tengok cerita pocong satu keluarga jiran duduk kelompok rapat2 sebab takut.Jenuh nak kena hantar pula sebab takut nak balik rumah.TV kotak kayu TELEFUNKEN masih ada lagi tapi tiubnya dah tak ada.Buat isi baju buruk je.

Blues Riders said...

BR to k.h.a.l.i.l.a:
memang mengusik jiwa, bagi yang pernah melaluinya..

BR to ~~Ap Hasnida~~:
memang antik sebab sekarang memang orang dah tak pakai dah tv macam tu..

BR to bro nik:

datang tengok berani, hendak balik takut pula.. hehe.. telefunken, memang jenama terkenal tu, kalau ada lagi boleh buat aquarium.

Kak Mahh said...

Masih teringat lagi TV hitam putihhh

teratai said...

rumah jadi 'panggung wayang' bagi penduduk kampung!

Blues Riders said...

BR to cikgu zmah:
zaman kita lah tu.. hehe..

BR to teratai:
betul tu. biasanya hanya rumah orang berada sahaja yang mampu memiliki tv pada waktu itu.. huhu..

Copas 4 Islam said...

Saya dulu punya yang hitam putih doang,,,, setelah tahun 1996 baru punya tivi berwarna

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'