22 December, 2011

Azlina Aziz


Memang benar kata pepatah, "bapa borek anak rintik" itulah dia si kecil molek Azlina Aziz lahir dari keluarga seni. Ibunya seniwati Normadiah, penyanyi dan bintang filem terkenal dalam tahun 1950-an. Begitu juga ayahnya seniman dan pengarah Aziz Jaafar.


Azlina menempuhi tiga cabang seni secara berperingkat sejak kecil lagi hingga menjadi gadis remaja yang memiliki berbagai kebolehan. Azlina menempuh liku-liku dalam arena seni dengan bakatnya sebagai penari, kemudian muncul pula sebagai pelakon dan kini sebagai penyanyi.


Seniwati Normadiah.


Dunia seni suara merupakan peringkat akhir dalam usaha menonjolkan bakatnya dalam bidang seni. Azlina sebagaimana yang kita ketahui adalah merupakan anggota penting dalam kumpulan penari ibunya Normadiah Dancers.


Seniman Aziz Jaafar.


Dalam seni lakonan, setakat ini Azlina telah turut mengambil bahagian dalam filem "Prebet Lapok" dan "Sumpah Semerah Padi". Walaupun peranan beliau di dalam filem-filem tersebut tidaklah besar, namun Azlina telah menampakkan bakatnya yang semulajadi.


Azlina kini memberanikan diri menapak setapak lagi ke arah kemajuan untuk menjadi seorang rekording artis dengan terlancarnya album pertama beliau yang berjudul "Kau Pergi Jua" pada tahun 1981.

Muka Satu

1. Kau Pergi Jua - Akhbar Nawab/Lydia.
2. Malam - Akhbar Nawab/Nordin Che Din.
3. Wajahmu Di Mana-mana - Akhbar Nawab/Lydia.
4. Andainya Bercinta - Akhbar Nawab/Nordin Che Din.
5. Jika Ditinggalkan - Akhbar Nawab/Lydia.


Muka Dua

1. Berpura-pura Sayang - Akhbar Nawab/Lydia.
2. Sirih Pinang - Tema Filem Sumpah Semerah Padi oleh Ahmad nawab/Ahmad Zaki.
3. Dewa Dewi - Osman Ahmad.
4. Ku Bahagia Keranamu - Akhbar Nawab/Lydia.
5. Ku Pinta Pengertianmu - Mazlan Manan/Rahmat Zaki.


Wajah Azlina Aziz sekarang.


Lagu yang sedap didengar ialah lagu "Dewa Dewi" yang pernah dipopularkan oleh ibunya seniwati Normadiah kerana suaranya saling tak tumpah seperti suara ibunya.


13 Any comments?:

yusuflaili(Goku) said...

salam;
nostalgia sungguh,...aku suka suara dia ni nyaring.

Nens Collection said...

suara sama..muka pon sama..hehehe

kak mah said...

Teringat pula ke Azlina Aziz,kaset lama dah rosak ,teringin pula nak cari Cd...jom pi kedai..

paksab said...

teringat funfair kat Tikam Batu Sungei Petani kat "bunting"tertulis malam tu artis jemputan
Azlina Aziz punya la ramai oghang datang malam tu ..bila dah beli tiket penganjur kata Azlina Aziz tak boleh datang sebab cedera main bola sepak artis wanita..punya lah kecewa last sekali Maidin ngan Pie datang menyelamat kan keadaan

atuk said...

Assalamualaikum BR

zaman saya muda2 dulu
merdu suara nya

Wassalam

zuwaidah said...

album ni yg paling saya suka.

Alan said...

sayapun suka layan lagu azlina aziz

Ridhwan said...

bukan senang nak cari sejarah cmni..nice info! =)

uyaitusaya said...

retro..:)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Dia mempunyai kelas yang tersendiri.

sabree hussin said...

kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

tunz said...

suara ni memang sedap

Blues Riders said...

BR to yusuflaili(Goku):
memang nostalgia.. suaranya pun sedap didengar..

BR to Nens Collection:
sesekali dengar memang suaranya seiras dengan suara ibunya..

BR to kak mah:
jom.. boleh simpan buat koleksi.

BR to paksab:
tak tahu pula azlina aziz ni pandai main bola. takpa paksab, Maidin ngan Pie pun kira ok apa?

BR to atuk:
BR pun muda lagi waktu tu, suaranya memang merdu..

BR to zuwaidah:
ini album pertama beliau, banyak lagu2 yg sedap didengar.

BR to bro Alan:
memang layan.. lagu 'wajahmu dimana2' pun ok juga.. hehe..

BR to Ridhwan:
terima kasih bro..

BR to uyaitusaya:
memang retro..

BR to Paty's Kitchen - Cook with passion:
betul tu, beliau mempunyai peminat dan kelas yg tersendiri.

BR to sabree hussin:
like father/mother like daughter.. hehe..

BR to kak tunz:
memang sedap dan nyaring..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'