03 December, 2011

Sejarah Penciptaan Televisyen


Boleh dikatakan hampir kesemua rumah kini mempunyai peti televisyen tetapi tidak ramai pula yang benar-benar memahami sejarah penciptaannya. Sebagai maklumat tambahan, marilah sama-sama kita ikuti sejarah penciptaannya.

Televisyen berasal dari dua kata yang berbeza asalnya iaitu tele (Bahasa Yunani) yang bererti jauh dan visi (Videre - Bahasa Latin) yang bererti penglihatan. Televisyen, kata asalnya television (Bahasa Inggeris) bermaksud melihat jauh. Melihat jauh dalam konteks pemahaman ini disamakan dengan gambar dan suara yang diterbitkan di suatu tempat (Studio Televisyen) dapat dilihat dari tempat lain menerusi sebuah alat penerima (peti TV).


Istilah television sebenarnya baharu dicetuskan pada 25 Ogos, 1900 di Kota Paris, Perancis, semasa satu pertemuan para ahli bidang elektronik dari beberapa negara diadakan di situ.

Perkembangan bidang teknologi elektronik dunia memperlihatkan beberapa kemajuan awal sejak abad ke-19 hinggalah ke abad ini. Siaran radio yang mendahului kemunculan televisyen dalam bidang itu telah dirintiskan oleh seorang ahli elektronik bernama Dane. Dalam tahun 1802, beliau telah menemukan bahawa 'pesan' dapat dikirim melalui kawat beraliran elektrik dalam jarak pendek dalam satu eksperimennya yang sederhana. Penemuan itu kemudian diperkembangkan pula oleh James Maxwell, Heinrich Bertz dan Guglemo Marconi.

James Clerk Maxwell


Maxwell, ahli geografi Inggeris, berjaya menemukan rumus-rumus yang dipercayai dapat mewujudkan gelombang elektromagnet iaitu gelombang yang digunakan untuk radio dan tv pada tahun 1865. Beliau berpendapat gerakan magnetik dapat menerusi ruang angkasa secara bergelombang dengan kecepatan 186 000 batu per saat selari dengan kecepatan cahaya.

Teorinya didapati benar dan Maxwell dikenali sebagai "Scientific Father Of Wireless" (Bapa Saintifik Wayarles).


Heinrich Rudolf Hertz


Pada tahun 1884, Hertz juga mendapati teori Maxwell benar dan pada tahun 1895, Marconi mempraktikkan teori itu. Pada tahun 1896 Marconi berjaya mengesan bunyi tanpa kawat dan pada tahun 1901, dia berjaya pula mengembangkannya dengan jarak melintasi Lautan Atlantik.

Pada tahun 1906, Dr. Lee de Forest dari Amerika Syarikat telah mengembangkan penemuan Marconi dan menciptakan tiub vakum yang memungkinkan suara dapat dipancarkan. Siaran radio pada awalnya telah oleh David Sarnoff (1915) dan seterusnya siaran radio itu berkembang seperti sekarang ini.

Berasaskan penemuan Dane (1802), muncul berbagai perkembangan dalam bidang komunikasi dengan inovasi terbaharu. Antaranya termasuklah telegraf, telefon, gelombang elektromagnet, radio perhubungan, radio siaran dan juga televisyen pada abad ke-20.

Kita harus menghargai sumbangan yang telah dimainkan oleh beberapa orang ahli sains yang telah berjaya melakukan penelitian untuk mewujudkan 'gagasan' pemindahan gambar dari satu tempat ke tempat lain menerusi menerusi udara.

Ferdinand Braun


Antara mereka ialah Maurice le Blance, Brillouin, Seleneqdan Dussand (di Paris), de Paiva (Lisbon), Heinreich Hertz dan Paul Nipkow (Berlin), Sutton Bidwell, Alexander Bain (London) dan Ferdinand Braun (Strassbueg). Mereka adalah peletak dasar gagasan-gagasan perkembangan TV di masa depan.

Penyelidikan untuk terus meningkatkan teknologi TV dilanjutkan menjelang Perang Dunia Pertama. Dasar TV warna pula telah dicanangkan oleh nama-nama seperti dari Jerman, Max Dickman, Rosing dan Vladimir, dari London ditemui nama Campell Swinton, Di Paris Armengaud, Rignoux dan Fournier dan di Budapest, Denes von Mihaly.

Sewaktu meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua, sejarah telah menyaksikan satu perpindahan golongan penyelidik teknokrat dari Benua Eropah ke Amerika Syarikat. Antara mereke termasuklah Zworykin (Rusia) pada tahun 1918 dan Charles Jenkin dan Farnworth dari Eropah. Kehadiran mereka mendorong perkembangan yang pesat dalam bidang televisyen di negara berkenaan.

Paul Nipkow


Dari nama-nama peletak dasar TV di atas, perlu diingati juga akan penemuan Paul Nipkow (1884) iaitu sebuah alat bernama Jantra Nipkow (disebut Nipkow Disk dan Nipkowsheibe), yang melahirkan TV mekanik yang waktu itu bernama Electrische Teleskop.


Televisyen elektronik seperti yang kita miliki sekarang ini sebenarnya berpunca dari perubahan dasar TV mekanik yang mempergunakan teknik penyapuan (scanning device) walhal televisyen elektronik menggunakan teknik penyapuan secara elektrik. Semua ini berlaku hasil kerjasama para ahli elektronik Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 1923.

Paul Nipkow telah diletakkan sebagai perintis pembangunan pertelevisyenan kerana penemuan Jantra Nipkow nya yang mana kemudian menjadi dasar perkembangan pertelevisyenan sampai diketemukannya teknik penyapuan secara elektronik pada tahun 1923. Beliau juga telah dianggap oleh dunia sebagai Bapa televisyen.


Begitulah serba sedikit mengenai sejarah TV hanya sebagai info asas untuk kita semua. Suatu masa dahulu TV merupakan satu alat yang sungguh dibanggakan bagi mereka yang boleh memilikinya sama seperti telefon bimbit sekarang.


Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai sejarah penciptaan TV, pembaca bolehlah ke:




Moral Value: Everything happens for a reason.. just believe.


20 Any comments?:

efa said...

thanks sharing nice info

Syafiq Ahadin said...

gambar tv yang 1st and 2nd tuu sempat guna!! hehe! sekarang dah rosak.... wooO~~~

Teacher Basariah said...

nostalgia betoi..tv kat atas tu macam kat umah tok wan dulu..

Blues Riders said...

BR to efa:
terima kasih.

BR to Syafiq Ahadin:
tv hitam putih tu. memang nostalgia kepada yg pernah menggunakannya..

BR to Teacher Basariah:
memang nostalgia. BR masih simpan tv itu. http://bluesriders.blogspot.com/2010/04/television-setron-20-tahi-cicak-blues.html

Alan said...

dahulu peti tv punyalah besau.siap tempat suiz kat sebelah dia.

dulu family ada tv singer tak silap.kat tepi dia, suiz tekan channel dia sampai 12 button tak silap. belum campur dengan suiz bunyi, suiz adjust warna dan lain lain.

tv sekarang cuma sekadar skrin nipis saja.

teknologi semakin canggih :)

Blues Riders said...

BR to bro Alan:
semuanya tinggal kenangan.. button channel jenis pulas. teknologi kini semakin canggih.

model pakaian muslim wanita said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

Blues Riders said...

BR to model pakaian muslim wanita:
terima kasih.

Sri Mersing said...

sempat berada di zaman tv hitam putih yang menggunakan sliding door.

▪imie fatima▪ said...

tv yg guna sliding door tu sempat tengok kat umah arwah atok dulu2,n tv button pulas sempat umah saya guna tv yg 1st skali.

Blues Riders said...

BR to Sri Mersing:
di sekitar tahun 70-an, tv jenis sliding door memang popular. sekarang orang buat akuarium..

BR to ▪imie fatima▪:
selalunya org letak plastik biru di depan screen utk elakkan silau. tv sliding door dan volumenya pun jenis sliding juga..

iaryylr said...

Bro, pinjam tv jap, nak nengok kapten o, buck roggers, chips, bj mekey, dlln..

deen azmee said...

hohoho.. rumah tok wan saya masih ada tv lama ni.. mmg klasik la.. tapi sayang dah tak berfungsi lagi..

Blues Riders said...

BR to bro ia:
silakan.. jgn lupa tengok the six million dollar man, bionic woman, chips, combat..

BR to deen azmee:
takpa bro deen, simpan sebagai kenangan..

Ayien Ocaca said...

umah nnek ien ade tv antik tu... :)

yusuflaili(Goku) said...

salam;
dulu ada juga tv seperti pic pertama tu jenama dia singer siap ada penutup kiri dan kanan sebiji mcm dlm pic tu...

SheyPull said...

tetibe teringin nak tgok TV lame..LO


Hye awk, Jom la jengah BLOG saye pulak...: Telefon pintar punca sakit tengkuk dan jari yang kronik ?

Muzaffar said...

Talibesen...

TV....

Televisyen...

Semuanya sama.

Cuti sekolah talibesen terpasang 24 jam..

TV punya pukulan ibu bapa pening kepala.

Televisyen oh televisyen...

Saya ada simpan satu set TV lama jenama Blaupunkt....

Blues Riders said...

BR to Ayien Ocaca:
simpan ler buat kenang2an..

BR to yusuflaili(Goku):
jenama tv dalam pic tu jenama setron. BR masih simpan lagi.

BR to SheyPull:
tengok ler..

BR to cikgu paq:
ambil tali, ambil besen, pastu gantung, jadilah tengok talibesen.. hehe..
BR pun sama 24 jam terpasang sejak cuti sekolah ni..

Nor Nabilah Najiha said...

entry best , tapi takleh copy paste pule ~

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'