23 January, 2012

Kong Hee Fatt Choy


Dua puluh tiga haribulan Februari tahun 2012 adalah Hari Tahun Baru Cina. Hari Tahun Baru merupakan perayaan yang paling penting bagi kaum Cina. Ia menandakan permulaan bulan musim dan tahun baharu. Perayaan ini berlarut selama lima belas hari. Hari Tahun Baru ini bukanlah satu perayaan keagamaan seperti Hari Raya.

Mengikut adat dan kepercayaan masyarakat Cina, untuk menyambut hari kebesaran ini permainan mercun adalah digalakkan. Ia melambangkan akhirnya yang lama dan bermulanya hari baharu. Bagi orang-orang yang berniaga, permainan mercun dikatakan dapat membawa keuntungan yang lebih dalam tahun baharu.


Bersempena Hari Tahun Baru, orang-orang Cina adalah digalakkan lawat-melawat antara satu sama lain. Kanak-kanak dan mereka yang belum berumah tangga akan menerima hadiah bungkusan merah (angpau) daripada saudara-saudara mereka.

Tetamu-tetamu akan dihidangkan dengan bermacam-macam kuih-muih, gula-gula dan buah-buahan. Dalam menyambut Hari Tahun Baru ini beberapa pantang larang haruslah diikuti.

Antaranya ialah: Pada hari itu, kaum-kaum Cina dilarang menyapu sampah di dalam rumah. Mereka percaya menyapu sampah mungkin menyapu segala keuntungan yang mereka akan perolehi dalam tahun baharu itu.


Mereka juga percaya yang adab tertib pada hari Tahun Baru sangatlah penting kerana ia boleh melibatkan penghidupan seseorang pada sepanjang tahun yang akan datang itu. Oleh itu perkataan-perkataan seperti yang kurang enak seperti mati, hutang, sakit, kemalangan, kesusahan dan sebagainya tidak boleh disebut kerana dikhuatiri ia akan menimpa diri seseorang itu kelak.

Perkataan-perkataan yang baik seperti keuntungan, kekayaan dan kesenangan mestilah diucapkan selalu sebagai gantinya.


Satu lagi tradisi pada Hari Tahun Baru Cina ialah persembahan Tarian Singa. Ia merupakan satu aktiviti atau acara kebudayaan yang sangat popular di kalangan orang-orang Cina di Malaysia untuk merayakan Hari Tahun Baru Cina.

Menurut fahaman dan kepercayaan mereka, Tarian Singa adalah sama seperti Tarian Naga dipersembahkan untuk menyambut tuah dan kebahagiaan. Barang siapa yang mengadakan tarian ini akan bahagialah nasibnya sepanjang tahun.

Sementara itu, hari ketiga adalah dianggap penting untuk membuka atau menjalankan perniagaan kecuali jika sudah dibuka pada hari yang kedua.

Hari Cap Goh Mei ialah hari yang ke-15 tahun baharu dan menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari ini semua ahli-ahli keluarga berkumpul dan makan malam bersama-sama.

Persembahan-persembahan makanan dibuat untuk roh nenek-moyang masing-masing. Keluarga Cina juga pergi sembahyang di kuil-kuil pada hari tersebut sebagai penamat segala acara perayaan.


11 Any comments?:

thomas said...

Memang terang penerangan Bro Blues Rider,happy holiday.

Mieza said...

Assalamualaikum Blues Rider, tiada kemeriahan tahun baru cina di sini, cuma China town tutup seminggu.

atuk said...

Assalamualaikum BR

dulu2 kedai tutup semiggu..susah nak beli barang...sekarang dah berubah

deardearyhaty.blogspot.com said...

happy dragon year..:)

Alan said...

Kong Hee Fatt Choy bro :)

Blues Riders said...

BR to bro thomas:
happy holiday and happy chinese new year juga..

BR to Mieza:
waalaikumussalam mieza.
china town tutup seminggu? tak meriahlah sebab tak boleh dengar bunyi mercun..

BR to atuk:
waalaikumussalam atuk.
betul tu atuk, tapi sekarang hari raya pun depa buka kedai. mungkin kerana perubahan generasi..

BR to deardearyhaty.blogspot.com:
happy dragon year juga..

BR to bro Alan:
'kong hee fatt choy' tu ucapan 30 tahun dulu. sekarang dah jadi 'gong xi fa chai'..

Unknown said...

As salam BR.. hepi holidays!! banyak ke dapat angpau? hihi

uyaitusaya said...

o0..baru tawu knp dyrg nk raikan dgn mercun..kalau org melayu raya dgn mercun plak cmne?? hehe :)

Blues Riders said...

BR to Cik Nurul:
waalaikumussalam cik nurul.
dah kahwin.. tak boleh dapat angpau.. hehe..

BR to uyaitusaya:
kalau org melayu pun main mercun, itu tandanya 1malaysia.. hehe..

mumui said...

nice entry.. =)
kat sibu sarawak bunga api paling meriah... hehehe

Blues Riders said...

BR to mumui:
tak takut polis tangkap main mercun? hehe..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'