01 January, 2012

Poona


Ianya dimainkan oleh pegawai-pegawai tentera British di India. Kemudian pegawai-pegawai British yang pulang bercuti di England telah memperkenalkannya di sana.


Iklan ini diambil dari sebuah majalah lama terbitan tahun 1984 memaparkan pemain badminton perseorangan Malaysia yang berada di kemuncak pada ketika itu iaitu Dato' Misbun Sidek dengan rambut blonde nya sebagai model utama iklan.

Pada ketika Dato' Misbun berusia awal 20-an dan gaya rambutnya itu juga turut menjadi ikutan remaja pada waktu itu. Iklan bateri Eveready ini menawarkan hadiah sebuah Suzuki Jimny sebagai hadiah utamanya.

POONA begitulah nama asal permainan badminton kira 130 tahun yang lalu. Permainan itu berasal dari negeri India.

Ianya mula dimainkan di England, di sebuah tempat bernama Badminton, sebuah kawasan kepunyaan Duke of Beaufort. Mengambil nama tempat inilah maka permainan itu dipanggil badminton.

Pada asalnya gelanggang permainan badminton bukan seperti yang digunakan sekarang. Hanya dalam tahun 1901, gelanggang rasmi diperkenalkan. Permainan badminton menjadi begitu popular ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Pada tahun 1920-an dan 1930-an, populariti permainan badminton ini telah meningkat dengan begitu cepat.

Akhirnya dalam tahun 1934, Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) ditubuhkan di Kent, England. Sembilan negara telah menjadi ahli pada mulanya. Kini jumlah ahli telah meningkat kepada lebih dari 150 negara.

Di Malaysia sejarah perkembangan badminton bermula pada awal tahun 1930-an. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ditubuhkan dalam tahun 1934.

Sebenarnya terdapat berbagai versi asal-usul permainan badminton ini. Untuk maklumat lanjut silalah ke: Wikipedia/Badminton


*********************************************************

Pada kesempatan ini BR ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada seluruh pembaca yang sudi bertandang ke blog yang tidak seberapanya ini. Semoga di tahun baru ini akan lebih mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturrahim di antara kita semua dan semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T. hendaknya.

Ribuan ampun dan maaf dipohon sekiranya ada terkasar bahasa dan terlajak bicara di sepanjang tahun 2011...

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012. Semoga kehidupan kita akan lebih diberkati dengan terlaksananya segala azam selama ini serta lebih membawa ERTI... Amin.


Moral Value: Life is like a wheel. Sooner or later, it always come around to where you started again.

28 Any comments?:

atuk said...

Assalamualaikum BR

moga tahun baru ini akan bertambah2 Rahmat yg Allah kurniakan kpd BR

Selamat Tahun Baru 2012

Iaryylr said...

Oh Bro!, ingatkan hotwhell tadi atau match box trak...

Blues Riders said...

BR to atuk:
waalaikumussalam. Amin..
selamat tahun baharu juga buat atuk.

BR to bro ia:
nak lawan dgn bro spallan.. hehe..

Unknown said...

happy new year buat bro juga..moga kita lebih sukses

thomas said...

Selamat Tahun Baru,cantik rambut ala mohican Misbun.

nur ika said...

salam..selamat tahun baru ika ucapkan..moga tahun ni lebih baik dari sebelumnya BR..^.^

Alan said...

happy new year bro :)

SEO | Computer said...

So cool.. I like badminton. Keep writing buddy!

Blues Riders said...

BR to khairul:
selamat tahun baharu juga untuk khairul. Amin..

BR to bro thomas:
selamat tahun baharu bro thomas. fesyen rambut yang pernah menjadi ikutan suatu masa dahulu..

BR to nur ika:
selamat tahun baharu juga untuk ika. Amin..

BR to bro Alan:
happy new year juga bro alan..

BR to SEO | Computer:
thanks buddy! hehe..

Mishter Izwän said...

slmat thun baru BR, harap azam 2012 akan tercapai. ada azam ke.?

Blues Riders said...

BR to Mishter Izwän:
selamat tahun baharu juga untuk izwan. Amin. azam BR? biarlah rahasia.. hehe..

whitecappuccino said...

Selamat tahun baru 2012 BR..classicnya ad ni.

Blues Riders said...

BR to whitecappuccino:
selamat tahun baharu juga. iklan 27 tahun lalu..

BR to AL-QASSAM:
jom..

bicara mak dara said...

1984.. Mak Dara baru je umur 7 tahun time tu hehe

Blues Riders said...

BR to ADZA IRDAWATI aka MAK DARA:
skrang sudah 34th lah usia mak dara? mcm dh tua bebenor..

amirahyusoff said...

oh poona namanya ^^
to BR ,Selamat Maju Jaya ^^
semoga azam BR berjaya dilaksankan.
May Allah bless you :D

Blues Riders said...

BR to amirahyusoff:
terima kasih. amin..

tunz said...

wah..hensem misbun masa tu..mama tun darjah 6....

Blues Riders said...

BR to cikgu tunz:
memang hensem, skrg pun hensem juga hehe.. skrg 33th?

Admin said...

selamat tahun baru..baru tau asal usul badminton hehe

Unknown said...

pergh..
terbaik ler gambo tuh.
hehe

MyCherita said...

sweet memories.. terbaek la..

Blues Riders said...

BR to bro Phat:
selamat tahun baharu juga..

BR to shark:
ala mohican.. tak nak cuba? hehe..

BR to MyCherita:
memang sweet.. terima kasih.

Didiy Rita said...

hepi new year BR..

Razif Redz said...

pergh .... muda tu dato'

Blues Riders said...

BR to Didiy Rita:
terima kasih. hepi new year utk didiy juga.

BR to Razifredz:
kemungkinan usia dato' pd waktu itu di sekitar 24 th. tengah fit lg.. hehe..

Prettywrite said...

salam tahun baru juga..:)

ooo..poona namanya..kelas lah rambut datuk misbun masa ni..ekeke..

best2 dapat tahu macam2 kat sini..:)

Blues Riders said...

BR to Prettywrite:
salam tahun baharu, rsjin2lah singgah..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'