Setelah berjaya menganjurkan event Botologi Hi Tea pada 29 Januari 2011 yang lalu, kali ini sekali lagi group "Botologi Malaya" akan menganjurkan Malaya Vintage Soda Bottles and Collectibles Exhibition yang dijangka akan lebih vogue dan grand seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 28 Januari 2012 (Sabtu).
Masa: 3.00 - 7.00 p.m.
Tempat: Ipoh Station Antique Cafe, 2-20 Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, (Parallel to LDP Highway), 47100 Puchong, Selangor.
Antara acara-acara yang bakal diadakan adalah seperti berikut:
1. Pameran botol (soda collectibles, coke collectibles & posters).
2. Jualan 'garage sales'.
3. Sesi minum petang.
4. Tayangan video, sesi pencarian botol di utara tanahair, belum pernah ditayangkan di mana mana stesen televisyen dan pawagam sebelum ini.
5. Lain-lain acara yang mungkin diadakan secara spontan.. hehe..
Menurut maklumat yang diperolehi daripada En. Mat, hampir 100 orang telah bersetuju utk hadir ke event kali ini.
Kepada pembaca yang tidak sempat mengikuti event yang telah diadakan pada tahun lalu, dijemput hadir bagi memeriahkan lagi event ini tidak kira kiralah sama ada anda "kaki botol" atau tidak. Ia terbuka kepada semua dan hadirlah sebagai tanda memeriahkan dan memberikan sokongan!
InsyaAllah jika tiada aral melintang, BR pun akan turut hadir. Tetapi kali ini tidak dapatlah hendak membuka Unser boot sale seperti tahun lalu. Hadir untuk mengeratkan silaturrahim sesama collectors dan bloggers serta berkenalan dengan semua rakan yang hadir.
JOM SEMUA KITA RAIKAN EVENT KITA INI , 2 HARI LAGI DARI SEKARANG!
8 Any comments?:
event minuman botol ke nie?
BR..kita jumpa di sana. Dah lama tak bersua....
Bro, Iaryylr 50/50 nampaknya....
BR to Aida Omar:
ya, macam2 jenis botol ada.. datanglah untuk memeriahkan..
BR to bro Fitri:
insyaAllah jika tiada aral, BR sampai..
BR to bro ia:
50/50? jadikan ia 99/1 hehe..
hohoho..macam2 minat manusia ni ada kan.selamat ber'event' la ye
BR to aReLaN:
memang macam2.. jemputlah beramai.. hehe..
good info...
BR to Mine and Me:
jemputlah datang..
Post a Comment