18 September, 2012

Malaysia Kita - NAN


Telatah hidup manusia di mana-mana juapun, dalam kehidupan mereka sehari-hari, boleh menggelikan hati, mencuit perasaan, bila dilukiskan oleh artis-artis dalam bentuk komik-komik.

Pada masa dahulu, zaman belum adanya artis-artis atau pelukis-pelukis gambar-gambar kartun atau komik, orang Melayu telah biasa membaca kisah-kisah kelakar atau cerita-cerita jenaka seperti cerita Mat Jenin, kisah Pak Pandir dan Mak Andir, cerita Lebai Malang, Si Luncai dan lain-lain lagi.


Musim Durian...

Kisah-kisah lucu yang bertajuk Malaysia Kita yang dicipta oleh NAN dan disiarkan pada tiap-tiap hari Sabtu dalam Utusan Malaysia adalah lebih lucu daripada semua kisah-kisah lucu zaman lampau itu. Sekarang siri komik-komik hujung minggu dalam Utusan Malaysia itu kami bukukan menjadi satu koleksi atau kumpulan telatah-telatah rencah hidup orang ramai dalam negara kita sendiri, dalam Malaysia Kita.

Nama penuh NAN ialah Zainal bin Osman, berasal dari Parit Buntar, Perak. Beliau adalah lepasan dari ITM dalam jurusan Fine Art atau Seni Halus.


Belanja Kahwin Tinggi...

Bagaimanakah telatah orang membeli durian di pasar lambak Jalan Chow Kit? Bagaimanakah telatah kerani-kerani bila gaji mereka dinaikkan? Bagaimana telatah gugup gagaknya seorang pemuda yang pintar bersyarah apabila berhadapan dengan tuan kadi untuk menjawab akad nikah?

Ya, seribu orang ada seribu macam telatahnya. Semuanya dapat diperhatikan oleh NAN, digambarkannya dengan dialog-dialog yang tentu sudah menggelikan hati anda, kiranya anda pembaca tetap Utusan Malaysia dan peminat NAN.


"Angkat" Nikah...

Jikalau anda tidak tergelak sekalipun, namun anda tentu tersenyum-senyum. Kartun-kartun dan kisah-kisah lucu dalam naskhah-naskhah Utusan Malaysia yang anda telah baca itu mungkin anda tidak simpan, anda telah buangkan entah ke mana. Tidak mengapa. Sekarang kami kumpulkan dalam sebuah buku komik kecil comel supaya anda boleh ketawa beramai-ramai tergelak dengan kawan-kawan anda ataupun tersenyum-senyum seorang diri.

Anda bukan tidak tahu gelagat hidup zaman sekarang. Muka kebanyakan manusia masam dari pagi hingga malam. Air muka mereka selalu suram-muram kerana senantiasa berhadapan dengan macam-macam masalah hidup; berebut-rebut nak naik bas, nak menyeberang jalan; letih lesu setelah bekerja sehari suntuk.


Kahwin Lari...

Tanpa gelak ketawa, atau sedikit senyum-senyum kambing, seminit dua dalam sehari, hidup anda akan terasa hampa, seperti pokok-pokok yang tidak berbunga. Mungkin juga anda ada membaca komik-komik lain, sebab kini hampir semua akhbar dan majalah-majalah ada komik-komiknya.

Tetapi kalau anda tidak meminati komik-komik ciptaan NAN maka anda masih boleh dianggap kempunan...


Dicatat oleh PAK SAKO. (Dari komik Malaysia KIta, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. tahun 1980).


***************************************************

Serba sedikit mengenai kartunis NAN:


(Imej Carian Google)


Nan mencipta nama melalui karya yang disiarkan di majalah humor dan kolum kartun khusus di akhbar terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Siri kartunnya, Din Teksi dan Malaysia Kita yang disiarkan ketika itu, cukup popular lalu menghangatkan nama Nan dalam industri kreatif tempatan. Nan juga melakar siri kartun popular Ayop Anak Tulakang dan Tuan Kecik dalam majalah humor popular, Gila-Gila dan Batu Api.

Nama penuh : Zainal bin Osman
Tarikh lahir : 24 Mei 1952
Asal : Parit Buntar, Perak
Status : Berkahwin dan dikurniakan empat orang anak
Kuih kegemaran: Cucuq Kodok (Jemput-jemput)


Moral Value: Whoever said the pen is mightier than the sword obviously never encountered automatic weapons - MacArthur


Which Luqman?... Hehe...

20 Any comments?:

Outbound di Malang said...

nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

Noor Atikah Ramli said...

suka tgk lukisan kartun nie :)

Alan said...

sekarang akhbar dah tak kurang siar kartun

lama tak nampak..mana pergi menghilang?

Blues Riders said...

BR to Outbound di Malang:
terima kasih gan...

BR MRS Rongoks:
dh 32th dh kartun ni. dulu2 kartunis nan lah yang top di utusan malaysia.

BR to Bro Alan:
mungkin org skrg dah tak minat kartun?
lama menghilang? hehe.. bertapa sekejap..

Iaryylr said...

iaryylr pun suka kartun :) iaryylr pun dulu macam kartun, kartun pun kadang kadang ikut iaryylr

Bung Muzaffar said...

Lamanya menghilang...!

Teringat Din Teksi...!

Blues Riders said...

BR to Bro ia:
haha.. jangan smpai jadi kartun..

BR to Cikgu Paq:
ada ni cikgu, menghilang layan blues sekejap.. hehe..

kisah din teksi teringat chot pakai seluar katok bunga2 dan kucingnya si piee..

Anonymous said...

perlu bace katun untuk senyum sumbing pun okey2....kalo tak sewel jdnyer asik serius jerrr hehehehe

Blues Riders said...

BR to Anonymous:
betul tu, bak kata pak sako, tanpa gelak ketawa atau sedikit senyum2 kambing seminit dua dlm sehari, hidup anda akan terasa hampa spt pokok2 yg tidak berbunga...

Kak Mahh said...

Kalau dulu suka sangat baca kartun,sekarang minat tu dah menurun.

Blues Riders said...

BR to cikgu zmah:
dah tua dah la tu.. hehe..

Nan said...

skrg ni dh kurang kartun2 kat paper...

Aimacomel said...

muka beliau dah macam Datuk Ismet Suki je tengok (presiden UMW Toyota Motor sdn bhd) :)

HANZ said...

blog yang sgt menarik..

Razif said...

Menarik ... dulu ada juga baca kartun2 ni bila abah beli paper

Abam Kie said...

sindiran sinisnya menyedarkan masyarakat pada masa itu. dia sorang pelukis kartun yg bijak!

Unknown said...

assalamualaikum ..apa kabar di sini ...saya suka membaca gila gila tapi tu dulu ..skrg dah takder yg sebegitu menghibur hati ..juga 3 dara pingitan

Topik kini said...

makasih ulasannya. http://adatopik.blogspot.com/

udin said...

tak silap saya pelukis nan telah kembali menhadap penciptanya awal tahun 90 an.

Unknown said...

saya inginkan buku itu dimana saya mahu cari??

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'