01 March, 2011

Majalah Life Asia Edition, 1969


Majalah Life yang berusia 42 tahun ini BR temui di dalam timbunan majalah-majalah lama milik keluarga yang hampir dibuang dan dibakar kerana dianggap menyemak rumah. He.. he..

Majalah berbahasa Inggeris keluaran 9 Jun, 1969 ini cuma berharga M$ .75 (70 sen) pada waktu itu tetapi padat dengan info-info semasa seperti kemanusiaan, sains, fesyen, politik, agama dan sebagainya.


Iklan-iklan barangan pun banyak, kepada peminat-peminat iklan lama memang sesuai sangat jika iklan di dalam majalah ini dipotong dan dibingkaikan kerana kebanyakan iklannya adalah dalam bentuk warna. Saiz majalah iaitu lebih kurang 13" x 10.5" inci juga adalah sungguh sesuai untuk 'pembingkaian' kerana tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar.

Pada hari ini mungkin kita tidak pernah mengambil kisah tentang kehadiran iklan-iklan ini, tetapi apabila tiba masanya nanti, iklan-iklan inilah yang boleh dijadikan rujukan dan arkib yang berguna untuk kita mengetahui ataupun mendapat gambaran mengenai tarikh sesuatu barangan itu dikeluarkan. Sebagai contoh, BR sungguh tertarik dengan kisah Bro Lan ini.


Kepada peminat Coca-Cola, iklan ini sudah tentu cukup menarik jika dibingkaikan. "Wave after wave. Drink after drink. You ride the big one all the way in. Then: Coca-Cola, splashing over your thirst. Cold. Fresh. With that one-of-a-kind taste. Coke has the taste you never get tired of. It makes the best things in life go even better. Like the perfect wave. Like anything. Things go better with Coke."


Iklan rokok Pall Mall pun ada... "Where taste is the criterion - Luxury Length Rothmans Pall Mall International Longer, smoother, milder..."


Iklan rokok 555 (tiga lima) pun ada juga... "Get The Taste - the taste of international success"


Iklan rokok Marlboro pun ada... "Come to where the flavor is, Come to Marlboro Country."


Gambar Sophia Loren masa muda (35 tahun) dengan anak dia Carlo Jr. pun ada... Untuk pengetahuan, Sophia Loren merupakan seorang aktress yang sungguh popular pada waktu itu. Nama sebenar beliau ialah Sofia Scicolone dan dilahirkan di Clinica Regina Margherita, Rome, Italy, pada 20 September 1934.


Iklan jam tangan Omega Seamaster Cosmic Calendar-Day pun ada...


Iklan jam tangan Citizen...


Iklan rokok Kent... "More and more people are taking to Kent."


Iklan rokok Consulate... "cool clean consulate cool as a mountain stream"

Sebenarnya terdapat banyak lagi iklan-iklan yang tidak dipaparkan di sini. Antaranya ialah iklan radio Sansui, Zenith, Sony, National, Teac, Hitachi, record player Pioneer, Hi Fi Kenwood, iklan kamera Petri 7s, barangan elektrik Tatung (jenama komputer yang popular pada tahun 1990-an), iklan kereta Mazda 1500 Sedan, iklan rokok Silva Thin dan yang selebihnya adalah iklan minuman keras.

Namun begitu, alangkah baik seandainya majalah ini adalah keluaran tempatan kerana barangan yang diiklankannya pun sudah tentulah barangan tempatan yang boleh dibanggakan...


Moral Value: Belilah barangan buatan Malaysia.. He.. he..


13 Any comments?:

whitecappuccino said...

Padat dengan iklan dan info yg menarik ya dalam majalah ni.

Anonymous said...

Saya ada baca Life Disember 1969. Kat rumah nenek saya.

Dia ada letak berita pasal 13 Mei. Tapi menariknya dari pandangan negara asing.

Anonymous said...

Iklan alat elektronik dengan iklan kereta dalam tu pun nampak pelik je. haha. Datsun 130Y masa tu diiklan sebagai kereta mewah, dan untuk mengorat awek. Model macho dok tepi kereta. Tapi sekarang Datsun tu org malu nak pakai.

Kak Mahh said...

Nasib baik tak dibakar,kalau dah terbakar separuh.....kena ambil juga.
Pssttt...meronda selagi badan sihat...jom join kita.

TAYAR PANCIT said...

hai saye da join awak :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/mesti-tengok-seriussumpah-lawak.html

Mawar Merah said...

Tu dia. tahun 1969 tu. cek pun xdak lagi..mak cek br 11thn..

Iaryylr said...

memang penting majalah lama..

MOH KEMBARA said...

Salam Yob BR, pe kabor? Akak ada yg awal lagi pasal Presiden Kennedy, tp tah mana gi nyer. Akak suka gak simpan majalah lama ni, tp masalah orang lain bila baca tak simpan balik, kekadang diconteng dik anak2 sedara...cisss!

marliyati mohatar said...

wahhhhh bagus lar..
klasik jer nampak magazine tu..
lagi2 iklan coke tu..
susah nak jumpa dah iklan yang macam nie..
ada kualiti iklan dia..
btw yang ikaln rokok tu..hmmm banyak jugak kan iklan rokok time2 dulu...hehehe

EqhaZin said...

ayat iklan dier best2!

Gen Fujita said...

Dulu memang banyak iklan rokok, sekarang memang tak jumpa punya.

zul said...

Assalammualaikum, saya minat jam, minta izin untuk download gambar iklan jam kat entri BR. Nanti saya linkkan URL blog BR dengan blog saya. Ok ke.

eddyhata said...

banyaknya info mana dapat ni rajin buat research...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'