03 March, 2011

Tempayan Oh Tempayan Blues...


Apabila diamati kembali posting BR yang terdahulu iaitu Nasib Si Basikal Raleigh mengenai kisah basikal lama yang terbiar di rumah nenek di kampung, sememangnya tidak terlintas langsung mengenai beberapa buah tempayan lama yang tertempel di dalam gambar secara tidak sengaja itu.


Sehinggalah ditegur oleh Amiizaa2001 dan Pia Sara, barulah disedari bahawa terdapat beberapa buah tempayan lama di situ yang perlu diberikan perhatian kerana ianya juga mempunyai nostalgianya yang tersendiri yang boleh dikisahkan. Oleh itu pada kesempatan cuti Tahun Baru Cina yang lalu, BR kembali ke lokasi untuk membuat review khas mengenai tempayan-tempayan tersebut.. dan inilah kisahnya...

Untuk makluman, secara purata usia tempayan-tempayan ini adalah melebihi 70 tahun kerana semenjak BR 'celik-celik mata' lagi tempayan-tempayan ini telahpun wujud.


Tempayan ini mempunyai nostalgianya yang tersendiri di mana ia diletakkan di pangkal tangga rumah nenek bertujuan untuk membasuh kaki sebelum memasuki rumah. Gayungnya pula diperbuat daripada tempurung kelapa manakala sumber airnya pula adalah daripada air hujan yang ditadah melalui cucur atap.

Memang sudah menjadi kewajipan bagi rumah orang dulu-dulu mempunyai tempayan di hadapan rumah masing-masing dan BR sendiri pernah melalui pengalaman ini. Secara teorinya mungkin kerana pada waktu itu jalan-jalan kampung masih bertanah yang boleh mengotorkan kaki, berbeza dengan sekarang di mana banyak mini tar telah dibina di kampung-kampung dan pergerakan kita pun lebih kepada menggunakan kenderaan daripada berjalan kaki.


Kesan-kesan pasir yang terlekat pada tempayan ini akibat daripada tempias hujan menggambarkan bahawa tempayan ini memang sudah lama tidak digunakan lagi dan hanya terbiar sahaja di belakang rumah. Kesan-kesan pasir ini juga akan mengingatkan BR mengenai keindahan kampung yang suatu ketika dahulu adalah bertanah pasir yang putih, halus dan gebu seperti pasir di pantai.

Untuk pengetahuan, kebanyakan kampung-kampung di daerah Seberang Perai/Bukit Mertajam pada waktu itu adalah bertanah pasir halus. Masih terbayang di zaman kanak-kanak, apabila pulang ke rumah nenek di kampung BR sering bermain dengan pasir-pasir itu dengan membentuk berbagai objek seperti istana pasir, iglu dan sebagainya. Tidak hairanlah di mana-mana prasekolah hari ini memang khas diwujudkan kotak pasir untuk mengasah daya imaginasi murid.


Tempayan ini juga pernah digunakan oleh nenek untuk mengisi beras dan biasanya mulut tempayan ini akan ditutup dengan menggunakan pinggan terpakai sama ada daripada plastik ataupun ayan. 'Pot' atau penyukat berasnya pula diperbuat daripada tempurung licin yang mempunyai sukatan kira-kira satu tin susu pekat sekarang.


Trend hari ini boleh dilihat tempayan-tempayan ini di cari semula untuk dijadikan hiasan taman atau boleh juga dijadikan hiasan di dalam rumah. Bagi mereka yang kreatif, kain batik terpakai boleh digunakan untuk membaluti tempayan ini dan disembur 'clear' untuk menghasilkan tempayan yang bercorak batik, memang cantik dan penuh berseni.


Tempayan ini juga pernah dijadikan bekas oleh nenek untuk membuat jeruk rambutan kerana di sekeliling rumah nenek dahulu memang terdapat banyak pokok rambutan. Eeer.. anda pernah makan jeruk rambutan? Memang sedap, tetapi sudah sekian lama BR tidak pernah merasainya lagi...


Tempayan bermulut besar ini pernah diletakkan di dalam bilik mandi (orang kampung BR panggil 'panchoq'). Di sekitar tahun 1970-an dahulu memang BR pernah mandi dengan menggunakan tempayan ini selain daripada telaga atau perigi di kampung. Masih terbayang kesejukan pagi boleh membuatkan badan 'berasap' apabila mandi pada waktu itu.


Mulut tempayan ini boleh juga dijadikan alternatif sebagai batu pengasah pisau jika tempayan ini diletakkan di dapur... He.. he..


Apabila mengingati kembali kisah-kisah lalu bersama tempayan-tempayan ini, terasa syahdu pun ada kerana keadaan tersebut tidak mungkin akan kembali lagi. Tambahan pula apabila dilihat tempayan-tempayan yang pernah berjasa ini dibiarkan begitu sahaja berhujan berpanas di luar rumah di mamah usia dan cuaca...

Akhir sekali apabila bercerita mengenai tempayan ini maka teringatlah BR kepada seorang guru sejarah yang bernama Puan Tempawan yang suka pot pet pot pet sehinggakan pelajar-pelajar menggelarnya mulut tempayan. Dimanakah beliau sekarang? Mungkin sudah lama bersara.


Moral Value: One day in your life, you'll remember a place, someone touching your face, you'll come back and you'll look around...



10 Any comments?:

Pia said...

AS salam..lama tak dengar..ingat lagi BR kat saya yer..rumah2 org tua kat kg dulu2(ms sy kecik)semua ada tempayan kt kaki tangga nak naik umah tu..la ni org dh tk buat..lg satu pasal jeruk rambutan tu..sedap,tp buah rambutan yg masam jer diorg guna utk buat jeruk tu..arwah makngah sy yg sllu buat,tempayan yg mcm tu lah dia guna..
Br,saya minat tempayan yg mulut kecik yg kt ats nun..
lagi satu nak tanya umah nenek BR ni kat mana?

Iaryylr said...

Bro BR,
Tempayan kat rumah nenek saya pun dulu banyak, tidak dapat diselamatkan sebab orang lain dah selamatkan???? entahlah, tahun lepas kawan negeri sembilan tolak beberapa tempayan naga kat kedai terpakai baru berapa puluh saja, sayang ! tetapi nak buat camna? katanya barang-barang sebegini kalau dia tidak tolak nanti budak dadah rembat, dari dirembat budak dadah baik dijual..., kadang runner pun 2 x 5 he he he!. Memang best tempayan lama nie. Tanam pokok pontianak yang pasunya ngam mulut tempayan, gantung disitu sebagai dekorasi memang menarik!.

risa said...

wahhhhhhh...sukanya tengok tempayan tu..terus teringat zaman dulu kala kan..suke..feel sumtin bila dok sini;)

Blues Riders said...

BR to piasara:
ingat tetap ingat punya.. klau makngah buat lg jeruk 'moktan', jgn lupa email mai sebiji dua.. rumah tokwan tu di BM, skrg abg ngah yg jaga. tempayan pusaka tu, rasanya susah skit dia nk lepas..

BR to bro ia:
skrg ni benda apapun bleh jd duit, terutama kpd mat2 gian. dekor dgn tempayan ni mmg cantik, tp silap2 bleh jadi sarang nyamuk pulak.. hehe..

BR ti risa:
t kasih, singgah2lah selalu. masa yg berlalu tidak boleh dipanggil lagi.. wal asr

Bawang Goreng said...

Ya, BG pun pernah mandi dengan air dalam tempayan. Sejuuuukkkk!!!

nikths said...

Bro..rumah mak saya pun ada 2 biji tempayan,satu tempayan kecil rata bahagian atasnya dan 1 lagi tempayan naga.Tempayan2 ini sebenarnya kepunyaan atuk,sudah ada semasa saya kecik2 lagi. Bagi tempayan Naga mak ada beitahu harga beli tempayan tu $25.00 sahaja pd akhir 60an atau awal 70an,sekarang rasa-rasanya harga dalam RM250.00 bagi yang sedang.Selain tempayan naga tempayan bermulut kecil digunakan untuk buat 'jeruk pinang'.

AMIIZAA@Mieja said...

salamsss BR,

syahdunya tengok semua jenis tempayan tu....tak semua tempayan ada dalam simpanan org skrg kan...BR kena simpan buat kenangan, makin lama makin tinggi nilainya sebiji tempayan :):)

Ninie@Aini said...

kalau cuci kasi bersih2...
cat lawa2..wat hiasan dalam umh mesti cantikkkk...=)

pak long said...

salam....
waaa..sempoi temayan...

Proud Mommy said...

salam..terus ingat arwah nenek..
masa dkg dulu arwah nenek letak beras dlm tempayan sebijik mcm di atas tu :)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'