15 November, 2011

Khairol Ke USMA West Point


Pemenang Hadiah Komandan 1987, Khairol Amali bin Ahmad dari Maktab Tentera Diraja (MTD) telah terpilih untuk mengikuti Latihan Kadet Kelas 1992 di United States Military Academy (USMA) West Point, New York, Amerika Syarikat. Kursus selama empat tahun ini akan bermula pada Jun 1988.

Untuk terpilih mengikuti kursus di Akademi Ketenteraan yang unggul ini bukanlah sesuatu yang mudah. USMA West Point telah menjemput sebanyak 79 buah negara bagi mengemukakan 6 calon bagi tiap-tiap negara. Bagaimanapun hanya menghadkan 10 tempat sahaja untuk calon-calon dari negara-negara sahabat.


Khairol Amali bin Ahmad


Ini adalah merupakan kali yang kedua penuntut Malaysia berjaya dalam pemilihan tersebut. Tahun lalu penuntut dari Maktab Tentera Diraja juga telah terpilih. Khairol Amali, 18 tahun sebelum terpilih terpaksa menjalani ujian-ujian dan temuduga yang dikendalikan oleh Penasihat Pertahanan Kedutaan Amerika Syarikat bersama-sama 5 orang rakannya yang lain.

Di antara ujian-ujian tersebut ialah Test of English as Foreign Language (TOEFL), Scholastic Aptitude Test (Verbal), Scholastic Aptitude Test (Maths) dan Physical Aptitude Test. Semua rekod-rekod ujian tersebut telah dihantar ke USMA dan pemilihan akhir dibuat oleh pihak pentadbiran akademi tersebut.

Berasal dari Parit Buntar, Perak, Khairol merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Mula menjejakkan kaki di Maktab Tentera Diraja pada tahun 1983 sebagai pelajar Tingkatan Satu adalah atas dasar minat. Walaupun kedua ibu bapanya bertugas sebagai guru, beliau tidak pernah mendapat tentangan untuk menuntut di MTD dan ke USMA West Point.

Menurutnya lagi, kedua orang tuanya menyerahkan kepada beliau sendiri untuk memilih kerjaya dan mencorakkan masa depannya sendiri dengan bantuan dan pengawasan. Ini disebabkan sejak Tingkatan Satu lagi beliau telah belajar berdikari apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga dan menuntut di MTD.


Khairol, pemenang Hadiah Komandan 1987.


Khairol yang hobinya membaca dan melukis menyatakan rasa gembiranya kerana telah dipilih. Sesungguhnya pemergiannya selama 4 tahun merupakan satu cabaran dan beliau berazam akan mengikuti kursus tersebut sebaik mungkin demi mengharumkan nama negara.

Bercita-cita menjadi seorang jurutera, dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1985 beliau telah mendapat Gred A dengan 6 Agregat dan pada tahun 1987 mendapat Gred 1 dengan 7 Agregat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau juga aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan dalam bidang sukan pernah mewakili pasukan hoki MTD. Dalam Perbarisan Tamat Latihan di Divisyen Putra pada Disember 1987, beliau telah berjaya merangkul Hadiah Komandan yang merupakan penuntut terbaik keseluruhan meliputi bidang akademik, kokurikulum, ketenteraan, sukan dan disiplin yang tinggi.

Mengikut perkiraan, usia Khairol sekarang ialah 41 tahun dan mengikut carian Googles, beliau kini ialah pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan pangkat Lt. Kol. Prof. Madya Khairol Amali Bin Ahmad di Fakulti Kejuruteraan. Sekalung tahniah buat beliau dan semoga kejayaannya ini akan terus menjadi ikutan generasi kini.


Moral Value: Wherever you stand... Be the soul of that place.


12 Any comments?:

Cute Oven said...

Assalam ..

My hubby pun dari MTD... sekarang ni dia tolong kwn yg ada projek kat UPNM....

Tahniah Prof... maju terus maju

sal-nurbeena said...

tahniah atas usaha dan kejayaan beliau.

yusuflaili(Goku) said...

salam;
sebagai dorongan dan semangat pelajar sekarang..

Alan said...

cerita lama ni hehehe

Kerajaan Air Mata said...

nice post, happy bloging

Mr. Rocco said...

as usual,
aku suka quote kat ayat belakang tuh..
nice :)

Blues Riders said...

BR to CuteOven:
salam buat hubby. mungkin beliau mengenali Lt. Kol. Prof. Madya Khairol Amali bin Ahmad ini. sampaikan salam BR padanya..

BR to nurbeena:
tahniah juga dari BR.

BR to yusuflaili:
semoga begitulah hendaknya, sebagai dorongan dan pemberi semangat..

BR to bro Alan:
kisah kira2 24 tahun yang lalu..

BR to Kerajaan Air Mata:
terima kasih.

BR to Mr. Rocco:
t. kasih mr rocco, boleh dijadikan pedoman yang mana bersesuaian..

BR to simanis:
hanya sebagai imbas semula untuk generasi kini. mereka yg hebat2 ini umpama wira dan wirawati yg tidak didendang, sebelum dilupakan bersama arus waktu..

Anonymous said...

artikel yg menarik, lt kol khairol adalah juga merupakan kawan, sahabat dan komrade saya di MTD, kami satu batch dari tahun 1983 hingga 1987. Bangga dgn kejayaan beliau sekarang. Dan bangga dpt mengenali beliau sebagai seorang komrade.

Anonymous said...

aik..ni sy punye lekcere+advisor dlu...huhuhuhu...nice person anyway..salute.

Anonymous said...

Macam mana saya nak tahu nama head boy kat RMC tahun 1987 dan 1988?

Anonymous said...

Assalamualaikum!Lt Kol Prof Madya Khairol Amali is a humble,soft spoken,hard working person during his tenure in RMC Boy's Wing.
Always willing to give a hand in academic problems to fellow colleagues(one of them is me)being among the smartest in academic among us.
Very humble and to me personally he sacrificed to uphold the tradition of RMC by accepting to b in USMA West Point.Should b a great ingineer as a civilian making tonnes of money but opted to serve d ATM which had back him up all d way he is now.
Khairol - all the best in syaa Allah with the right intention Allah definitely will grant u more success.

Unknown said...

Proud to be his student !!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'