Hidup di dunia ini banyak pancarobanya,
Suka duka, sedih gembira,
Disayangi dan dibenci,
Kita harus tabah dan cekal hati menghadapinya.
Begitulah nasihat Nas Atea seorang rekording artis baharu dalam dunia seni suara kira-kira 29 tahun yang lalu di tahun 1982.
Dengan kelahiran album sulungnya berjudul "Masih Ada Yang Sayang" di bawah label Guntur Records kini tercapailah sudah cita-citanya dan hasrat hatinya sejak dari kecil lagi untuk menjadi rekording artis yang diminati ramai.
Nasmalehan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Nas Atea sahaja, berusia 23 tahun pada waktu itu dan dilahirkan di Mentakab, Pahang. Nas Atea telah lama menceburkan diri dalam bidang nyanyian. Beliau telah berusaha mengasah bakat bermula dari khemah majlis-majlis perkahwinan di tempatnya hingga membawa kepada pentas hiburan, pub, coffee house dan kelab malam.
Berkat usaha yang tidak mengenal penat dan jemu untuk mengejar cita-citanya, kini telah menjadi kenyataan apabila Guntur Records menawarkannya untuk menjadi rekording artis mereka yang pertama.
Nas Atea menyatakan lapangan nyanyian sudah tidak asing lagi baginya sejak beliau berusia sepuluh tahun. Bagi beliau, menyanyi di coffee house hanyalah semata-mata untuk merintis jalan di samping mencari pengalaman untuk menuju kejayaan.
Nas Atea sebenarnya telah mewarisi lapangan seni suara atas galakan dan tunjuk ajar dari kedua-dua orang tuanya, abang dan kakak-kakaknya. Menurut Nas Atea, beliau pernah menganggotai kumpulan muzik Mega yang pernah memasuki pertandingan juara kugiran pada tahun 1972 dan 1973. Di samping itu beliau pernah menjadi penyanyi tetap Avons Group di Mentakab, Pahang.
Kelunakan suara Nas Atea dalam menyampaikan berbagai corak dan irama lagu seperti lagu "Malam Syahdu" dan "Bagaikan Embun Pagi" ciptaan Ikhtiman Ismail menggambarkan kematangan beliau menyampaikan sesebuah lagu itu.
Manakala alunan dan melodi indah dalam lagu "Masih Ada Yang Sayang" dan "Sulaman Kata" ciptaan penerbit albumnya iaitu Afzainizam Ismail membuatkan beliau mempunyai potensi baik untuk menjadi seorang penyanyi popular.
(Imej carian Google)
Album pertama Nas Atea ini mengandungi sepuluh buah lagu iaitu:
Muka Satu
1. Malam Syahdu - Ikhtiman Ismail/Ally Noor.
2. Tetap Abadi - Afzainizam Ismail/Morzailan.
3. Masih Ada Yang Sayang - Afzainizam Ismail/Anir A.F.
4. Bunga Kasih - Nas Atea/Nas Atea.
5. Sulama Kata - Afzainizam Ismail/Hamzah Saidi.
Muka Dua
1. Kesyukuran (Nasyid) - Afzainizam Ismail/Indon.
2. Bagaikan Embun Pagi - Ikhtiman Ismail/Ally Noor.
3. Senyum Lah Sayang - Ikhtiman Ismail/Ikhtiman Ismail.
4. Pesta Hari Lahir - Ikhtiman Ismail/Ikhtiman Ismail.
5. Sendu Di Pagi Raya - Afzainizam Ismail/Syam.
Penerbit: Afzainizam Ismail.
Terbitan: Guntur Film Production Sdn. Bhd.
Edaran: Warnada Sdn. Bhd.
Susunan Muzik: Afzainizam Ismail bersama Ikhtiman Ismail dan Tik.
9 Any comments?:
kenal dgn nas Atea ni..apa aktiviti dia skrg ni kan....x de pon perkembangan terkini beliau
berkunjung , waktu tu saya sekolah lagi....
BR to tunz:
entahlah.. mungkin menyepi sesuai dengan meningkatnya usia..
BR to bro ia:
BR pun masih sekolah lagi waktu itu..
salam;
masa tu aku tingkatan satu..tidak bergitu mendengar lagu dari penyanyi ni masa tu..
x kenalpun dia ni..Guntur Record hahaha lawak nama company ni.
masih cantik nas atea ni kan...manis bertudung...awet muda muka nya...
mmg btul2 nostalgia..
jatuh cinta terus pd blog ni..;)
BR to yusuflaili(Goku):
mungkin nas atea baru nak popular pada waktu itu, ramai yg tak mengenalinya..
BR to bro Alan:
nama macam samseng kampung dusun.. hehe..
BR to simanis:
begitulah adanya.
BR to Nens Collection:
terima kasih. sekadar mengimbau kenangan..
Nas Atea skang duk umah jer anak nyer sibuk niaga pakaian...
ehehehhee
Oja Axis anaknya pun nak jadi penyanyi gak
Post a Comment