11 November, 2011

Rahim Maarof


Kerana minat yang begitu mendalam dan mendapat galakan dari kaum keluarga serta rakan-rakan seperjuangan, seorang anak muda sanggup meninggalkan jawatan sebagai pegawai kerani di salah sebuah syarikat swasta di ibu kota semata-mata mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang rekording artis kira-kira 30 tahun yang lalu.

Kini harapan dan cita-citanya kian menyinar setelah berjaya menghasilkan album sulungnya berjudul "Kini Aku Sendiri" (More Than I Can Say) terbitan Life Records pada tahun 1981.


Beliau ialah Rahim Maarof seorang yang lemah lembut dan cepat mesra bila berbual. Rahim bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang rekording artis profesional di tanah air kita.

Sebenarnya Rahim bukanlah orang baru di bidang seni suara tetapi telah melibatkan diri dalam bidang ini sejak di bangku sekolah lagi. Selama sepuluh tahun Rahim berusaha bersungguh-sungguh memperdalami bakatnya dalam seni suara dan pernah menyandang juara dalam pertandingan talentime di sekolahnya dan pertandingan menyanyi di Peyton Place, Petaling Jaya.

Rahim yang berusia 23 tahun pada waktu itu dan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan merupakan anak keenam dari sebelas orang adik beradik. Sebelum menjadi rekording artis, Rahim sentiasa mendalami mutu nyanyiannya di kelab-kelab malam dan pub. Di samping menyanyi Rahim juga boleh bermain alat muzik seperti dram dan gitar.


Walaupun Rahim sudah mula bertapak untuk menunjukkan bakatnya di kelab-kelab malam dan pub, namun hati kecilnya masih belum puas selagi belum dapat membuat rakaman ke piring hitam. Dari galakan dan jasa baik rakan-rakannya yang banyak mendorongnya dalam bidang seni suara, Rahim terus berusaha.

Akhirnya dengan asuhan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh seorang pemuzik dan penerbit Ben Soepranto, Rahim berjaya mengeluarkan album sulungnya itu.


"Saya berhutang budi dan berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi perangsang terhadap saya dengan munculnya LP ini, terutamanya kepada Ben Soepranto kerana memberi peluang merakamkan LP saya ini."

Dalam album sulungnya terdapat dua belas lagu nyanyian Rahim dengan diiringi oleh Band Carcosa.

Muka Satu

1. Kini Aku Sendiri - saduran lagu "More Than I Can Say" nyanyian Leo Sayer
2. Geli Hati (J. Risma)
3. Hayalan Senja (O. Ghani)
4. Hanya Dalam Mimpi (O. Ghani)
5. Senja Di Pekan (O. Ghani)
6. Rintihan Anak (J. Risma)


Muka Dua

1. Dendang Patah Hati (O. Ghani)
2. Apa Salah Ku (O. Ghani)
3. Mengenang Mu (O. Ghani/Ben Soepranto/Rahim Maarof)
4. Aku Ke Kota (J. Risma)
5. Cinta (J. Risma)
6. Yati Penggoda (B. Soepranto)

Kepada pembaca yang pernah mendengar lagu "Kini Aku Sendiri" (More Than I Can Say), liriknya macam kelakar pun ada kerana terjemahan lirik yang hampir sama dengan lagu asalnya.

Rahim pernah memenangi Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 1990.

Sehingga kini Rahim masih lagi dapat bertahan dengan lagu-lagunya yang sedap didengar. Antaranya ialah "Istana Menanti", "Usang" dan "Cinta Kristal".


Moral Value: People cry, not because they're weak. It's because they've been strong for too long..

13 Any comments?:

Mr. Rocco said...

aku suka quote ko yg paling last kat moral value tu..nice..

Bung Muzaffar said...

"Langkah pergi, walaupun pedih, hati telah terguris..."

Blues Riders said...

BR to Mr. Rocco:
yang tersurat dan tersirat..

BR to simanis:
simanis memang strong!

BR to cikgu paq:
Masih jua
Aku mengharap cahaya
Biarpun terus
Meredah belukar
Pecahan kaca
Menusuk tubuh berdarah
Sakitnya tiada terkira..

"Istana Menanti".. huhu..

yusuflaili(Goku) said...

Tahun 80an merupakan tahun kegemilangan bro rahim maroof..beliau juga ada terlibat dlm kumpulan rock tapi aku lupa nama kumpulan tu...?.

Admin said...

cinta kristal x pernah ketinggalan dalam senarai lagu kalo karok...jelas memancor hehehe

~Beb~ said...

legend!

Blues Riders said...

BR to yusuflaili:
kumpulan whitesteel, juga kontroversi buka zip pada konsert battle of the bands di stadium negara.

BR to bro Phat:
cinta kristal, memang jelas memancor.. hehe..

BR to Fabulous Me:
rahim the legend! hehe..

Adry@Daun said...

Rahim Maarof bersama kumpulan Whitesteel tak lama. Lps berpecah dia bergerak secara solo dan masih lagi bertahan sehingga skrg.

Iaryylr said...

wah! macam bro iaryylr masa muda-muda dulu! he he he! perasan jer!

Blues Riders said...

BR to Adry@Daun:
betul tu, selepas berpecah beliau bergerak sendiri dan masih aktif lagi sehingga sekarang.

BR to bro ia:
pelanduk dua serupa..? hehe..

Anonymous said...

best layan lagu2 dia....

Blues Riders said...

BR to slumberdek:
beliau juga mempunyai kelompok peminat yang tersendiri, memang best layan..

regiweking said...

Jangan kau rayu tak guna memujuk aku bukanlah alam mainanmu....

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'