Perdamaian amat berharga. Tidak ada manusia yang tidak inginkan perdamaian. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kita hidup di dalam persekitaran yang aman damai walaupun peperangan dan persengketaan sedang memusnahkan kehidupan insan di beberapa bahagian di dunia.
Degan semangat cintakan perdamaian ini, seluruh rakyat rantau ini telah mengalu-alukan pengumuman bersama oleh Kerajaan Diraja Thailand, Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya. Satu perjanjian telah ditandatangani dan persetujuan telah dicapai bagi menghentikan segala rupa aktiviti bersenjata.
Ini merupakan satu cara penyelesaian secara terhormat. Dengan ini bekas anggota Parti Komunis Malaya memberi jaminan kepada kedua buah negara Thailand dan Malaysia untuk meletak senjata mereka dan menghormati undand-undang serta kedaulatan negara tersebut.
Mereka juga berikrar menyokong usaha-usaha pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan, manakala pihak kerajaan bersetuju memberikan layanan yang adil kepada anggota-anggota ini.
Ketiga-tiga pihak berharap untuk mewujudkan kemakmuran, kestabilan dan keselamatan di rantau ini.
Selepas satu tempoh masa yang wajar, kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota-anggota ini yang terdiri daripada warganegara Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kegiatan politik mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.
Tempat: Haadyai, Thailand.
Tarikh: 2 Disember, 1989.
Ketua Delegasi:
Malaysia: Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman.
Thailand: Tan Sri Chavalit Yongchaiyudh.
PKM: Chin Peng (Setiausaha Agung PKM).
Moral Value: In any battle or argument, the one whose breathing is slowest will win.
11 Any comments?:
salam ziarah dari pB
Walau berdamai secara formalitik dan ramai yang tidak mengetahuinya atau terlupa, sedang perjanjian itu ada dilipatan sejarah, tetapi radikalnya masih ada psikologi penafikan hak yang mengelirukan, sedangkan klausa-klausa perjanjian pendamaian itu telah dipersetujui bersama... he he he..., dulu cita2 nak jadi ahli kaji sejarah, tetapi jadi ahli jualan langsung pula...ha ha ha!
nostalgia.. kami yang muda-muda ni pun tak berapa tahu pasal benda ni... baca kat buku teks je
masa sekolah sejarah malaysia selalu je atas pagar...
mana abg blues dapat maklumat nie....hahah sesungguhnyer banyak no kami tak tau.
BR to pB:
terima kasih, berziarahlah selalu..
BR to bro ia:
penerangan yang sungguh teknikal.. ahli kaji sejarah atau ahli jualan langsung sama sahaja, mesti pandai cakap.. hehe..
BR to eita:
sama lah kita.. hehe..
BR to Cik Kasut:
diperolehi dari majalah2 lama. sedang mengorek lagi untuk tatapan dan perkongsian bersama..
suka tido waktu subjek sejarah...hehe
BR to SAIFUL ANUAR BAHARUDIN:
terima kasih, sama2lah kita berkongsi info..
BR to akubest501:
BR pun tido juga.. hehe..
salam;
gelombang kedua idealogi pkm merebak melalui politik sekarang ni..cuma caranya je yang berbeza kali ni lebih senyap dan tersusun.
kedamaian itu mahal harganya, dan kita tak seharusnya menjual nya dengan harga yang murah
BR to yusuflaili(Goku):
benar begitu. seharusnya kita berhati2..
BR to sabree hussin:
amat bersetuju dengan sdr sabree..
Post a Comment