07 December, 2011

Rantau Abang


Setiap tahun antara bulan Jun hingga September, Rantau Abang akan dipenuhi oleh orang ramai seakan-akan wujudnya satu pesta besar-besaran. Kerana inilah musim penyu mendarat untuk bertelur. Ia merupakan satu tarikan kepada para pelancong baik dari luar mahupun dari dalam negeri Terengganu untuk berkunjung dan melihat dengan lebih dekat lagi.

Adalah menjadi idaman setiap pengunjung untuk melihat sendiri dengan mata kepala akan realiti penyu dan telur-telur yang dikeluarkan.


Sebelum kita meninjau dengan lebih jelas keadaan di Pantai Rantau Abang ini adalah lebih baik kita ketahui terlebih dahulu mengenai sejarah kenapa Pantai Rantau Abang ini menjadi pilihan penyu-penyu untuk mendarat.

Menurut sejarah dan cerita beberapa orang tua yang berasal dari sini, memang pada asalnya di sini terdapat dua ketul batu besar yang betul-betul menyerupai penyu. Adalah dipercayai bahawa batu yang berbentuk penyu itu merupakan 'ibu penyu' (raja) bagi segala penyu. Oleh sebab itu, maka pada setiap tahun (Jun - September) penyu-penyu dari seluruh dunia datang mendarat di pantai ini bagi menghormati 'ibu' mereka.

Adalah dipercayai sehingga sekarangpun masih wujud 'ibu penyu' ini (warna hitam), satu terdapat di dalam air di tepi pantai tersebut dan dipercayai juga hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang dapat melihat pada waktu-waktu yang tertentu. Manakala satu lagi terletak di atas bukit tidak jauh dari pantai (berwarna putih).

Begitulah adanya cerita orang-orang tua yang lama tinggal di situ mengenai sebab musabab mengapa penyu-penyu di seluruh dunia bertumpu ke Pantai Rantau Abang. Wallahualam.


Penyu Belimbing.
(Imej carian Google)


Penyu-penyu di sini adalah di bawah kawalan atau jagaan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. Penyu-penyu yang terdapat di sini adalah dari jenis Belimbing, Lipas, Karah, Agar dan Tutong Laut.

Penyu merupakan satu tarikan para pelancong untuk mengunjungi negeri Terengganu. Penyu juga pernah menjadi logo Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) dan juga logo Hotel Pantai Primula di Kuala Terengganu.


Telur penyu.
(Imej carian Google)


Rantau Abang adalah satu tempat yang paling unik kerana telah menjadi pusat pendaratan penyu daripada segenap lautan di dunia dan menjadi satu-satunya tempat pendaratan Penyu Belimbing.

Dalam keghairahan pengunjung dari seluruh dunia hadir untuk menyaksikan telatah reptilia itu dan penduduk tempatan berpesta apabila tiba musimnya setiap tahun, hanya segelintir sahaja yang sedar bahawa spesis yang paling unik ini berada dalam bahaya kepupusan.

Menyedari hakikat ini, Jabatan Perikanan telah mengambil langkah dengan menetas, menternak dan seterusnya melepaskan kembali anak-anak penyu ke laut dari semasa ke semasa sebagai langkah menghadapi ancaman kepupusan penyu itu.


Anak-anak penyu.
(Imej carian Google)


Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan satu enakmen di Dewan Undangan Negeri untuk mewartakan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan perlindungan kepada semua jenis penyu yang mendarat di pantai itu. Dengan harapan semua telur yang diperolehi akan dieram dan dipelihara. Apabila cukup waktu yang ditetapkan, anak-anak penyu akan dilepaskan ke laut supaya dalam jangka waktu yang tertentu anak-anak penyu tadi akan dewasa dan kembali bertelur.

Sejenak di Rantau Abang amat membanggakan dan semoga ianya tetap menjadi pilihan bagi penyu-penyu mendarat dan kekal sebagai tempat tarikan para pelancong.

Keindahan Pantai Rantau Abang juga telah digambarkan dalam lirik lagu "Rantau Abang" dendangan Allahyarham Datin Rafeah Buang.

Tenang malam ini
Angin malam lalu
Membawa pesan dari
Mustika kalbu

Nyiur yang melambai
Bulan yang mengambang
Hati kini terdampar
Di Rantau Abang

Di sana ku melihat
Hamparan permaidani indah
Lirik melirik permata nilam
Ku gelisah

Ku tanya pada malam
Bintang bertabur mengapa suram
Hatiku resah dan merindu
Di Rantau Abang


Moral Value: And when it rains on your parade, look up rather than down. Without the rain, there would be no rainbow.


17 Any comments?:

Izwa Kamaruddin said...

tak pernah sampai kelantan..huhuh..

Terbelog said...

sama la..x pnh samapai..

lyzaCR7 said...

saya suka Terengganu..dah banyak kali plan nk bercuti kesana tapi belum kesampaian lagi...
Cuma sekali je ke sana..Pulu Perhentian..sangat cantik..:)

widaunie said...

comelnya...

Admin said...

tahun ni dah lepas ke kb dan kt ..insyaallah ada plan tahun depan hehe

Blues Riders said...

BR to :: Mrs.Eady ::
insyaAllah sampailah tu nanti..

BR to Terbelog:
insyaAllah sampailah tu nanti..

BR to lyza:
BR pun suka juga, pemandangan tepi lautnya sungguh cantik.

BR to widaunie:
apa yang comelnya?

BR to bro Phat:
insyaAllah akan sampai lagi..

SayangSal said...

tak pernah sampai rantau abang nie....tp kalau shopink kat negeri terngganu pernah la 3 4 kali..memang syok.....murah2 lagi...;)

Blues Riders said...

BR to SayangSal:
biasanya org shopping kain songket, sutera dan batik, cantik dan harga yang berpatutan. keropok losong, satar dan nasi dagang juga..

Mazatul azura said...

I like the quote:
Without rain there will be no rainbows...

Pernah gi time bujang2 dulu. Tapi x nampak pun penyu.. huhuh

Alan said...

rantau abang dah tak macam dahulu..dulu banyak penyu datang.tapi sekarang dah kurang..mungkin sebab populasi penyu semakin kurang, tu sebab penyu dah kurang mendarat kta rantau abang.

Lexys Xeslly said...

telur penyuu sedapppp :)

yusuflaili(Goku) said...

salam;
agaknya penyu dah beralih arah.!!.

Blues Riders said...

BR to Mazatul Azura Muhamad:
terima kasih. masa pergi dulu bukan musim penyu bertelur kot.. hehe..

BR to bro Alan:
ada benarnya kerana spesis penyu telah diancam kepupusan..

BR to Lexys Xeslly:
belum pernah rasa.. huhu..

BR to yusuflaili(Goku):
mungkin juga.. beralih arah atau merajuk..

thomas said...

Sekarang ni penyu dah kurang,
bunyi dari pelantar2 minyak mungkin penyebabnya.

Blues Riders said...

BR to bro thomas:
betul tu. pencemaran lautan juga mungkin salah satu penyebabnya..

Shiqin Sunshine said...

huhuhu.....tula ade dgr cerita pasal ibu penyu tu gak..hheehhe...tataulah betol ke tak....

hehhe ari tu ade g terengganu, tp ta sempat nak snggah rantau abg...hohoho...

Blues Riders said...

BR to Norashiqin Kamaruzaman:
menurut kisah orang dulu2 macam tu lah, entah betul atau tidak tak tahulah pula.. rugi tak singgah, boleh tengok penyu.. hehe..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'