13 January, 2012

Klang


Bandar Diraja Klang telah berusia lebih satu abad. Jika dibandingkan dengan manusia, umur satu abad adalah satu tempoh yang menakjubkan dan penuh dengan pelbagai pengalaman.

Sebagai sebuah bandar yang tertua di Malaysia, Klang mengumpul banyak rahsia sejarah silam yang tidak ternilai harganya.


Gambar bandar Klang di sekitar tahun 1980-an.


Kesan sejarah itu juga menunjukkan suatu ketika dahulu Klang pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Selangor pada 1880 bertempat di Gedung Raja Abdullah yang kini telah dijadikan muzium timah.

Kini Klang banyak mengalami perubahan fizikal jika dibandingkan 122 tahun lalu. Manusia akan berkedut kulit menandakan usia yang semakin lanjut tetapi Klang semakin megah membangun pada tahap usia itu.

Sejarah Klang bermula pada Mei 1890 apabila Residen Inggeris ketiga, Frank Swettenham menubuhkan Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbir bandar itu. Lembaga Kesihatan Klang juga bertanggungjawab menentukan sempadan Klang pada 1895 mengikut Enakmen Tanah.


Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang pada tahun 1980.


Lembaga itu kemudiannya ditukarkan kepada Lembaga Bandaran Klang pada 1954 dan Majlis Perbandaran Klang pada tahun 1971.

Wujudnya nama Klang pula dipercayai berasal daripada perkataan "kerang" iaitu sejenis makanan laut yang mudah didapati di sini suatu ketika dahulu. Bagaimanapun perkataan kerang itu menjadi "klang" kerana kepelatan masyarakat Cina menyebutnya sehinggalah akhirnya bandar yang tumbuh di pinggir sungai ini dikenali dengan nama Klang sehinggalah sekarang.

Bagaimanapun ada juga versi yang mendakwa nama Klang lahir daripada perkataan Mon-Khmer "Klong" yang bermaksud pasar, rumah simpanan atau gudang iaitu tempat perdagangan. Wallahualam.

Klang kemudiannya menjadi daerah pada 1890 selepas pentadbiran negeri Selangor dipindahkan ke Kuala Lumpur.


Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada tahun 1980.


Bandar Klang juga merakamkan sejarah peperangan saudara keturunan Diraja Selangor antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi di sekitar tahun 1866.

Peperangan saudara telah meninggalkan banyak kesan sejarah antaranya Kubu Raja Mahadi yang terletak di pinggir Sungai Klang yang masih wujud sehingga sekarang.

Bukit Kota yang dijadikan tapak pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga adalah salah satu kesan perang saudara itu.


Gambar sebuah kereta berhias yang mengambil bahagian sempena Perayaan 100 Tahun Pentadbiran Klang pada tahun 1980.


Kini Klang telah bertukar wajah daripada bandar tertua kepada bandar moden tanpa menjejaskan ciri-ciri sejarahnya. Bangunan pencakar langit dan pusat membeli-belah bertaburan di sana-sini menandakan pertumbuhan ekonomi yang pesat sedang berlaku di situ.

Segala kesan sejarah yang terdapat di Klang akan dijadikan khazanah penting bagi menjadikan Klang bandar sejarah yang mampu menarik pelancong.

Kali pertama BR menjejakkan kaki di bandar Klang ialah pada tahun 1988 ketika masih muda remaja. Banyak kenangan untuk dikenang pada waktu itu kerana bermalam di rumah seorang sahabat di Batu 16, Jalan Kapar. Suasana berkabus ketika bangun pagi di kampung itu masih terbayang sehingga kini...


Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh ke: Wikipedia/Klang


Moral Value: Memories remain when the world forgets.

21 Any comments?:

Unknown said...

anak jati klang..hehehe.. tgk gmbar dngn yang sekarang xbanyak beza.. tp sekarang dah ramai org asing kat klang..benci ..

atuk said...

Assalamualaikum BR

jarang sekali pergi ke Klang

Blues Riders said...

BR to Nana Leina:
rasa terasing di bumi sendiri.. huhu..

BR to atuk:
waalaikumussalam atuk, kali terakhir BR ke sana kira2 2 tahun yang lalu..

Iaryylr said...

kat klang tu dulu pun ada beca juga, saya berkeyakinan masih ada lagi harta karun disekitar klang?, yang zahir dan tidak zahir?... kalau ada pun dah jadi kota batu kan? macam nak cari? tetapi kalau tidak seperti sekarang sudah pasti boleh di temui. emmm... di sungai klang tu takkan tak ada apa apa kot :).

Blues Riders said...

BR to bro ia:
bandar lama biasanya masih ada lg 'harta karun'. dlm sungai pun ada klau sudah rezeki. kena rajin cari dan yg pnting, nasib.. hehe..

nazc said...

gambar lama...hoho...power!

Blues Riders said...

BR to Nazri Hanafiah:
kira2 32 tahun yang lalu..

An said...

hummm menarik juga baca sejarah klang nie..building2 kat dlm pic tue sume still kukuh & sama even dh lbh dr 30tahun..

satu yg x best cam nana ckp skrg kt klang dh terlalu ramai warga asing..huhuhu

Blues Riders said...

BR to An:
bangunan dulu2 mmg kukuh dan berkualiti sbb dibina dgn hati yg 'jujur'.. warga asing pula semakin ramai mcm tiada kawalan.. huhu..

..cik hana.. said...

nice info BR...selalu jugak pi klang pusing2 kalau borink duk umah..hehe

liza nora said...

bley karang buku sejarah ni.......

Blues Riders said...

BR to ..cik hana..:
t kasih, klang skrg sudah maju, mmg sesuai utk hilangkan boring..

BR to liza nora:
silakan.. ambillah apa2 yg boleh dijadikan rujukan..

Unknown said...

..kadang2 rsa macam bukan kat Malaysia..huhuuh

Razif Redz said...

infomenarik pasal klang, asal nama klang tu yg paling best, walaupun mmg tinggal dekat sangat dng klang ni, tk tau pun sal nama klang tu

Blues Riders said...

BR to Nana Leina:
rasa macam kat bangladesh? indonesia? vietnam? pakistan? myanmar? afrika? dan lain2 lagi?

BR to Razifredz:
pasal asal usul nama klang tu BR pun tak pasti.. hehe..

thomas said...

Klang ni memang bersejarah,pada zaman dulu2,apa2 yg nak ke Kuala Lumpur kena melalui bandar ni dulu.

Blues Riders said...

BR to bro thomas:
bandar bersejarah dan banyak menyimpan rahsia khazanah silam..

Fahmi Piruz said...

Nice info.. :D

Unknown said...

thanks for sharing..knowledge yang mmbine..(^_^)..

Blues Riders said...

BR to Fahmi Piruz:
terima kasih, singgah2 lah selalu..

BR to ♥AienNajwa♥:
terima kasih, singgah2 lah selalu..

Unknown said...

Bro BR. Gambar kereta berhias tu bukan tahun 1980. Masjid tu siap 1985. Kami dapat pinggan Dan Quran kenangan percuma. Mungkin ITU event awal 90an.pembetulan untuk info bersma.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'