30 January, 2011

Kenangan di BOTOLOGI HI-TEA...


Hampir kesemua blog-blog collectors hari ini, esok dan selamanya akan terus menceritakan mengenai kehebatan dan kemeriahan Botologi Hi-tea yang telah diadakan semalam (29.01.2011) di Ipoh Station Antik Cafe, Bandar Puchong Jaya yang dianjurkan oleh En. Mat and 'The Gang' dengan kerjasama En. Lan, pemilik Ipoh Station Antik Cafe. Memang meriah.


Walaupun telah tersesat ke Puchong Perdana, BR pun tidak ketinggalan untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana serta berkenal-kenalan dengan para collectors dan bloggers yang datang daripada berbagai ceruk rantau Malaya termasuklah daripada Johor (JAWS) dan Perak (PAIP).

Tidak ketinggalan juga Bro Acidwelding yang telah bertolak jam 10.00 pagi hari yang sama dengan bas ekspressnya daripada Batu Pahat.


Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil penganjur serta ucapan perkenalan daripada wakil collector yang hadir diikuti dengan hi-tea (mee goreng, kuih limas, kuih 'teruna malang' (kuih ketayap), karipap, air sirap dan teh panas.


Botol Coke nombor 1.., nombor 2.., emboss.., registered trade mark.., red cap.., silver cap.., 285ml, 290ml.., gold can.. bla.. bla.. bla.. takut BR dengar...


Tayangan video dan slide ekspedisi Bro Megat dan rakan-rakan memburu botol-botol yang rare 'tak pernah tengok' pun turut diadakan. Dokumentari ringkas itu memang sungguh menarik mengalahkan kutipan filem 'Hantu Mak Limah Balik Rumah'... Memang teruja apabila melihat berkarung-karung botol di bawa pulang. Mungkin 100 tahun lagi botol-botol tersebut akan menjadi artifak bersejarah negara.


Acara yang dinanti-nantikan ialah car boot sale di mana para hadirin berpeluang meninjau, trade dan membeli barang-barang yang bekenan di hati. BR pun join sekaki dengan membuka Unser boot sale... harga 'adik-beradik'...


Sebenarnya bukanlah wang ringgit dan keuntungan yang di cari, tetapi hanya sekadar ingin berkongsi barangan dengan collectors lain seperti mana kata Tenas Effendy yang telah menjadi kata-kata profile di blog Blues Riders ini iaitu "Hidup sekampung tolong menolong, Hidup senegeri beri memberi, Hidup sebangsa rasa merasa..."


Kelihatan Abang Mat sedang menyeluk poket mencari duit. "Ate, ade ke lagi duit mike tu..?"


Rupa-rupanya masih banyak lagi barangan yang tidak sempat BR keluarkan daripada bonet kereta untuk dikongsi dengan para collectors. Kebetulan pula hujan telah mulai turun dan car boot sale terpaksa dihentikan. (Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu mengangkat kembali barang ke dalam kereta).


Pembeli sedang memilih dan membelek barang...


Permainan 'Snap' pun ada...


Poster rokok pun ada...


Star Wars pun ada...



Acara kuiz pun ada tetapi BR tidak sempat mengambil bahagian kerana sibuk dengan car boot sale.


Rokok dan ash tray lama pun ada...


Pelbagai T-shirt air soda pun ada..


Sebelum berangkat pulang kira-kira pukul 7.30 p.m, (mengambil masa kira-kira 2 jam setengah lagi untuk sampai di rumah kalau tak termasuk sesat) Bro Megat sempat menghulurkan sebotol Coca-Cola Arab 250ml sebagai cenderamata dan kenangan.


Juga sehelai T-shirt Botologi Malaya edisi terhad (27 helai sahaja berada di Malaysia) He.. he..

Kepada pihak penganjur, individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan event ini, para hadirin, bloggers, collectors, dan mereka yang telah membeli barang daripada BR, terlebih terkurang minta dihalalkan serta terima kasih sekali lagi diucapkan.

Sekiranya ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti (jarum patah buat apa simpan?), sekiranya ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati... Berjumpa lagi kita di next event insyaAllah...

15 Any comments?:

MgtBobber said...

Bro BR, terima kasih banyak-banyak kerana datang support Hi Tea Botologi semalam. Kalau ada yang terkurang atau apa-apa kesulitan tu di pohon maaf. Harap-harap event macam ni akan ada lagi di masa hadapan, tak kira la dari negeri mana sekali pun, yang penting sokongan dari para-para collector, blogger dan sesiapa sahaja yang berkonsi minat yang sama. Terima kasih sekali lagi bro BR!

iaryylr said...

Ya Bro BR, Permulaan yang menarik, Selamat beristirehat, Ramai yang kepenatan.

nitestalker said...

good job korang....semoga berjaya... maybe next time konvensyen botol semalaysia kalau tak konvensyen collector semelaysia... semoga berjaya...

lama dah dok perati....belum ada kesempatan nak join sama....insyaAllah, ada lagi leh join....

Blues Riders said...

BR to Bro Megat:
sama2 bro megat. sokongan sentiasa akan diberikan utk minat & hobi yg satu ini..

BR to Bro ia,
mmg sedang beristirehat ni, sakit pinggang angkat barang.. hehe..

BR to nitestalker:
silakan join bro, jangan malu jangan segan, kehadiran anda amat dialu2kan..

AHMAD TAHIR said...

ate..ada juga gambor teman tengah nyeluk poket ropanya...

frightrice said...

Bro BR, thanks bawak botol codd tu. Boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang2 :)

Nor said...

besnya kalau dpt gi tengok!

Blues Riders said...

BR to Abg Mat:
ate.. banyak yop beli barang teman nengok..

BR to Bro FR:
jgn risau bro, nnti BR cuba cari lagi kalau2 ada. kalau ada rezeki takkan kemana..

BR to nor:
kenapa tak datang? 5 hari sebelum tu lagi BR dah promote..

Mr. TN_SkY said...

waa.nice je barg2 koleksi tuu..xtaw lak ade event2 cmnie =_=

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

Lina said...

ohhh BR pun collect botol2 lama ker esp coca-cola yer...mesti byk dah dlm koleksi...keep it up!

Blues Riders said...

BR to mr TN_SkY:
selalulah singgah ke sini, sebarang event akan dimaklumkan dari semasa ke semasa..

BR to Lina:
botol tu ada la sikit2, tapi taklah sehebat rakan2 yg lain. malu nak post..

Sasa Al-Sharif said...

fulamak. caya la collector.. botol coke tu nmpk menarik. pernah nmpk botol coke kecik mcm tu kat manila hari tu. sorang kawan tu smpai tak sanggup nak minum coke tu sbb nak bawa balik berisi

Fitri Osman said...

tunggu event seterusnya...

Takde BR, pasti tak meriah...

dyana nana said...

wah!! ade mcm2 koleksi larh... :D

Bawang Goreng said...

Salam Bro BR... kat Ipoh Station tu ade jual kuih putu (putu Perak) tak?

BG teringin...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'