04 January, 2012

Malek Ridzuan


Pada mulanya Malek Ridzuan bercita-cita ingin menjadi seorang pemain dram yang terkenal di bidang seni muzik, tetapi semuanya ini berubah setelah Malek berjaya dalam satu ujian audition sebagai seorang penyanyi di salah sebuah syarikat piring hitam di Bandaraya Kuala Lumpur.


Malek Ridzuan di awal kemunculannya di tahun 1981 membawa imej bermisai.

Namun demikian dengan terlancarnya album sulungnya berjudul "Di Manakah/Sinaran Wajah Mu" pada tahun 1981, cita-citanya ingin menjadi seorang rekording artis turut terkabul.

Malek yang berusia 23 tahun ketika itu berasal dari Batu Laut, Banting Selangor. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan LB Band di kampungnya yang dipimpin sendiri oleh ayahnya sejak tahun 1973.

Kumpulan ini menurutnya merupakan satu kumpulan di mana para ahlinya terdiri dari adik-beradik dan kaum keluarganya sendiri. Nampaknya Malek mempunyai darah seni yang semula jadi.


Untuk menambah pengalaman dalam bidang ini, Malek memberanikan diri berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur menyanyi dan bermain alat muzik di kelab-kelab malam. Dari situlah beliau menambah pengetahuannya dalam dunia seni yang diminatinya ini.

Sebelum itu, Malek pernah menganggotai beberapa kumpulan muzik antaranya ialah Tress Company, Pelabuhan Kelang dan The Kilat, Kuala Lumpur. Di samping menyanyi dan bermain dram, Malek juga pandai dan berkemampuan bermain alat-alat muzik seperti gitar dan organ.


Malek bergambar besama pencipta lagunya Ben Soepranto.

Akhirnya cita-citanya yang dicari-cari dan bakat yang semula jadi menampakkan cahaya dengan lahirnya album sulung beliau ini terbitan Life Record dengan sepuluh lagu yang menarik ciptaan
Ben Soepranto dan J. Risma serta diiringi oleh Band Free-Life.

Malek turut menyatakan harapannya agar album sulungnya ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peminat seni suara supaya beliau dapat melancarkan album-album yang seterusnya.


"Apa yang saya cita-citakan selama ini bukanlah mimpi lagi, tetapi sudah menjadi kenyataan hari ini," kata Malek riang di hari sidang akhbar pelancaran album sulungnya itu.

Menyentuh mengenai lagu-lagu di dalam album ini, kebanyakannya mirip kepada rentak Pop Indonesia.


Muka Satu

1. Di Mana Kah - J. Risma
2. Cinta Abadi - Ben Soepranto
3. Joget Budaya - J. Risma
4. Lupakan Lah - Ben Soepranto
5. Nasib Ku - J. Risma


Muka Dua

1. Gadis Kilang - J. Risma/Ben Soepranto
2. Sinaran Wajah Mu - Ben Soepranto
3. Kenangan - Ben Soepranto
4. Kerana Fitnah - J. Risma
5. Jangan Cemburu - J. Risma/Ben Soepranto


Malek Ridzuan juga telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (IMP) yang kini membawa gelaran Datuk. Beliau kini aktif dalam bidang perniagaan yang diceburinya yang telah menghadkan aktivitinya di bidang nyanyian.


Wajah terkini datuk Malek Ridzuan.

Lagu-lagu seperti "Sampai Disini" dan "Kelip-kelip Kusangka Api" sudah cukup untuk mengembalikan nostalgia kepada mereka yang pernah merasai kehidupan di awal tahun 1980-an. Suara mendayu Datuk Malek Ridzuan memang sungguh cool bagi mereka yang cool...

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Datuk Malek Ridzuan, pembaca bolehlah mengikutinya di Utusan Online/Datuk Malek Ridzuan melalui sebuah wawancara bertarikh 03.08.2009.

Album kedua Datuk Malek Ridzuan (1982) berjudul "Dendang Nasihat/Untuk Mu" telah melonjakkan nama beliau melalui lagu "Sampai Di Sini". Entah mengapa terasa sayu pula apabila mendengar lagu ini...


Moral Value: Sing me to sleep, I'll see you in my dreams...


24 Any comments?:

Prettywrite said...

err..pertama kali tahu tentang beliau..:)

Jankaulu said...

info yg sangat berguna...

Blues Riders said...

BR to Prettywrite:
tak tahulah kena bagi tahu.. hehe..

BR to sukiman:
terima kasih, sekadar mengimbau cerita lama..

Razif Redz said...

lagu dia dh ingat2 lupa la ... nnt nk cari blk kt youtube, harap2 ada le

Blues Riders said...

BR to Razifredz:
lagu 'kelip2 ku sangka api' dan 'sampai di sini' kerap juga kedengaran di sinar fm..

Iaryylr said...

Bro, kalau tak nak sayu, dengarkanlah lagu 'Sampai diSana' dendangan siapa ya??

Teja Evalea said...

Wah, blues selamanya :)

noor said...

xpernah tahu slama ni

Blues Riders said...

BR to bro ia:
lagu 'sampai di sana'? di mana? hehe..

BR to sLpmEpLz™:
"mengimbau masa silam yang blues..."

BR to noor:
sekarang dahpun tahu.. hehe..

fiqas said...

saya macam pernah dgr namanya tapi tak ingat pasal lagu2nya..

Blues Riders said...

BR to Fiqas:
tahun 1980-an dahulu mmg popular, tetapi sekarang sudah menyepi..

paksab said...

lagu "cukup sampai disini" kalau tak silap asal dari lagu indonesia , mungkin Eddy Silitongga rasanya penyanyi asal lagu tersebut.

paksab said...

Rasanya ada dua lagi saudara Malek yang terlibat dlm seni suara tapi tak brp menjadi ..antaranya Laila Shahrin finalis bintang rtm 1981..sorang lagi tak brp ingat tapi dia ada rakam lagu 60an dengan life record pada 1985 shahrin juga kat belakang nama dia .mungkin bapak malek ni nama dia sharin

Blues Riders said...

BR to paksab:
terima kasih atas maklumat yang diberikan..

gnesop said...

X pernah tahu. Heheje
thx sharing

Blues Riders said...

BR to sop:
sekadar mengenang kisah lama.. hehe..

Anonymous said...

baru tahu pasai beliau.. thanks sharing.. -,-

Blues Riders said...

BR to Syieda™:
sama-sama..

Mira Dato Malek Redzuan said...

hahah , kalau awak nak tau tu bapak saya . Dato Malek Radzuan bin Hj Saharin . kalau tk percaya , boleh follow blog saya , tngok post-2 saya , saya tak tipu demi allah , kalau bole , urrm , tuan punye blog bagi no ke apeke , haha , tujelah nak ckap .
terima kasih , kerana sudi nak buat cerita tentang ayah saya yng tercinta (':

Unknown said...

suka betul lagu kelip2 ku sangka api tu..lagu sedih tp macam happy

STF said...

bagus suara Dato Malek Redzuan , dah berumur steady lagi

Kamarularif1971 said...

Masa sekolah rendah dulu layan lagu kelip kelip ku sangka api tu sampai boleh hafal sebelum terjebak ke alam rok.. heheh..

Unknown said...

Kemerduan suara Dato'tiada bandingan. Sampai sekarang suka dgn lagu2 Dato' Malek.Sy membesar dgn alunan suaranya yg merdu dan mantap.

Unknown said...

Suara yg paling sy suka...till now.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'