31 January, 2012

Rohana Jalil... Ada lagi!


Di suatu pagi yang hening.. kira-kira 24 tahun yang lalu di tahun 1988... Kemunculan album baharu Rohana Jalil memang sudah dinanti-nantikan oleh para peminat seni suara. Walaupun sebelum ini mungkin Rohana berhasrat untuk bersara dari bidang seni suara.


Rohana seolah-olah merajuk kerana album pertamanya "Pelarian" terbitan Allahyarham Taib Othman pada tahun 1982, keluaran AB Rekod dan album "Masih Dalam Ingatan" pada 1987 terbitan S. Atan keluaran Pustaka Muzik NSR juga kurang mendapat sambutan dari para peminat.

Kini hayatnya itu hanya tinggal kenangan setelah pihak NSR memberi peluang sekali lagi kepada Rohana untuk merakamkan albumnya yang terbaru "Rayuanku" yang mana telah mendapat sambutan hangat dari para peminat di seluruh tanah air.


Album ini benar-benar berjaya menempatkan Rohana di barisan artis rakaman popular masa kini. Ini juga membuktikan penyanyi yang sudah berkahwin masih dapat diterima dan popular di kalangan para peminat muzik.

Secara tidak langsung album "Rayuanku" berjaya menyekat dan memujuk Rohana Jalil bersara dari bidang tersebut.


Rohana masih diminati ramai, ini jelas terbukti dari penjualan album yang meningkat ke angka 15,000 unit dalam tempoh tidak sampai sebulan sejak dipasarkan. Dengan sambutan yang tidak terhingga dari para peminat, ia telah menguatkan azam Rohana untuk terus menyanyi dan bersama peminatnya selalu.

Kemunculan album keempat Rohana kali ini agak berbeza dari albumnya yang terdahulu. Rohana kembali dengan imej baharu. Terdapat beberapa perubahan dan pembaharuan baik dari segi bentuk lagu mahupun personaliti Rohana sendiri.

"Rayuanku" adalah album kedua dikeluarkan oleh Pustaka Muzik NSR untuk Rohana. Album ini diterbitkan oleh A. Ali komposer yang tidak asing lagi kepada kita yang pernah memenangi pencipta terbaik dalam pertandingan "Juara Lagu" pada tahun 1987.


Dengan sokongan kuat dari pihak NSR serta publisiti meluas dari media cetak dan elektronik telah meletakkan Rohana ke mercu kejayaan. Secara tidak langsung ia telah memberi semangat dan bersinar kembali dalam hidup Rohana.

Rohana mula melibatkan diri dalam bidang seni suara sejak dua belas tahun dahulu (tahun 1976). Beliau mengasahkan bakatnya menyanyi di kelab-kelab malam dan pub akhirnya beliau berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Bintang RTM tahun 1980.


Album "Rayuanku" mempunyai lagu-lagu yang memenuhi selera para peminat dan sering berkumandang di radio dan menjadi siulan anak-anak muda.

Sebenarnya lagu-lagu dalam album ini yang dicipta oleh A. Ali ini adalah untuk didendangkan oleh Zaiton Sameon, tetapi selepas berlaku sedikit perselisihan faham antara A. Ali dan Zaiton, lagu-lagu tersebut telah diberikan kepada Rohana. Album ini dapat diterima oleh para peminat dan menjulang kembali nama Rohana sebagai rekording artis.

Dalam album "Rayuanku" terdapat sepuluh buah lagu iaitu:

Muka Satu

1. Rayuanku - A. Ali/Lukhman S.
2. Sempadan Kasih - A. Ali/Lukhman S.
3. Badai Kota - D. Hatta/Haron Abdul Majid.
4. Dalam Tangis Ku - A. Ali/Lukhman S.
5. Masihkah Kau Ingat Lagi - Peter Lim/Wan Maharudin.

Muka Dua

1. Biarku Undur Diri - Zahir C. Lubis/Lutfi Ismail.
2. Dalam Birunya Luka - Zahir C. Lubis/Zahir C. Lubis.
3. Penyakit Rindu - Mas Omar/Haron Abdul Majid.
4. Pandang Pertama - Sabri/Dayang Hartini.
5. Suatu Kebetulan - A. Ali/Lukhman S.


Moral Value: If all good things must come to an end, then do not worry. All bad things eventually would end too.

17 Any comments?:

Juru Indra Download said...

nice info sob....jarang banget lho ada postingan tempo dulu, ....sukses sob

Mieza said...

Assalamualaikum BR, ...probably one never wants to end all the good things.

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Yap!!!...akupun minat jugak dia ni dulu suara dia ok jugak..tapi zaiton aku suka abis suara dia.

cinta siswi said...

rohana jalil?? sore dia best.. :)

Unknown said...

dulu minat lagu dia rayuanku tu..skrg ni zaman anak dia pulak kot

Diari Si Froggie said...

suara dia best..suka lagu penyakit rindu..hehe

Mak Usu said...

wah..memang nostalgia la.. sekarang anak dia plak nk nyanyi...hihi

Blues Riders said...

BR to Juru Indra Download:
terima kasih sob..

BR to Mieza:
waalaikumussalam mieza. hahahaha..

BR to yusuflaili(Goku):
masing2 ada kelebihan.. apa khabar zaiton sekarang?

BR to cinta siswi:
ramai peminatnya walaupun sudah jd org lama..

BR to lla:
like mother like daughter.. hehe..

BR to Aida Omar:
"penyakit rindu"? bahaya tu..

BR to Mak Usu:
dah 24 tahun lalu mak usu, waris ke anak pulak..

eMMe said...

BR, RJ dulu n skarang menten...

Blues Riders said...

BR to eMMe:
memang ketara ke'maintain'annya.. hehe..

Iaryylr said...

Wah, dah lama tak nampak artis nie di TV...

Sham said...

aku insan yang lemah...
hanya mampu berserah...

Cheqna said...

Adalah beberapa lagu dia yang ok pada saya. Dia dah tak aktif menyanyi ye?

Blues Riders said...

BR to bro ia:
tempatnya telah diambil alih oleh anaknya..

BR to Sham:
ingin sekali bertemu
untuk mencurah rindu.. ewaah..!

BR to Cheqna:
mungkin juga telah bersara..

eita said...

sekarang ni dah jarang tengok rohana jalil..

Blues Riders said...

BR to eita:
menyepi dan mungkin juga telah bersara..

Anonymous said...

Al fatihah buat arwah Rohana jalil

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'