20 December, 2010

Chuo Kian Aerated Water


Bagi memeriahkan lagi dunia koleksi botol-botol soda, BR paparkan sebiji botol aerated water Chuo Kian yang telah diperolehi di Ipoh tidak berapa lama dahulu.


Rasanya produk ini masih baru dan mungkin dikeluarkan di tahun 1990-an atau 2000-an untuk pasaran tempatan di Sarawak. Mungkin sama seperti jenama KEKO yang setakat ini hanya boleh ditemui di pasaran utara Semenanjung.


Begitu jauh botol ini 'merantau' iaitu dari Chuo Kian Aerated Water Co. Sdn. Bhd., Sibu, Sarawak, Malaysia untuk tiba di Semenanjung.


Jenama Chuo Kian yang ditulis cantik seperti ribbon Coca-Cola.


Tulisan Cina yang mungkin membawa maksud yang sama seperti di atas.


Botol berkaca jernih ini mempunyai isian 285ml iaitu isian standard bagi kebanyakan jenama minuman.

19 December, 2010

Kisah Seludup...


Segmen Pertama: Bukit Aman siasat heroin dalam pintu.

SHAH ALAM: Jabatan Narkotik Bukit Aman sudah menghubungi pihak berkuasa Australia dalam usaha menyiasat bagaimana dadah jenis heroin bernilai RM1.2 bilion yang dirampas pihak berkuasa negara itu, berjaya diseludup keluar dari negara ini.


Sumber: Berita Harian 2.11.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata beliau sudah mengarahkan jabatan itu berbuat demikian dan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa Australia.

"Kita mahu mencari bagaimana benda ini (dadah berkenaan) boleh dibawa. Kita berhubung terus dengan polis Australia mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri sambutan Hari Deepavali di sini, semalam.

Pada 21 Oktober lalu, polis Australia merampas heroin seberat 168 kilogram (kg) yang disembunyikan dalam daun pintu dibawa di dalam sebuah kontena yang dihantar dari Malaysia ke Sydney.

Agensi berita AFP melaporkan percubaan menyeludup dadah berkenaan berjaya dipatahkan pihak berkuasa Australia pada 21 Oktober lalu, selepas pegawai Kastam Australia yang mengimbas 295 daun pintu menemui 230 bungkusan dadah disorokkan di sebalik papan lapis yang dipasang pada daun pintu berkenaan.



Segmen Kedua: 10 ditahan cuba seludup mercun, senjata ke stadium.

ALOR SETAR: Polis menahan 10 lelaki termasuk lima pelajar kerana membawa masuk pelbagai jenis mercun dan bunga api, air daun ketum dan senjata berbahaya ke Stadium Darulaman ketika perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara pasukan Kedah menentang Kelantan malam kelmarin.


Sumber: Berita Harian 22.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab, berkata seorang daripada lima yang ditahan adalah penuntut sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, manakala empat lagi adalah pelajar sekolah menengah di Kedah.

"Kita buat pemeriksaan badan termasuk beg yang dibawa penyokong dan hasilnya kita menemui pelbagai jenis barangan larangan yang menyalahi undang-undang, selain ia juga boleh mencetuskan kekacauan jika tidak dibendung lebih awal."

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya pada sidang media di Stadium Darulaman, di sini, malam kelmarin.

Abd Ghafar berkata, polis menempatkan 1,000 anggota untuk mengawasi penyokong daripada melakukan tindakan menyalahi undang-undang.

Sementara itu, pengawasan dan pemeriksaan ketat polis tidak dapat mengawal sepenuhnya kemasukan bahan larangan itu ke stadium apabila lebih 10 letupan mercun dikesan daripada arah penyokong Kedah, dipercayai akibat kecewa dengan prestasi pasukan mereka yang hanya mampu seri tanpa jaringan di gelanggang sendiri.

Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi apabila perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri.



BR pun minat bola juga tetapi bukanlah sebagai kaki bola tegar. Saat yang paling menyeronokkan ialah apabila bola membolosi pintu gol, si penjaga golnya tentunya berkelakuan seperti orang yang kehairanan atau dalam bahasa mudahnya "Buat-buat hairan" lalu memarahi rakan-rakannya yang lain. He.. he..


18 December, 2010

Poskad The River Dochart at Killin, Scotland


Killin, often called the "Gateway to the Highlands", sits in the shadow of Ben Lawers (3,983 ft.), one of Scotland’s highest mountains.


Located at the western end of beautiful, 15-mile-long Loch Tay where the Rivers Dochart and Lochay enter the lake, Killin is blessed with a beautiful setting, straddling a waterfall and surrounded by the Highlands.


Killin is an easy day trip drive from Scotland’s east and west coasts (St. Andrews to the east, and the Inner Hebrides Islands to the west), as well as the cities of Glasgow and Edinburgh (each 66 miles by car). Even Inverness, the Isle of Skye, and all of the Highlands in between are within longer day-trip distance, making this tidy village an ideal center for travel in Scotland.

Maklumat lanjut mengenai The River Dochart: Home At First Vacations


17 December, 2010

Cadbury's Hazel Nuts


Kali ini kita ikuti pula kisah tin Cadbury's Hazel Nuts ini yang telah disimpan sejak sekian lama semenjak dari tahun 1981 iaitu kira-kira 29 tahun yang lalu. Sebenarnya coklat Cadbury's Hazel Nuts ini telah dihadiahkan oleh seorang kenalan sempena sambutan hari lahir. Sebagai mengenang pemberiannya itu maka tin ini BR simpan setelah isinya telah habis dimakan. He..he..


Pada waktu itu memang cukup berbangga sekiranya dapat menikmati coklat di dalam tin seperti ini...


Coklat susu berisi kacang hazel yang beratnya setengah kilo (500g), memang puas makan.


Keluaran Cadbury's, pengeluar coklat yang tersohor...


Plastik mengelembung pelapik coklatnya pun masih ada, cukup seronok jika dipicit-picit dan boleh mengeluarkan bunyi meletup.


Ramuan: Coklat Susu, Kacang Hazel, Sadur Makanan?

Coklat Susu: Pepejal Susu 20% Minima.


Tin ini agak buruk sedikit dimamah usia.


Amat sesuai untuk diisikan dengan barangan jahitan bagi suri-suri rumah.


Diperbuat di bawah kuasa dari Cadbury Limited, Bournville, England oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd., Jalan Perbadanan , Shah Alam, Malaysia.


Sekian, terima kasih... He.. he..


Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'