19 December, 2010

Kisah Seludup...


Segmen Pertama: Bukit Aman siasat heroin dalam pintu.

SHAH ALAM: Jabatan Narkotik Bukit Aman sudah menghubungi pihak berkuasa Australia dalam usaha menyiasat bagaimana dadah jenis heroin bernilai RM1.2 bilion yang dirampas pihak berkuasa negara itu, berjaya diseludup keluar dari negara ini.


Sumber: Berita Harian 2.11.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata beliau sudah mengarahkan jabatan itu berbuat demikian dan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa Australia.

"Kita mahu mencari bagaimana benda ini (dadah berkenaan) boleh dibawa. Kita berhubung terus dengan polis Australia mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri sambutan Hari Deepavali di sini, semalam.

Pada 21 Oktober lalu, polis Australia merampas heroin seberat 168 kilogram (kg) yang disembunyikan dalam daun pintu dibawa di dalam sebuah kontena yang dihantar dari Malaysia ke Sydney.

Agensi berita AFP melaporkan percubaan menyeludup dadah berkenaan berjaya dipatahkan pihak berkuasa Australia pada 21 Oktober lalu, selepas pegawai Kastam Australia yang mengimbas 295 daun pintu menemui 230 bungkusan dadah disorokkan di sebalik papan lapis yang dipasang pada daun pintu berkenaan.



Segmen Kedua: 10 ditahan cuba seludup mercun, senjata ke stadium.

ALOR SETAR: Polis menahan 10 lelaki termasuk lima pelajar kerana membawa masuk pelbagai jenis mercun dan bunga api, air daun ketum dan senjata berbahaya ke Stadium Darulaman ketika perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara pasukan Kedah menentang Kelantan malam kelmarin.


Sumber: Berita Harian 22.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab, berkata seorang daripada lima yang ditahan adalah penuntut sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, manakala empat lagi adalah pelajar sekolah menengah di Kedah.

"Kita buat pemeriksaan badan termasuk beg yang dibawa penyokong dan hasilnya kita menemui pelbagai jenis barangan larangan yang menyalahi undang-undang, selain ia juga boleh mencetuskan kekacauan jika tidak dibendung lebih awal."

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya pada sidang media di Stadium Darulaman, di sini, malam kelmarin.

Abd Ghafar berkata, polis menempatkan 1,000 anggota untuk mengawasi penyokong daripada melakukan tindakan menyalahi undang-undang.

Sementara itu, pengawasan dan pemeriksaan ketat polis tidak dapat mengawal sepenuhnya kemasukan bahan larangan itu ke stadium apabila lebih 10 letupan mercun dikesan daripada arah penyokong Kedah, dipercayai akibat kecewa dengan prestasi pasukan mereka yang hanya mampu seri tanpa jaringan di gelanggang sendiri.

Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi apabila perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri.



BR pun minat bola juga tetapi bukanlah sebagai kaki bola tegar. Saat yang paling menyeronokkan ialah apabila bola membolosi pintu gol, si penjaga golnya tentunya berkelakuan seperti orang yang kehairanan atau dalam bahasa mudahnya "Buat-buat hairan" lalu memarahi rakan-rakannya yang lain. He.. he..


5 Any comments?:

hentian said...

dah letih IM baca berita sempadan malasyia bocor. IM dulu dari jepun balik ke malaysia tak kena check dengan kastam.

pernah transit di hongkong, dia check kita bukan calang calang

anyway .... jgn lupa singgah blog IM dan tinggalkan url di Bakal Bloglist 2011..

jakionline inc said...

Masalah dadah, pelacuran, pati semakin tidak terkawal nampaknya sekarang..
Sedih mengenangkan maruah bangsa yang semakin tergadai.

Sri Mersing said...

Kita perlu kembali melihat akar permasaalahan. Masa Yop kecik dulu, bukan mak dan abah saja yang perati yop, malah jiran-jiran juga...

Mr. Asada said...

macam2 benda orang seludup. isk.. isk..

heran jugak camana dadah tu boleh lepas keluar dari malaysia. longgar kot pemeriksaan kat malaysia ke permainan seseorang?? hurmm.. dahsyat..

thomas said...

Org sini memang pakar seledup menyeludup ni.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'