Bagi memeriahkan lagi dunia koleksi botol-botol soda, BR paparkan sebiji botol aerated water Chuo Kian yang telah diperolehi di Ipoh tidak berapa lama dahulu.

Rasanya produk ini masih baru dan mungkin dikeluarkan di tahun 1990-an atau 2000-an untuk pasaran tempatan di Sarawak. Mungkin sama seperti jenama
KEKO yang setakat ini hanya boleh ditemui di pasaran utara Semenanjung.

Begitu jauh botol ini 'merantau' iaitu dari Chuo Kian Aerated Water Co. Sdn. Bhd., Sibu, Sarawak, Malaysia untuk tiba di Semenanjung.

Jenama Chuo Kian yang ditulis cantik seperti ribbon Coca-Cola.

Tulisan Cina yang mungkin membawa maksud yang sama seperti di atas.

Botol berkaca jernih ini mempunyai isian 285ml iaitu isian standard bagi kebanyakan jenama minuman.
6 Any comments?:
macam botol coke,kat Sibu masih ada kilang buat minuman botol,yg paling saya suka ice cream soda.
aiyark..asal kite x dapat nk bace erk????
mak kene ngetes airnya ni... kalo ada...
buka mak tapi 'nak'...
Salah satu botol Soda Malaya yang patut kita tahu bro.. Menarik!
sy ada gelas dia
Post a Comment