Kali ini kita ikuti pula kisah tin Cadbury's Hazel Nuts ini yang telah disimpan sejak sekian lama semenjak dari tahun 1981 iaitu kira-kira 29 tahun yang lalu. Sebenarnya coklat Cadbury's Hazel Nuts ini telah dihadiahkan oleh seorang kenalan sempena sambutan hari lahir. Sebagai mengenang pemberiannya itu maka tin ini BR simpan setelah isinya telah habis dimakan. He..he..
Plastik mengelembung pelapik coklatnya pun masih ada, cukup seronok jika dipicit-picit dan boleh mengeluarkan bunyi meletup.
Coklat Susu: Pepejal Susu 20% Minima.
Diperbuat di bawah kuasa dari Cadbury Limited, Bournville, England oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd., Jalan Perbadanan , Shah Alam, Malaysia.
6 Any comments?:
Bro BR, lama sungguh tu, hampir 30 tahun!!
klasikalnya, sungguh nostalgik :)
BR, ni koleksi BR ke? klasik sungguh...
ingat lagi... kekira 25 tahun dulu, tiap kali mak pegi s'pore mesti dia beli cekelat dalam segitu... kenduri wehhh kami adik beradik
wah.. tetiba terasa cam nak gi beli satu coklat kacang
memang milik sendiri, sebelum ini dijadikan tempat mengisi alat tulis...
Post a Comment