31 May, 2011

Butang Polis Dulu-dulu


Entri kali ialah mengenai butang baju anggota PDRM yang pernah digunakan pada tahun 1950-an. Butang baju yang berusia lebih 50 tahun ini masih lagi disimpan untuk tatapan generasi kini yang mungkin tidak pernah dipedulikan, namun ia masih mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri...


Bersaiz sebesar kira-kira syiling 10 sen, tertulis perkataan "Polis Diraja Persekutuan" beserta imej dipercayai seekor harimau berdasarkan kepada lakaran belang pada badannya.


Mengikut sejarahnya:

Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.

Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.


Bahagian belakang butang yang tertulis perkataan "Birmin" dan "London".


Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai PDRM ini, silalah ke: PDRM/Wikipedia


12 Any comments?:

Alan said...

barang dulu dulu kebanyakkannya diimport dari england.

harimau tu macam kucing je rampingnya hehehehe

Blues Riders said...

itulah pasal bro alan, mulanya ingatkan kucing sebab slim semacam jer.. hehe..

cik lyna kaman said...

haha , walaupung saya anak polis saya tak pernha perasan butang polis abah saya rupanya macam mana :)

Blues Riders said...

BR to cik lyna kaman:
butang ni untuk polis tahun 1950-an punya. sekarang dah lain..

amna said...

dari london tu :')
agak2 ada lagi ke orang yang simpan butang ni??

iaryylr said...

Sarjan Iaryylr datang melapor diri!

Mr Rileks said...

skrg nie tggal muka rimau jer kan? :) klasik sgguh!

Blues Riders said...

BR to amna:
kalau tanya polis pencen era 1980-an rasanya masih ada lagi kot..

BR to bro iaryylr:
tabik diterima inspektor sahab..

BR to Mr Rileks:
betul, sekarang tinggal muka harimau sahaja, badannya dah hilang..

perondajaketbiru74 said...

dah jadi vintage collection ni

perondajaketbiru74 said...

dah jadi vintage collection ni

Ana admi said...

wahh abg blues very nostalgis hu hu

sue a.k.a umi akif said...

klasik!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'