30 May, 2011

Iklan Aji-No-Moto


Kita ikuti sebuah iklan Aji-No-Moto yang telah diambil daripada sebuah majalah keluaran tahun 1979. Pada 14 Julai 2011 ini Aji-No-Moto (Malaysia) Berhad akan menyambut ulang tahunnya yang ke-50 di Malaysia sejak tahun 1961.


Dapatkan kelazatan tersembunyi dalam makanan anda!

Ketahuilah rahsia pemasak-pemasak masyor untuk menambahkan kelazatan makanan mereka - AJI-NI-MOTO. 99+% Monosodium Glutamate Tulin. Apa saja yang anda masak - daging, ikan, sayur-sayuran atau sup, campur sedikit Pelazat Rasa AJI-NI-MOTO dan kelazatan tersembunyi makanan anda akan diperolehi. Hidangan anda akan menjadi lebih istimewa.


************************************************************


Industri makanan menggantikan ‘broth’ atau ‘stock’ dengan perisa sintetik seperti monosodium glutamate (MSG) untuk melazatkan yang mereka proses. Makanan-makanan seperti sup, sos, gravies (berkuah dan pekat), kicap, makanan ringan dalam bungkusan termasuk me segera dan lain-lain.

MSG boleh menyebabkan masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan ada yang menjadi buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan ialah dengan memberi haiwan makan MSG.


Kesan-kesan monosodium glutamate (MSG):


1. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

2. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.

3. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.

4. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Biasanya pembeli selalu tertipu bila baca pada label makanan. Ini kerana MSG digunakan dengan nama lain. Sesetengah pengusaha makanan langsung tidak meletakan kandungan MSG pada label makanan tersebut. Jika pada label dinyahkan rempah, perisa, perisa semula jadi, asid sitrik atau apa-apa yang hdrdroyzed atau autolyzed makanan tersebut mungkin mengandungi MSG.

Sup yang ditinkan frozen dinners iaitu makanan beku yang perlu dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro, pelbagai jenis sos, makanan jepun, salad dressing dan banyak lagi makanan yang diproses mengandungi MSG.

Sesetengah mungkin MSG dan bioproduk daripada khinzir. Manakala sesetengah negara terutama negara yang bukan Islam, sungguhpun MSG dihasilkan daripada bahan asas berkarbohidrat seperti jagung atau sagu ubi kayu tetapi starter untuk pemprosesan MSG mungkin adalah produk haiwan yang tidak halal.


Untuk maklumat lanjut silalah ke: Monosodium Glutamate/Wikipedia


18 Any comments?:

Muzaffar said...

Jangan makan banyak sangat ajinomoto...nanti botak...!

Alan said...

saya x makan ajinomoto pun dah nak botak..botak bukan saja disebabkan pemakanan tetapi faktor keturunan juga memainkan peranan.

apapun msg memang tak elok sebenarnya..patut dielakkan sama sekali.

nurkaloi said...

bahaye betol
tapi lau da makan kat kedai
memang sure byk aji diletaknya


moral:: pasni blaja masak sendiri adess !__!

TetikusMerah said...

MSG memang tak elok pun... sangat tak elok untuk kesihatan...

cik paja hanim said...

kalo slalu mkn kt luar..mmg berkati2 la msg dlm bdn..penternak msg jadinye..huhuhu

Dududu said...

salu kalau mkn kt kdai , order nsi grg xnak ajinomoto . hehe :D

::Mastura Zakaria:: said...

lama dah ajinamoto ni.....bahaya macam mana pun tapi org guna jugak..heran..

cik aisha said...

kat umh mmg xde aji...mmg xletak.tp belasah je kalau da org yg mskkan.

Khadijah said...

mudah sakit kepala klu ada ajinamoto dlm makanan...uiiisssshhh...terus berdenyut2 kpl nie

cik lyna kaman said...

mama saya masak tak guna ajina moto punggg :)

syieda said...

ohh syieda n family mmg xmkn aji..^_^

NasZ said...

memang dah tahu tapi tak la sedetail macam ni..huhu..dulu ada makan gak..patutla skrg ni mengong je..huhu..

MINDA ... TEMPAT SETIAP PERKARA YANG KITA NAK BUAT BERMULA...

Mohamadazhan hjDesa said...

memang berbahaya...

kiEyn kiNah said...

patut la aku duk langkawi 3bln jd gemuk...klu dah ari2 mkn kedai pe bleh wat....hehe..tq for ur infomation...^^

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

tapiii...cam daa tak der kan iklan nikh...huk..huk...

moshi said...

meggi ade ajinomoto kan? hehe makanan peberet mahasiswa tuu

farhana_aziz said...

saya kalo mkn pak aji ni, mesti kepala pening..xpernah beli..tp sekali sekala boh jugak kiub2 yg ada msg..tp jarang sgt2..:p

chanz said...

oh inilah permulaan kisah msg di malaysia....huhu -monolog student dietetik

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'