23 May, 2011

Monolog Seorang Guru Pelatih... (Part 3)


Majlis Perasmian Khemah Ibadat dan Hari Penyampaian Hadiah pada 4 November 1988 di SK Juara, Cherok To' Kun, Bukit Mertajam.

Persembahan koir murid-murid Tahun 6 dengan lagu "Istana Ratu" dengan iringan gitar oleh guru pelatih dan diconduct oleh cikgu Jeffry (membelakangi kamera). Persembahan ini juga turut disaksikan oleh YB Tuan Hj. Anwar bin Hj. Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu itu yang juga sebagai perasmi majlis.


Guru pelatih teringatkan sebuah kisah lucu tapi sungguh dramatik bersama cikgu Jeffry ini di mana beliau dan guru pelatih telah terkunci di tingkat dua bangunan sekolah kerana si pengunci pintu tidak menyedari mereka masih berada di dalam. Terpaksalah bergadai nyawa meniti bumbung gajah menyusur untuk turun ke tingkat bawah. Syukur alhamdullillah, semuanya selamat..


Bergambar selepas majlis berakhir. Untuk pengetahuan, murid-murid ini sekarang telahpun berusia 35 tahun dengan membawa haluan hidup masing-masing. Selepas tarikh itu, guru pelatih tidak pernah bertemu lagi dengan mereka walaupun seorang.

Berdiri paling kanan cikgu Jeffry sekarang ini merupakan seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang manakala berdiri di tengah, cikgu Azman sekarang di SMK St. Mark, Butterworth. Beliau memiliki bakat seni lukis yang sungguh mengagumkan.


...dan guru pelatih itupun lalu tersenyum sendirian lagi...


8 Any comments?:

hyazz said...

alahai...masa tu akk baru jer darjah 4... sronok jer time tu...asek kejar nak pegi sekolah jer

Sya said...

salam BR...

guru pelatih tu BR erk....:)

Blues Riders said...

BR to hyazz:
darjah 4? alangkah indahnya kalau boleh kembali ke zaman itu..

BR to Sya:
haish!! ta ada lah..

Suhana Shahril said...

Chek baru darjah 3 masa tu..SKSJ...sekolah kebangsaan Seberang Jaya...hehehe
Member2 sekolah menengah ramai dr sek keb Juara, cherok to' Kun.Semua cerdik2.

Koleksi Aku Punyer!!! said...

salam cikgu...best jugak melawat blog nih...nostalgia yg x dapat dilupakan...susunan ayat yg menarik..

iaryylr said...

Kisah dan foto kenangan yang menarik. Teruskan Usaha Bro!

Faezah said...

Cikgu..Saya masa ni baru darjah 2..tapi seingat saya waktu itu cikgu pelatih saya adalah cikgu murad...mana dia sekarang..

Blues Riders said...

BR to Faezah:
Murad bin Mansor?

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'