17 March, 2011

Penyembur Badan Safar


Inilah 'penyembur badan' ataupun yang bermaksud pewangi badan jenama Safar yang mungkin anda pernah gunakan suatu ketika dahulu kalau tidak silap di sekitar 1980-1990-an. Penyembur badan jenama Safar ini merupakan salah satu produk dandanan diri bercirikan Islamik seangkatan dengan jenama Zaitun pada waktu itu.


Tertera jelas pada botol atau can penyembur badan ini iaitu "Tanpa Alkohol" untuk lebih meyakinkan pengguna bahawa produk ini adalah bersih daripada sebarang najis dan boleh dibawa sembahyang.


Isian 80gm dan merupakan keluaran Syarikat Safar Industry, Prai, Pulau Pinang. Tidak pasti lagi sama ada syarikat ini masih lagi beroperasi lagi sekarang kerana rasanya sudah lama tidak kelihatan produk-produk jenama Safar ini berada di pasaran.


Perkataan Safar turut juga dikenali sebagai "Sapaq" menurut kata orang-orang kampung BR... He.. he..


Penyembur badan Safar boleh digunakan di seluruh badan. Dirumus dengan keharuman asli, penyembur kami boleh menjadikan anda merasa segar sepanjang hari.


Marilah sama-sama kita lihat ayat-ayat yang digunakan: "Jangan menyembur ke muka, dekat mata atau bahagian badan yang luka. Jangan letak can ditempat dengan suhu melebehi 50 darjah Celcius. Mudah dibakar. Jangan menyembur dekat api. Simpan ditempat jauh dari kanak-kanak."

Untuk pengetahuan, jenama Safar ini berkemungkinan besar diambil bersempena bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam. Safar juga bererti kosong. Ketika BR kanak-kanak dahulu bulan Safar ini selalunya dikaitkan dengan bulan yang turunnya bala bencana dan mala petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir.

Berbagai-bagai perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam telah dilakukan oleh masyarakat waktu itu kononnya untuk 'menolak bala'. Antaranya ialah upacara Mandi Safar dan majlis perkahwinan juga biasanya tidak diadakan di dalam bulan Safar kerana bimbangkan sesuatu yang buruk akan berlaku.



Moral Value: "Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''


12 Any comments?:

Xan_hollow said...

owh.......antik!!!

Surie said...

tak perasan plak penyembur ni..

mak pun ade cite time dia kecik2 ada mandi safar ni..sbb kurang agama wktu tu kan..alhmdulillah skrg xde dh amalan tu

Inoue Michiyo said...

mesti wangi! dulu2 dah ader penyembur badan...

Blues Riders said...

BR to ytazzizzaty:
100 tahun lagi baru antik.. hehe

BR to Surie:
alhamdulillah amalan bidaah & kurafat itu tidak lagi diamalkan oleh masyarakat kini..

BR to Cik Muda Nurul:
memang wangi. kalau nak cuba pun boleh sebab ia masih berisi..

Bawang Goreng said...

Nasib panggil 'sapaq' ... kalau 'sopaq' dah lain dah...

Blues Riders said...

BR to Bawang Goreng:
'sopaq' tu tak pernah dengaq la pulak.. hehe..

Iaryylr said...

syabas Bro, ada lagi isi ke?

♥sophie♥ said...

macam pernah tengok je,,
kalo yg bab syirik tu,,tak ramai dah rasenye percaya,,hehe
wallahualam

zul said...

Assalamualikum, saya termasuk ke blog BR secara tak sengaja. Minta izin untuk download gambar iklan jam dari blog saudara. Nanti saya linkkan sumbernya ke Blog BR. Boleh ke. TQ

Wahida Nasution Thakhrim said...

masa tu tak tahu apa itu penyembur badan sebab masih kecil ( umur 3-5 tahun)..

fara feroza said...

uh.... ade lg ke now..?? huhu

fara feroza

♥LyNnDa♥ said...

Ooo x pnh jmpe pon...mule2x lin tgk pic mcm peyembur nyamOk... =P

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'