18 January, 2011

Ubat Gigi Zaitun


Di sekitar tahun 1985, ubat gigi Zaitun sungguh popular di kalangan para pengguna terutamanya yang beragama Islam memandangkan ia adalah satu-satunya ubat gigi yang digunakan "Tanpa Was-Was" kerana produk ini dilihat lebih bercirikan Islamik.


Kehadirannya pada waktu itu hampir-hampir menggugat ubat gigi jenama yang lain termasuklah jenama Colgate berdasarkan sambutannya yang hebat di kalangan pengguna Islam yang tercari-cari produk yang dijamin suci, halal dan bermutu.


Dibuat oleh Zaitun Industri Sdn Bhd, Rawang Industrial Estate, Selangor. Untuk pengetahuan, syarikat ini pernah dilanda beberapa kontroversi berkaitan dengan isu halal haram produk mereka serta status pemilikan syarikat ini. Mungkin itu adalah salah satu cabaran dan saingan di dalam bidang perniagaan...


Terdapat beberapa jenis ubat gigi ini, di antaranya ialah Pudina Dingin (Merah), Pudina Tambahan (Hijau) dan Pudina Segar (Biru). Bagi ubat gigi yang BR paparkan ini adalah isian 75g.


Adalah dipercayai syarikat Zaitun Industri yang telah ditubuhkan pada tahun 1978 ini merupakan pelopor utama produk-produk kosmetik dan penjagaan diri halal bercirikan Islam sebelum diikuti oleh beberapa syarikat lain yang membawa tema yang sama bagi melariskan produk masing-masing seperti Mukmin, Safi, Safar (sekadar menyebut beberapa jenama).

Tanpa kita sedari rupa-rupanya satu demi satu produk-produk kegunaan harian yang pernah kita gunakan telah 'hilang' dari pasaran. Kepada pembaca yang pernah menggunakan produk ini pastinya akan terkenang kembali bagaimana iklan Allahyarham S. Romai Noor dengan ubat gigi Zaitunnya...

Pembaca juga boleh ke blog Fitri Oldskool untuk melihat ubat gigi ini.


Moral Value: Gosoklah gigi setiap hari untuk gigi yang lebih putih, nafas lebih segar.

23 Any comments?:

Unknown said...

lme x tgk menda alah ni....

alan said...

produk zaitun masih ada cuma tiada iklan saja

Mr.TN_SkY said...

aa..zaitun tuh xde iklan xpe..orang tetap beli jugak..macam colgate :p em..lau kayu sugi nape tak dipromotkan eh? ahaha

Balqis Nazid said...

Ingat lagi lagu dia..
ZAITON...ZAITON....
he..he...
Satu Filem badul dia buat hantaran semua produk ZAITON tajuk ceta tak ingat...

Che An Dusuki said...

iklan ubat gigi? :)

KELI OH KELI said...

kalau x silap..dalam filem badul..ada tunjuk kilang zaitun ni..hehe..nostalgik!

Chaied said...

oh..xpenah lak try..
:P

azie said...

zaitun gunakan tanpa was2 hehe

Nina Juliana said...

skrg ni dah susah nak cari ubat gigi ni..

Unknown said...

salam, baru setahun dua ni zaitun ni mula aktif keluarkan produk pengguna, tapi minyak rambutnya kurang menjadi la....

Asrul "iLham" Sany said...

info yang menarik ;)

Anonymous said...

Saya beli barang zaitun kat Tesco dan Giant.tapi tak tau kenapa MYDIN tak jual.

Abas said...

Ni page Zaitun facebook http://www.facebook.com/profile.php?id=100000930220878

Blues Riders said...

BR to Abas:
t kasih atas info yg diberi. sungguh dialu2kan.

Anonymous said...

lepas i gunakan zaitun. saya rasa lebih suci. zaitun zaitun zaitunn.....

Anonymous said...

Heran Kenapa MYDIN tak jual Barang Zaitun???

Anonymous said...

Tak kan Mydin Nak sabotage barangan buatan syarikat bumiputera ?Kalau carrefour tak jual itu tak heran lah.

Murad said...

Betul ke mydin tak jual produk zaitun buatan orang bumiputera?Kalau betui jadi kita pun sabotage mydin la.akakaka

zahidi said...

tak baik sabotaj-sabotaj, buang perangai buruk orang melayu ni...buang jauh-jauh...

Anonymous said...

Zaitun Industri bukan kompeni bumiputra. Ia itu kompeni Cina. Satu masa dulu sudah bankrap, sekarang buat business masaj (urut).

Unknown said...

saifullahmuhammad86@gmail.com
budak baru belajar

Blues Riders said...

BR to Saifullah Muhammad:
selamat berblog..

Unknown said...

Ye saya ingt..time tu kecik2 lg..smpai sekarang ingt lagi tagline gunakan tanpa was2...bkesan sungguh iklan tu.

Jom jln2 ke blog akak..salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'