08 July, 2011

Imbasan Bakat 1978


Buat pertama kalinya Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang telah terpilih untuk Pertandingan Akhir Bakat '78 yang akan diadakan pada 19 September 1978 jam 8.50 malam.

RTM sehingga kini sedang sibuk membuat segala persiapan bagi menentukan yang segala-galanya akan berjalan mengikut yang dijangka apabila pertandingan diadakan kelak.


Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.
(imej hasil carian google)


"Dewan Sri Pinang memang sesuai untuk siaran TV secara langsung," kata salah seorang Penerbit Teknik yang baharu sahaja pulang membuat tinjauan dari sana. "Segala kemudahan ada dan ini akan menjamin penerbitan yang memuaskan."

Bakat '78 pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan sekali daripada para peminatnya. "Jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu, kali ini pertandingan lebih competitive dan sophisticated." kata Abdullah Harun selaku Penerbit Rancangan.

Pertandingan Bakat '78 dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Pancaragam, Instrumental Solo dan Lawak Jenaka. Daripada lebih 1,200 permohonan yang diterima, hanya 36 sahaja yang berjaya untuk memasuki peringkat awal dan daripada 36 itu cuma 9 sahaja yang bernasib baik untuk memasuki Peringkat Akhir bagi Semenanjung Malaysia.


Kumpulan Quinary M sedang menyampaikan persembahan.


Bagi bahagian Pancaragam, tiga kumpulan yang berjaya ialah Gelombang Biru daripada Woodlands, Quinary M daripada Kuala Lumpur dan Band NARF daripada Alor Setar.


Penny Chin salah seorang peserta Instrumental Solo.


Bahagian Instrumental Solo pula yang berjaya ialah Halil Ghani daripada Seberang Perai, Chik Mat Long daripada Kangar, Perlis dan Penny Chin daripada Kuala Lumpur.


Peserta Lawak Jenaka, Mahadi dan Jalud yang menggunakan dua suara ketika menyampaikan persembahan.


Bahagian Lawak Jenaka pula terdiri dari Mahadi dan Jalud daripada Pulau Pinang, Kumpulan ASBA daripada Ipoh dan Dini dan Jali daripada Jengka, Pahang.

"Tiap-tiap bahagian akan diadili secara berasingan supaya tidak timbul sebarang keraguan," kata Penerbit, "dan tiap-tiap bahagian akan diadili oleh pengadil-pengadil yang betul-betul berkelayakan."

Hadiah-hadiah yang akan diberi pada tahun ini agak lumayan. hadiah-hadiah berupa wang tunai diberi mengikut bahagian masing-masing:

Bahagian Pancaragam:

Pertama: $3,000
Kedua: $2,000
Ketiga: $1,000
Saguhati: $750

Bahagian Lawak Jenaka:

Pertama: $2,000
Kedua: $1,500
Ketiga: $1,000
Saguhati: $500

Bahagian Instrumental Solo:

Pertama: $1,000
Kedua: $750
Ketiga: $500
Saguhati: $250

*simbol $ merupakan nilai matawang Malaysia pada waktu itu sebelum ditukar kepada RM.


Demikianlah serba sedikit imbasan Bakat 1978 yang telahpun diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang pada 19 September 1978 iaitu kira-kira 33 tahun yang lalu.

Entri ini telah mengingatkan BR (ingat-ingat lupa kerana masih lagi kanak-kanak) kepada beberapa orang peserta yang memang menonjol bakat mereka dan sungguh menghiburkan.

Contohnya seperti peserta lawak jenaka iaitu Mahadi dan Jalud yang menggunakan puppet dan dua suara yang berlainan ketika menyampaikan persembahannya.

Kumpulan Quinary M pula merupakan sebuah kumpulan adik beradik yang masih dikenali sehingga kini tetapi telah menyepi setelah masing-masing sudah berkeluarga. Salah seorang anggotanya ialah Mazuin Hamzah sebagai pemain drum.


Kumpulan Gelombang Biru daripada Woodlands, Singapura.


Kumpulan Gelombang Biru pula kalau tidak silap merupakan sebuah band yang terdiri dari anggota tentera laut yang berpangkalan di Woodlands, Singapura.

Kepada pembaca yang mengetahui maklumat lanjut mengenai peserta terutamanya bagi peserta Instrumental Solo, silalah berkongsi maklumat di sini kerana BR telahpun lupa apakah alat muzik yang dimainkan oleh Halil Ghani dan Chik Mat Long. Kalau tidak silap, Penny Chin pada waktu itu bermain piano.

Kepada pembaca juga sayugia diingatkan bahawa entri ini hanyalah imbasan sahaja sambil kita melihat gambar-gambar peserta yang mungkin boleh mengembalikan nostalgia anda. Bagi keputusan penuh Pertandingan Bakat 1978 ini, insyaAllah akan BR siarkan pada entri yang akan datang.

Setelah 33 tahun berlalu, kemanakah mereka ini menghilang? Pastinya pembaca dan BR sendiri tertanya-tanya dimanakah mereka sekarang dan ingin sekali berkongsi cerita saat-saat kegemilangan mereka dahulu yang telah hampir dilupakan oleh generasi kini. Sesungguhnya mereka sebagai orang lama tetap hebat!


17 Any comments?:

Iaryylr said...

Wow agak besar jumlah hadiah kemenangan pada waktu itu rasanya!
dimanakah mereka sekarang agaknya?, teringat waktu sekolah kakak Mazuin ada mengajar muzik.

alan said...

tahun 78 tv warna hitam putih..lagipun masa tu bukan semua orang ada tv. hanya orang berada saja yang mampu beli.kalau nak tengok kenalah pergi rumah jiran atau sedara hehehehe.

Blues Riders said...

BR to bro ia:
$3,000 pada waktu itu mungkin seperti RM10,000 skrg..

BR to bro alan:
memang masih hitam putih. nak tengok tv waktu itu kena bayar 10 sen..

paksab said...

saya masih ingat lagi kumpulan ASBA, memang kelakar ..masa separuh akhir dia punya lawak pasal dondang sayang dlm bahasa orang putih..masa final lawak pasal pergi penang cari feri pulau pinang tak sampai sampai ..yang buat orang ketawa sampai riuh satu panggung pasal sebutan padang kota lama dlm bahasa perak .tapi bunyi nya jadi "padang kote lama"
he he he

paksab said...

Halil Ghani main alat muzik ciptaan sendiri dari buluh , bunyi cam angklong , tapi bentuk cam mesin jahit.

Blues Riders said...

BR to paksab:
betul tu paksab, baru ingat. jalud pula bila ditanya kenapa namanya jalud? kerana dia berasal dr 'jaludtung' (jelutong). t kasih atas maklumat yg diberi.

Unknown said...

btul2!mmg tertanya2.xkn diorg lesap je cenggitu kan?

Kak Mahh said...

Dulu hadiah sebegini dah besarlah...nilainya.

Hiddy Asri said...

old skool..

Anonymous said...

aku dah baca tiga entri, stakat ni blog nila yang paling best aku pernah masuk selain blog awang goneng.....

Sweet And Simple said...

minat kumplan quinqry M dulu...comel je mazuin masa tu

razman said...

saya baru bertemu dengan che mat long 2 minggu lepas..beliau merupakan seorang pemuzik serba boleh dan boleh memainkan pelbagai alatan muzik..antaranya ialah violin...sehingga kini beliau masih lagi aktif dengan muzik...

razman said...

saya ada berfoto dengan che mat long dan jika saudara mahu menyimpan sebagai koleksi sila hubungi saya :)

Unknown said...

Alhamdulillah Shaikh Mahdi atau Mahdi & Jalud masih ada menetap di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur

Unknown said...

Camner nak contact shaikh mahdi & Jalud?

Unknown said...

Mazuin masih comel sampai skrg

Tnie Arfn said...

Band narf tu band ayah saya ��

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'