Sistem metrik telah dilaksanakan dengan sepenuhnya di bidang perniagaan runcit dan borong mulai 1 Januari 1982. Semua alat timbangan untuk perniagaan hanya boleh menunjukkan satu unit sukatan sahaja iaitu KILOGRAM bagi timbangan berat. Sebelum ini bagi sukatan berat, Tahil, Kati, Cupak, Gantang dan Mayam (untuk emas) digunakan.
Mulai dari tarikh itu juga semua alat sukatan hendaklah menunjukkan unit metrik sahaja iaitu METER untuk sukatan panjang di kedai-kedai kain baju dan LITER untuk sukatan cecair. Sebelum ini sukatan Ela bagi kain, Hun, Inci dan Kaki bagi ukuran panjang serta Gelen bagi sukatan cecair sering digunakan.
Dengan demikian, penggunaan unit sukatan dan timbangan atau alat-alat timbang-menimbang dan sukatan emperial dan tempatan akan dilarang di dalam bidang perniagaan runcit dan borong mulai 1 Januari 1982.
Para peniaga yang menggunakan alat-alat timbangan dan sukatan bukan metrik selepas tarikh itu adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan apabila disabitkan kesalahannya boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan ataupun kedua-dua denda dan penjara.
Mulai dari 1 Julai sehingga 1 Disember 1981, semua alat timbang dalam kilogram dan kati (dual calibration) yang digunakan oleh pekedai-pekedai hendaklah dikemukakan kepada merinyu-merinyu timbang dan sukat di negeri masing-masing untuk ditentusah semula (re-calibrated) dalam kiraan kilogram sahaja. Untuk itu, semua alat-alat timbang yang dibeli selepas 1 Julai 1981 hendaklah menunjukkan sukatan kilogram sahaja.
Di samping itu, tarikh penguatkuasaan pengharaman dacing kayu yang ditetapkan pada 1 April 1981 telah ditangguhkan kepada 1 Julai 1981 adalah bertujuan untuk membolehkan para peniaga khususnya penjaja-penjaja menjimatkan kos dalam pembelian alat-alat timbang mereka.
Sekiranya peniaga-peniaga menukarkan dacing kayu mereka ke alat timbang spring scale pada 1 April, maka alat timbang baharu yang mereka belikan itu terpaksa di ditentusah sekali lagi ke sukatan kilogram sahaja mulai 1 Julai, dan ini akan melibatkan kos tambahan kepada mereka.
Para peniaga telah mula membuat penukaran alat-alat timbang mereka ke unit kilogram mulai 1 Julai 1981 tanpa menunggu tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Persatuan-persatuan penjual runcit dan pemborong serta Dewan-dewan perniagaan juga telah memberikan kerjasama dengan memberitahu ahli-ahli mereka mengenai perkara ini.
Sebagaimana entri Waktu Standard Bagi Seluruh Malaysia, tidaklah menghairankan sekiranya maklum balas yang BR terima ramai pembaca terutamanya generasi muda yang tidak pernah tahu bahawasanya negara kita pernah mempunyai dua waktu suatu ketika dahulu.
Begitulah juga dengan entri ini mungkin ramai yang tidak pernah tahu bahawa suatu masa dahulu kita juga pernah menggunakan sukatan emperial dalam urusan timbang menimbang dan sukatan panjang.
Itulah tujuan sebenar blog Blues Riders yang tidak seberapa ini dibina. Sekurang-kurangnya ia telah memberikan input yang lama tetapi mungkin baharu bagi sesetengah pembaca.
Bersama-samalah kita berkongsi maklumat dengan memberikan komen atau maklumat tambahan kepada setiap entri yang di paparkan. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mempunyai kisah tersendiri sewaktu mula-mula sistem metrik ini diperkenalkan.
Moral Value: dan timbanglah dengan timbangan yang lurus (Surah Asy Syu’araa’ Ayat 182).
18 Any comments?:
ya terkenang waktu itu...hmmmm memang susah nak gunakan kaedah baru, tapi lama2 sudah menjadi biasa.
ooow patutlah sukatan cupak, kati semua dah tak pakai..rupanya start tahun 1981.
tapi memang patut ditukar sebab ianya dah tak releven dengan zaman sekarang.rasanya berapalah sangat beras kalau kita beli segantang pada zaman sekarang hehehe.
love this..sekarang dah tak jmpa alat penimbang macam ni
yg penting ia adil dan saksama...
BR to bhotol™:
t kasih..
BR to zuwaidah:
memang betul tu, alah bisa tegal biasa..
BR to bro Alan:
perubahan dilakukan secara berperingkat bermula awal 1981 sehingga 1 jan 1982. di kalangan orang2 lama di kampung sukatan gantang masih lg digunakan terutama utk masak nasi kenduri.
BR to GincoMerahJambu:
generasi lama sempatlah merasa timbang macam itu. kaedah penggunaannya pun tidak ramai yg tahu.
BR to Noriz:
betul tu noriz, yg penting ia adil dan saksama..
Ya Bro, baru tepat dan saksama! namun, sesetengahnya masih digunakan secara tidak rasmi.
Ada lagu pasal sistem metrik RTM selalu siarkan sebelum sistem metrik dilaksanakan.
sedap pulak lagu
"bekerja menggunakan sistem metrik, mudah dipakai senang dikira..bla bla bla .."
tapi ada pulak lawak jenaka kat tv pasal sistem metrik..
kacang panjang nak jual pakai meter ke kilogram?
BR to bro ia:
masih ada lg yg menggunakan sukatan lama, susah nak buang sebab sudah terbiasa w/pun hampir 29 tahun berlalu..
BR to paksab:
memang ada lagu, macam lagu 'pergi mengundi' juga. dulu2 mmg lagu memainkan peranan dlm menyampaikan maklumat.
sekarang pun orang lebih mudah menyebut 'kilo' bagi berat, 'gram' nya dah hilang..
nice posting....minta izin kongsi...
saya hanya x pernah tengok alat sukatan dan timbang macam dalam gambar tu...biasa yg sy pernah tengok alat timbang ikan tu jer...rugi nyer saya.
Thanks for the info..
Cayalah BR...satu info yang sangat menarik...!
terima kasih sudi berkongsi...banyak benda sejarah susah nak ingat tp bendamacam ni pasti banyak membantu :)
moral? hahah byar zakat, fidyah lebih sesuai pakai cupak apaserba...
boleh sya tahu apa nama alat timbang lama tu
"dacing kayu" adalah namanya.
macam mana bacaan pada timbangan tu.ada titik2 je.
Post a Comment