12 August, 2011

Abdul Fatah Karim


Siapakah Abdul Fatah Karim ini? BR pasti tidak ramai yang mengenali beliau sebagai salah seorang seorang tokoh muzik yang hebat jika tidak didedahkan di sini. Kehebatannya sebagai pelopor utama dalam pembangunan kurikulum simfoni orkestra di Malaysia di suatu ketika dahulu telah tenggelam ditelan arus zaman dan semakin dilupai oleh generasi kini.

Lahir di Kota Bahru Kelantan pada 10 Februari 1935, Abdul Fatah Karim ialah seorang daripada murid Abdullah Bukhari yang telah mendapat lanjutan dalam pelajaran muzik khususnya di bidang violin, harmoni dan memimpin orkestra di Royal Academy of Music, London, England. Beliau berkursus di akademi ini selama lima tahun setengah sebagai bumiputra yang pertama mendapat kelulusan dalam bermain violin.


Sekembalinya ke tanah air, beliau telah bertugas sebagai Ketua Jabatan Muzik di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (sekarang UPSI). Di samping kesibukannya sebagai seorang pendidik beliau berkesempatan mencipta dan menggubah lagu seterusnya melatih belia-belia bermain muzik sehingga tertubuhnya sebuah orkestra muda di bawah naungan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Beliau juga telah dijemput manjadi pensyarah sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dalam bidang Muzik Tradisional Melayu.

Abdul Fatah Karim telah dipilih mewakili Malaysia ke Bengkel Muzik Melayu anjuran UNESCO di Kalimantan Timur, Indonesia pada bulan April 1977, dan mesyuarat pakar muzik memilih lagu-lagu Asia dan Oceania pada tahun 1979 di Manila dan pada tahun 1980 di Tokyo juga tajaan UNESCO.

Pada bulan Mei 1977 beliau telah mewakili Malaysia ke Kem Muzik Belia Serantau Asia di Manila sebagai salah seorang tutor. Pada bulan Januari 1978 beliau telah dijemput menghadiri Kem Muzik Kebangsaan Australia di Adelaide. Beliau juga yang telah bertanggungjawab bermulanya Kem Muzik Kebangsaan Malaysia Pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1977.


Mulai Ogos 1978, Abdul Fatah Karim telah beralih tugas sebagai salah seorang daripada Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan yang bertanggungjawab tentang muzik (Pengarah Muzik) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.

Beliau turut menjadi tutor dan konduktor dalam Kem Muzik Kebangsaan pada November 1980. Beliau turut menjadi konduktor dalam Simfoni Belia ASEAN yang pertama di petaling Jaya pada 19 Disember 1980.

Di atas sumbangan beliau yang luas dalam bidang muzik, Abdul Fatah telah dianugerahkan Australian Cultural Award pada tahun 1977 dan 1981, ASEAN Award (Cultural Communication – Literary Work) pada tahun 1990, dan dikurniakan pangkat Ahli Mangku Negara (AMN) dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Sekiranya ada di kalangan pembaca yang mempunyai maklumat mengenai beliau, amatlah dialu-alukan untuk turut berkongsi di sini.

Sedikit maklumat mengenai beliau boleh juga diikuti di: Komposer Muzik Di Malaysia Dulu Dan Kini.


*************************************************

Resepi hari ini:

BISKUT MILO

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan Milo
1/2 cawan gula halus
3/4 cawan tepung sagu
3/4 cawan mentega

Cara membuatnya:

Kacau gula dan mentega dan masukkan Milo. Kacau hingga rata.
Ayak dan campur semua tepung.
Masukkan sedikit-sedikit ke dalam campuran gula-mentega-Milo hingga adunan menjadi lembut.
Canai dan terap.
Bakar dengan api yang sederhana.


SELAMAT MENCUBA!

25 Any comments?:

atuk said...

Assalamualaikum BR

memang saya tak pernah dengar nama beliau

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

Goblogz said...

baru tau pasal benda ni..nice info BR

Blues Riders said...

BR to Rozali:
waalaikumussalam rozali. selamat berpuasa dan berbuka juga.

BR to Goblogz:
terima kasih.

BR ti simanis yang manis:
pencapaian beliau memang hebat tetapi seakan dilupakan...
sukat guna cawan lebih mudah, macam masak maggie mee.. hehe..

Iaryylr said...

BR, beliau seperti dalam iklan darkie tidak silap?

Blues Riders said...

BR to simanis yang manis:
cubalah buat tengok resepi biskut milo ni. gerenti menjadi.

BR to bro ia:
imej silhouette tu sesekali tengok mmg macam iklan darkie, cuma tak ada topi.. hehe..

Cik Sara said...

Salam Ramadhan..
Wah info baru ni..
Thanks ya!

Kak Mahh said...

Hebat ...siapakah yang boleh mengganti tempatnya?

Alif Haris said...

hebat abdul fatah karim ni ye :)

Ze_Mhis said...

oooo baru tahu. penah dengar nama abdul fatah ni.. tapi tu la, ignorant sangat sampai xamik tahu pun. *tampar pipi senirik*

syuhadamdhassan said...

tak minat sejarah..selalu kantoi paper sejarah time sekolah dulu..hehehe

an nyek said...

bumiputera pertama kelulusan violin??? wah...satu kebangaan

Cik Diana said...

ngeee~ xpenah kenal plak.. biskut milO jerk kenal.. keh2..

Anif Abdullah| AA said...

sy bru taw info ni. ^^
nak biskut milo..huu

Blues Riders said...

BR to Cik Sara:
salam ramadhan juga. info lama cuma dipaparkan semula..

BR to cikgu zmah:
kalau ada pengganti pun, mungkin tidak sama..

BR to alif haris:
seorang yang memang hebat..

BR to Piah Becok:
hahaha.. maklumat nampak macam kecil tetapi impaknya amat besar..

BR to syuhadamdhassan:
samalah kita.. BR dulupun kantoi sejarah juga.. hehe..

BR to an nyek:
mengikut faktanya begitulah. sungguh membanggakan.

BR to Cik Diana & Anif Abdullah| AA:
nak biskut milo kena buat sendiri.. hehe..

Unknown said...

biskut milo buat perot bunyik2..:D

ismanpunggul said...

Kalau tak di bagitau (didedahkan ya?), banyak diantara kita yang tidak mengenali tokoh yang telah berjasa pada negara (dunia muzik khususnys). Jangankan menghargai, kenalpun tidak. Biskut milonya enak tak? Salam sukses.

Blues Riders said...

BR to Albenz:
berirama keroncong.. hehe..

BR to ismanpunggul:
betul tu. seboleh mungkin itulah yg sedang BR usahakan, mengimbau masa silam yg semakin dilupakan tetapi amat dirindukan..

Soul Seeker said...

yeahhh! nk kena try ni resepi beskot milo :D

reza al-razi said...

Nice entry.. bnyak lagi sbenarnye tokoh2 dlam negara yg tidak banyak didedahkan identiti mereka..

Blues Riders said...

BR to ::Cik Pija::
yeahhh! try jangan tak try.. hehe..

BR to reza al-razi:
ramai lagi tokoh2 lama yang akan didedahkan, insyaAllah.

RHI said...

kakak memang tak pernah kenal pun

wahhhh!!!! ada resepi pulak ek, boleh cuba kalau jadi, boleh buat raya terus ni hehehe

Unknown said...

1st time dengar nama ni

Sham's Exora VIP.http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/shams-exora-vip-concept.html

Anonymous said...

FYI… YBrs. Datuk Abdul Fatah Karim juga merupakan pencipta lagu ‘Daulat Tuanku’

Anonymous said...

dan lagu Perkhidmatan Awam…

Anonymous said...

Alhamdulillah beliau masih lg ada, bru sbntr td jmpa beliau.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'