30 August, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011/1432H


Pada kesempatan ini BR sekeluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Salam Lebaran kepada semua umat Islam muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua mereka berada.

Ucapan juga ditujukan kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, jiran-jiran, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan Facebook, rakan-rakan Bloggers, pembaca senyap, pengikut, pemaut, anonymous, peminat-peminat (ada ka?) dan kepada sesiapa sahaja yang pernah atau tidak pernah melayari blog ini secara sengaja atau tidak sengaja.


Kepada yang belum mengenali siapakah jejaka yang berselindung di sebalik nama BR, dengan ini secara eklusifnya dipaparkan gambar BR sekeluarga sebagai salam perkenalan. Jika berjumpa di mana-mana silalah tegur... hehe..

Ribuan ampun dan maaf dipohon sekiranya ada terkasar bahasa dan terlajak bicara...

Semoga di Hari Lebaran ini juga akan mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturrahim di antara kita semua dan semoga dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T. hendaknya. Amin.

MAAF ZAHIR & BATIN.


Tidak dilupakan juga, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54.

Dengarlah sebuah lagu raya yang sungguh mengesankan ketika BR di zaman kanak-kanak dahulu tatkala bergembira bersama rakan-rakan mengutip duit raya sekeliling kampung.

Biasalah pada waktu itu, serendah-rendahnya 5 sen dan setinggi-tingginya 50 sen (rumah cikgu) itupun sudah dikira cukup besar. Selepas itu pergi enjoy di pekan beli permainan, mercun dan main tikam-tikam sambil minum air lemenet...


(sila klik tajuk lagu)


Berbaju merah jambu
Berkain songket biru
Dengan senyum ketawa
Pada pagi Hari Raya

Berkunjung rumah taulan
Menghibur hati kawan
Berjabat-jabat tangan
Bermuram jangan

Bila Hari Raya pun tiba
Suasana menjadi riang
Dunia jadi terang

Bermacam kuih lazat
Rendang serta ketupat
Hidangan Hari Raya
Hari mulia


Moral Value: Bermaaf-maafan, bersalam-salaman, di hari yang mulia ini...


41 Any comments?:

Cik Eliza said...

selamat hari rayaaa ;)

Ary ariasputera said...

selamat hari raya... ary nak jemput dengar lagu raya ciptaan ary.. harap sudi ye...

http://ariasputera.blogspot.com/2011/08/salam-lebaran-buat-semua-ary-dendangkan.html

orang kampung said...

selamat hari raya juga.. maaf zahir bathin..

Jasman said...

selamat hari raya...

orang kampung said...

selamat hari raya, minal aidin wal faidzin

cart kartika said...

singgah raya! selamat hari raya aidilfitri ya..^^

MgtBobber said...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN..

whitecappuccino said...

Selamat hari Raya! Moga bahagia selalu.

et said...

selamat hari raya...tahun ni serba biru ker?hehehe

hati2 dijalan raya

Rafi said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat BR sekeluarga ....

Bawang Goreng said...

Ternet slow giler, tapi nak gak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk BR sekeluarga...

Kalau ada kat area Ipoh, jemput singgah. BG ada kat sini sampai Jumaat nih.

thomas said...

Selamat Hari Raya!

Muzaffar said...

Selamat Hari Raya.Maaf lahir dan batin.

iaryylr said...

Selamat Hari Raya Bro BR! Maaf zahir & batin dari Iaryylr & Isteri. Semoga dapat kita berjumpa lagi, Insyallah.

Cha Ril said...

Salam Ziarah, TaqabbaluLlahu Minna Wa Minkum, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...dan Salam Kemerdekaan... :)

simanis said...

Salam Aidilfitri buat BR sekeluarga...

Maaf zahir batin atas segala keterlanjuran...

Cik Kasut said...

komfem ler ada peminat coz nie ler blog yang sgt retro....hahaha byk benda lama ada dlm nie :)

paksab said...

selamat hari raya maaf zahir batin,kat mana BR bermastautin?

Suhaila Ismail said...

oh ini orangnya...:)

Selamat Raya, maaf zahir batin

ku-cit said...

slamat hari raya bro...maaf zahir dan batin ...truskan blog yang yg byk dgn info berguna ni ok..

banawangi said...

wah tt dan wife muka lebih kurang,anakpun sama semua macam adik beradik pulak hehehehe
selamat hari raya.

d'La Fadelia said...

SALAM LEBARAN KEMERDEKAAN buat Blues Riders. Semoga lebaran kali ini memberi makna yang besar buat BR dan keluarga. Thks kerana selalu visit blog che-D.

::budak:: said...

selamat hari raya aidilfitri :)

selamat hari merdeka :)

Nafisah Ruslan said...

celamat ali laye :)

cik menanti said...

silamat ari laye:)

Bro ahmad said...

selamat hari raya maaf zahir batin

RabiatuL AdawiaH said...

slamat Hri raye BR... Tq follow my blog..:)

shyne_onme said...

Selamat Hari Raya!

zizo said...

Selamat Hari raya encik BR

srikandi cinta said...

salam lebaran..selamat berkenalan :) ukhuwah fillah ^_^

'mitchie' yusoff said...

selamat hari raya !

sj said...

selamat ari raya!!

Fahz said...

selamat hari raya blues riders..maaf zahir batin.:)

hira said...

selamat hari raya! hehe :D

Hanif said...

Selamat Hari Raya..

Zie said...

Salam Raya. singgah sini n follow

LadyBird said...

selamat hari raya.. maaf zahir batin :D

Yumida said...

semuanya..4 org sang jejaka..slmt hri ry jgk...

zul permatang badak said...

tak terlewat kan.....
selamat hari raya juga....BR....

armzeli said...

ehmm....rasanya belum lewat lagi...lagipun Syawal blum abis lagi...Selamat Hari Raya BR....

HEMA said...

keluarga bahagia...selamat menyambut hari raya haji...(^_^)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'