21 October, 2011

Flora Santos


Beliau merupakan seorang rekording artis dari Sabah yang pertama diberi penghormatan membuat rakaman ke piring hitam di Semenanjung Malaysia. Mula giat dan berjinak-jinak dalam arena seni suara sejak tahun 1976 lagi dan pernah menjadi anggota kumpulan padu suara D' Tuareans.


Dengan mendendangkan lagu "Doa Anak" dan "South Of The Border", Flora Santos telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan akhir Bintang RTM 1979. Kini Bintangnya mula menyinar apabila Flora ditawarkan untuk merakamkan lagu-lagu dengan syarikat piring hitam Life dengan album sulungnya "Doa Anak".


Dalam album ini terdapat 10 buah lagu, di samping lagu "Doa Anak", Flora akan mendendangkan lima buah lagu ciptaan oleh pencipta-pencipta tempatan. Dalam album ini Flora akan mendendangkan dua buah lagu Indonesia dan dua buah lagu copyright dari lagu-lagu barat. Beliau diiringi oleh Band D'Channel.

Muka Satu

1. Doa Anak - John Gaisah/John Gaisah.
2. Cintaku - Jamal Abdullah/Jamal Abdullah.
3. Kamaria - Copyright/S. Farisah.
4. Apa Dosaku - Faridah/F. Santos.
5. Ku Cinta Padamu - Copyright/S. Farisah.

Muka Dua

1. Kalau Terharu - Mahzan Manan/Mahzan Manan.
2. Tidurlah Anakku - Copyright/Neneng Susanti.
3. Joget Nasihat - Rosli/F. Santos.
4. Mizan Abangku - Osman Chani/Rahim Maarof.
5. Hatiku Masih Yang Dulu - A. Riyanto/Grace Simon.


Flora Santos mendapat didikan awal di Sekolah Rendah Stella Maris, Tanjung Aru, Kota Kinabalu dan di Sekolah Menengah St. John, Tuaran, Sabah. dan pernah bertugas dengan Persatuan Budaya Sabah. Di samping itu Flora juga menjadi penyanyi dengan kumpulan D Impression.

Flora mempunyai tiga orang adik beradik - dua lelaki dan seorang perempuan. "Saya menyanyi ini ialah untuk membantu kehidupan keluarga dan bukan untuk mencari populariti."


Maklumat lanjut mengenai Flora Santos boleh dilihat di: Flora Santos


16 Any comments?:

eMMe said...

Bro, nak dgr lagu dia kat youtube la, tak lahir lagi mase dia memula menyanyi, heeee~

eMMe said...

Bro ~ Flora Santos : Kasih Ku Pendam Dalam Diam ni pun lagu beliau kan... sedap!!!

yusuflaili said...

salam;
Tak berapa ingat lagu flora ni..minat lebih kepada black dog bone atau artis berkumpulan..

Muzaffar said...

Ingatkan penyanyi dari Indonesia...rupanya orang Sabah.

Blues Riders said...

BR to eMMe:
"Kasih Ku Pendam Dalam Diam" popular pada tahun 1983. lagu untuk mereka yg memendam rasa.. hehe..

BR to yusuflaili:
beliau tidak dapat bertahan lama. album terakhir pada tahun 1986, selepas itu terus menyepi..

BR to simanis yang manis:
poster antik tu.. kirim salam kat pakcik.. hehe..

BR to cikgu Muzaffar:
memang sabahan. namanya pun macam pelik sedikit..

iaryylr said...

Saya sudah sampai Tuaran... yehaaa!

Blues Riders said...

BR to bro ia:
untung la.. BR belum sampai lagi ke situ..

paksab said...

pencipta lagu "doa anak" John Gaisah adalah pemenang tempat ketiga bintang rtm 1976..beliau teah lama meninggal dunia.

Blues Riders said...

BR to paksab:
terima kasih paksab atas info yg diberi. BR pun tak tahu tentang itu..

Fabulous Me said...

Woah sy pon belom lahir lagi.. Tpi kakak dgn abg sy mgkin tahu la ni.. Manisss sungguh org nye

ch000tz axoera said...

waaah the very the olskoll pic ni! :D

Blues Riders said...

BR to Fabulous Me:
kakak dan abang mesti tahu.. memang manisss orangnya..

BR to ch000tz axoera:
memang olskoll, kira2 30 tahun yg lalu..

awinfaizny91 said...

sies xtau sapa artis nih..ish2...sedih2..hehee

Blues Riders said...

BR to awinfaizny91:
ramai lagi artis2 lama yang akan dipaparkan.. singgahlah selalu..

HEMA said...

kak hema ingat dia ni, prnh jadi hos dlm rcngan hiburan kt RTM brsama jamal abdillah. lagunya 'surat terakhir'...tak silap la tajuknya

Anonymous said...

saya minat Flora. Lagu doa anak lagu ciptaan abang saya John Gaisah. masih ada lagi tak album Flora ni.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'