05 October, 2011

Leftenan Muda Udara Wanita Blues...


Satu lagi kejayaan bagi kaum wanita negara kita dalam bidang ketenteraan telah terbukti apabila empat orang gadis muncul sebagai Leftenan Muda Udara. Dengan kemunculan mereka maka bertambahlah lagi jumlah Leftenan Muda Wanita yang kini sedang berkhidmat dalam berbagai cabang angkatan tentera kita.


Keempat-empat gadis Leftenan Muda Udara itu ialah:
1. Leftenan Muda (U) Fauziah binti Mohd Ariffin.
2. Leftenan Muda (U) Celine Chang Yen Yong.
3. Leftenan Muda (U) Siti Eshah binti Mohammad.
4. Leftenan Muda (U) Loh Soo Har.

Mereka ini sebenarnya telah mencipta satu sejarah kerana mereka ini dulunya bertugas sebagai Air Stewardess di lapangan Tentera Udara kemudian terpilih untuk menjalani latihan intensif dan akhirnya berjaya lulus sebagai Leftenan Muda Udara. Mereka bolehlah dianggap sebagai pelopor dalam bahagian ini.


Leftenan Muda (U) Celine Chang Yen Yong, 21 tahun dari Melaka menyifatkan kejayaannya dan kejayaan rakan-rakannya sebagai membuktikan bahawa wanita juga boleh melakukan apa jua latihan di dalam bidang ketenteraan.


Leftenan Muda (U) Fauziah binti Mohd Ariffin berkata, jika ada keazaman semua kesukaran boleh diatasi. Beliau menganggap kesukaran adalah sebagai kunci di dalam sesuatu kejayaan.


Leftenan Muda (U) Siti Eshah binti Mohammad, 23 tahun dari Johor pula berkata, tidak ada sesuatu yang tidak boleh dilakukan sekiranya ada kemahuan untuk berjaya. Beliau menjadikan kesusahan yang diharunginya sebagai tekad untuk mencapai kejayaan.


Leftenan Muda (U) Loh Soo Har, 27 tahun dari Kuala Lumpur berkata, bidang ketenteraan adalah satu lapangan baharu yang harus dicuba oleh wanita. Kerjayanya menarik tetapi mencabar terutama bagi gadis-gadis yang inginkan pekerjaan yang adventure.


Dalam perkiraan biasa, usia mereka sekarang telahpun mencecah 54 hingga 60 tahun. Semoga apa yang telah mereka lakukan ini boleh dijadikan pembakar semangat kepada generasi kini terutamanya kaum wanita tidak kiralah dalam apa jua bidang yang diceburi...

21 Any comments?:

yusuflaili said...

Salam;
Tabik Spring pada keempat empat mereka..agaknya mereka dah bersara.

IeDa said...

wow.. hebat la diorang ni!

Hardy_Hunt2 said...

memang hebat...source dpt dr mna a bro?anyway nice entry..

latest update tekok beriuh : punca segala permasalahan dunia

Hidayati said...

Wah hebat betul. Membara semangat mamy baca ni. Sesungguhnya mereka menang wanita2 yang hebat dan bersemangat waja.

stellaizz said...

terbaekkkkkkkkkkkkk...hebat tul

Adry@Daun said...

As salam BR,
Ni thn berapa ye?? 1933 ke? Dh jadi nenek2 kot skrg ni. Apapn, tabik hormat kpd 4 org wirawati pelopor ini.

Blues Riders said...

BR to yusuflaili:
mungkin juga sudah bersara berdasarkan kiraan umur mereka sekarang telah mencecah 50 tahun ++

BR to IeDa:
memang hebat!!

BR to Hardy_Hunt2:
sumber dari majalah2 lama dan keratan2 akhbar yang dikumpul..

BR to Hidayati:
memang mereka hebat dan bersemangat waja, tetapi dimanakah mereka sekarang?

BR to stellaizz:
pembakar semangat kepada generasi kini. memang mereka terbaekkkkkkkkkkkkk...

BR to Adry@Daun:
maaf terlupa menulis tahun. upacara tamat latihan di Kinrara, Kuala Lumpur pada tahun 1978 kira2 33 tahun yg lalu..

Bawang Goreng said...

Wow! Bueno!

Blues Riders said...

BR to Bawang Goreng:
kinder bueno! hehe..

BR to simanis yang manis:
leftenan muda (u) simanis.. kan sedap nama tu.. hehe..

iaryylr said...

Bro! bila lagi kita nak main payung terjun nie!, teringat permainan payung terjun suatu ketika dulu, samar samar dalam ingatan...

Blues Riders said...

BR to bro ia:
tak boleh la bro.. gayat!! hehe..

BR to simanis yang manis:
silap2 landing boleh patah kaki..

6 Plug IN WORDPRESS TERBARU .Percuma! said...

Leftenan muda? Mudanya,gambar dicopy ke atau memang ada dalam simpanan tuan blo... terbaik ar blog ni... lain dari yang lain.

Blues Riders said...

BR to simanis yang manis:
restu itu penting..

BR to 6 Plug IN WORDPRESS TERBARU .Percuma!:
100% gambar2 itu adalah hakmilik bluesriders.blogspot.com/ cuma tidak diletak watermark.

Hafzan Sarah said...

hebat!!
memang hebat..
kerjaya yg mencabar..bukan mudah nk capai tahap ni kan

Aziz A'zmi said...

taknak cuba utk jejak 4 org tu ke? nak jgk tgok cmna keadaan mereka seorang, life selepas bersara...
mesti byk crita diorg bleh kongsi sana...

Blues Riders said...

BR to Hafzan Sarah:
memang mereka hebat..

BR to Aziz A'zmi:
cuma mengharapkan agar jika ada pembaca yg mengenali mereka dapatlah memberikan maklumat terkini mengenai mereka..

khairul said...

serikandi negara

Remix-7 said...

Heehehe,.. Wanita yang berjiwa patriot :)

KiMiE said...

serikandi otai..*tabik

Blues Riders said...

BR to khairul:
serikandi cintaku..

BR to Remix-7:
semestinya berjiwa patriot, wira angkasa..

BR to KiMiE:
tabik juga kepada mereka..

LadyBird said...

perintis :D

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'