12 July, 2010

Beg Plastik Peperiksaan


Semasa dulu-dulu sewaktu di sekolah rendah, bila tiba sahaja hari peperiksaan tidak kiralah Peperiksaan Penggal Pertama ataupun Peperiksaan Akhir Tahun, memang cukup seronok kerana tidak perlu membawa beg atau buku-buku ke sekolah. Cukup dengan hanya membawa alat tulis dan bekal makanan sahaja jika ada. Bagi murid-murid yang 'pengemas' pula bolehlah membawa sebuah buku ataupun majalah sebagai pelapik kertas soalan peperiksaan nanti yang dicetak di atas kertas pendua menggunakan mesin gelek (stensilan).


Beg yang paling popular untuk dibawa pada waktu ialah ialah beg plastik ataupun beg kertas coklat bertangkai tali, berbelang merah putih. Beg plastik yang selalu BR bawa ialah beg plastik bercap 'Aji No-Moto'. Pada waktu itu harganya ialah 20 sen sekeping.



Selain daripada itu, beg-beg plastik berbagai jenama iklan juga boleh didapati secara percuma daripada restoran, emporium dan supermarket, kedai pakaian, tukang jahit dan sebagainya. Sesetengah beg plastik seperti ini juga mempunyai 'pengunci' berlubang di bahagian pemegangnya supaya menutup dengan lebih kemas.


9 Any comments?:

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,
Memang seronok tak payah bawa buku semasa peperiksaan. Masa dulu Sweetie guna plastik macam tu untuk letak Quran dan buku2 untuk pergi sekolah petang mengaji.

AIM said...

Salam, kenapa tulisan pakai kaler tu saya nak baca kisah menarik you tak boleh atau untuk orang tertentu aje

ERSHAD said...

ha ha ha. Masa sek rendah dulu pon saya ada bw beg macam tu. Jenama apa tah, dah tak ingat tapi warna hijau.

Blues Riders said...

terima kasih aim. memang banyak rungutan seperti yg aim kemukakan itu. BR pun tak tahu apa nak buat. cuba aim 'enable' kan JavaScript pada browser aim kalau2 ianya dapat membantu. untuk makluman, blog ini adalah utk tatapan semua pengunjung.

Kniedaz said...

xpenah jumpa yg ni...

ashra said...

err..tak pernah plak jumpa beg2 ni..emm,salah tahun ke saya lahir ni?keke

iaryylr said...

Plastik nie kalau jual timbang rugi, kalau jual di pasaran barang lama baru ada nilai.., tetapi kalau saya tidak jual.. hi hi hi..

KM7 said...

saya pun pernah guna beg plastik mcm tu dulu...ruginya tak simpan..

ayuni.eleena.M.T.azar. said...

haha yup2 dulu mmg bez melenggang je g exam.. rndu plak.. ehh mana awak dapat semua bahan ni aa.. menarik sgt!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'