08 July, 2010

Pulut Ikan Masin vs Kopi 'O' Panas


Inilah makanan kegemaran BR dulu, kini dan selamanya... Pulut ikan masin dengan kopi 'O' panas, makanan sejati orang kampung. Bau ikan masin yang harum itu boleh membuatkan sesiapa sahaja akan 'pecah liur' untuk merasainya. Sebaik-baiknya pulut ini dimakan sebelum pergi bekerja kerana ianya boleh memberikan tenaga kepada tubuh tetapi boleh juga menyebabkan rasa mengantuk mungkin kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi.


Dicampur dengan kelapa dan boleh dimakan bersama apa sahaja ikan masin seperti ikan Kedera, Gelama, Belanak, Sepat dan sebagainya. Di sesetengah tempat pulut ini turut dimakan dengan pisang emas atau buah mempelam. Jika dimakan dengan durian, ia akan menjadi pulut durian pula.


Sewaktu di kampung dahulu, pulut ini ditanak menggunakan dapur kayu. Aroma daripada dapur kayu tersebut menambahkan lagi kesedapan pulut ini...


Mengikut satu artikel yang pernah dibaca di dalam sebuah majalah suatu ketika dahulu, wanita-wanita di Thailand telah menjadikan pulut sebagai makanan ruji mereka untuk kulit yang cantik. Kepada adik-adik dan kakak-kakak bolehlah mencuba dan mengamalkannya... He.. he..



Minuman yang paling sesuai untuk digandingkan dengan pulut ikan masin ini ialah tentu sekali kopi 'O' panas. Tidak sesuai digandingkan dengan minuman lain seperti Coca Cola, Pepsi, Horlick, Milo, Nescafe dan lain-lain minuman moden.



Untuk pengetahuan, pulut ikan masin beserta kopi 'O' ini amat enak dan berselera sekali jika dimakan di pagi hari kala hujan turun. Di dalam suasana kesejukan itu, duduk pula bersila di atas lantai papan beralaskan tikar mengkuang sambil menikmatinya. Untuk menambahkan lagi keenakannya, selepas makan diikuti pula dengan menghisap rokok daun (lenteng) dan yang paling seronok sekali selepas itu ialah TIDUR... He.. he..


11 Any comments?:

Jijahh @ f.k said...

hehehe menu yg sama jijah makan untuk pagi ni ... tapi tu laaa .. sekarang ni jijah rasa super sleepy .. nak bukak mata tak larat nih ..tulunnn

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,

Sedap nampaknya tu BR, air kopi pun cukup kaw.
Memang pulut favorite sweetie, kueh berasas pulut seperti pulut panggang, kueh seri muka.

Lynn Nasir said...

saje je kan nak kasi org mengandung terliur..ish..ish..ish..

p/s: tapi saya tak ngandung :p

Suhana Shahril said...

Haha..kat Perlis, mmg mkn pulut ikan masin..kadang2 dgn mempelam atau ayam goreng.Tapi mulut dan perut saya memang tak boleh pi juga.Bolehla kalau setakat semulut dua. Saya lebih suka pulut lemak berinti kelapa gula merah..hehehe..itu memang marbelessss...pas pekena..mata pun kuyu..dan trus zzzzzz..hahaha...

kakrose said...

buat terliur aje.nak masak ar..buat bukaposa nanti..

Qaseh said...

atuk kijam..kijam...kijam....lariksssssssssssss

mikaidamann said...

masa baca ni teringat arwah wan saya ajar mkn biskut/roti keras berketul, 4 segi..apa nama tak ingat...cicah dgn air teh/kopi panas. Sedap sungguh utk minum petang....bdk2 zaman sekarang tau oreo n chispmore je...hmmm

Hamzah Ian said...

pergh... dulu umah gua kayu je.. mkn mende ni time pagi2.. umah kayu pagi2 sejuk.. mmg best mkn mende nitime dulu2.. nice blog eh

Mazatul Azura Muhamad said...

Sedapnyer makan pulut ikan masin.. nyum2.. bila nak belanja kami makan pulut ikan masin+kepala+ayaq kopi kau..:)

simawarhitam said...

teringat kat kampung...dengan arwah tok.

Azliza said...

sedap makan time hujan..makan plok masa tgh panas lagik..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'