19 July, 2010

Resepi Masak Tauhu Goreng


Resepi yang akan BR tunjukkan kali ini sememangnya mempunyai kaitan yang sungguh rapat dengan kenaikan harga barang masa kini tidak kiralah sama ada yang diumumkan atau yang tidak diumumkan. Dinasihatkan kepada pembaca yang ingin mencuba resepi ini agar mendapatkan nasihat yang sewajarnya daripada ibu-ibu atau opah-opah ataupun daripada mereka yang pernah hidup di era 1970-an.




Inilah resepinya yang dimaksudkan:



MASAK TAUHU GORENG


BAHAN-BAHANNYA:


5 keping tauhu putih
10 sen timun
5 sen gula timbang
5 sen cuka
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 sen taugeh
10 sen kacang tanah
5 sen kicap
5 biji lada padi
10 sudu minyak kacang


CARA MEMBUATNYA:


Tauhu dibersihkan dan digoreng hingga 3/4 masak. Taugeh dibersihkan buang ekornya dan dicelur. Timun dibuang kulit kemudian dipotong nipis-nipis dan bulat.


Kacang tanah digoreng kemudian ditumbuk bersama-sama lada padi. Bawang putih, garam dan gula digiling lumat dan digaulkan dengan kacang yang ditumbuk tadi.


Masukkan kicap, cuka dan serbuk perasa sambil dikacau mengikut pekat yang dikehendaki.


Tauhu goreng dipotong 10 kemudian diatur di dalam pinggan. Taburkan taugeh dan timun di atasnya dan tuangkan kuahnya tadi bila menghidangkannya.


Resepi ini diperolehi daripada majalah Sinar Zaman Jilid VI Bil. 56, Tahun 1977. Manakala resepi ini pula adalah kiriman daripada Azizah A. Bakar, Sri Ladang Gemas, N. Sembilan.


Kebanyakan sukatan bagi bahan yang digunakan adalah di dalam nilai sen yang mungkin sudah tidak relevan lagi dengan zaman sekarang. Namun begitu, bahan-bahan serta kaedah membuatnya adalah masih sama dan tidak berubah. Khidmat nasihat untuk menterjemahkan kembali sukatan yang betul bagi bahan-bahannya di dalam bentuk sen itu adalah penting untuk menjaminkan resepi ini menjadi apabila dibuat.


Selamat mencuba bagi mereka yang ingin mencubanya!


6 Any comments?:

ASaDa RyutaRo said...

peniaga yang dilarang untuk naikkan harga barang.. tidakkah itu kelakar? sepatutnya pengeluar yang terlebih dahulu tidak menaikkan harga, barulah peniaga senang hati menjual dengan harga biasa..

kalau pengeluar dah naikkan harga, terpaksalah peniaga naikkan harga gak.. karang mana la letaknya untung??

Bidadari fiza said...

murahnya brg2 dulu..hehehe, 5 sen boleh dpt brg dah..=)

moreartikel said...

nice blog..., tukeran link ya..., link anda telah terpasang.., di moreartikel.blogspot.com

ila-ali said...

bestnya tengok resipi dulu-dulu...
amaran jgn menaikkan barang hanyalah retorik pihak2 yang berkepentingan. mana mungkin bena tu terjadi...bikin hati sakit aje baca statement tu kan

Ummi said...

syoknya kalau harga barang mcm dolu2 kan...mewah siot...

Cheqna said...

klasiknya guna "sen-sen" untuk bahan-bahannya..

:-)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'