25 July, 2010

Brother Kita Yang Blues...


Gambar ini telah diambil daripada gambar muka hadapan Majalah Sinar Zaman Jilid VI, Bil. 76, keluaran bulan Mac 1979 ketika Y.A.B. Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Allahyarham Tun Hussein Onn telah melakukan lawatan selama lapan hari ke India dan Pakistan pada bulan Januari 1979. Gambar menunjukkan Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 itu sedang berbual mesra dengan sebahagian daripada para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di beberapa buah kolej dan universiti di Lahore, Pakistan.


Di dalam pertemuan itu beliau telah menerangkan beberapa masalah yang melibatkan para pelajar di luar negeri seperti pengiktirafan ijazah dan diploma mereka dan bagaimana kerajaan cuba mengatasinya. Perdana Menteri juga telah menasihatkan para pelajar kita supaya belajar bersungguh-sungguh dan jika mereka mempunyai apa-apa masalah supaya berhubung dengan Pejabat Kedutaan yang berhampiran.


Apa yang menarik perhatian BR di sini ialah kelihatan lelaki di dalam bulatan yang sedang menyendeng sambil merokok dengan wajah yang selamba sahaja di dalam jarak tidak kurang daripada 1 meter daripada Y.A.B. Perdana Menteri (duduk bersongkok). Sekali lihat macam kelakar pun ada dan dua kali lihat, macam kurang sopan pun ada...


Apa pendapat anda?


Moral Value: Tidak kira di manapun anda berada, merokok tetap membahayakan kesihatan...


10 Any comments?:

piewahid said...

'orang' tersebut kaum kerabat kut?
tapi begitulah dulu2, tak terlalu byk prokokolnya.. :)

aima said...

majlis santai , org tu terlalu selesa tu

Tokan said...

lain hulu lain parang...lain dulu lain sekarang...lakukanlah yang terbaik di zaman anda...yang dulu2 jadikan pengalaman dan sempadan..yang sekarang harus dipegang jika banyak manfaatnya. x gitu???hope a nice day...

Monalea said...

selamba je dia.kalau sekarang....tak taulah...

Eka Ninjitsu said...

Jadikan sejarah menjadi pengalaman hidup  untuk bekal di masa depan..

al-basri said...

sambil merokok dia garu ke genggam, sebelah tangan tu..? sampai begitu sekali...hehe

HaNTwO said...

old skol gile gambo ni hehe..

Bawang Goreng said...

@ al-Basri : Detailnya tengok.. hik.. hik...

I think he's one of the SB yg ikut PM...

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

hehe...macam2.

jalilah_jy said...

tahap ketagihan dadah yg ada dlm rokok tidak akan memandang pandangan dan adat disekeliling..yg ptg kepuasan yg dinikmati oleh tekak dada hidung jari mulut dan nafsu... oleh itu islam mengharamlan benda yg merosakkan ...termasuk tar iaitu dadah yg terkandung dalam benda haram tuu..maaf..jika ada yg tersinggung..ahakkk salam nisfu syaaban..selamat melaksanakan ibadah puasa..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'