30 April, 2011

Kuat Kuasa Larangan Jual Makanan Tak Sihat


Peniaga dan penjaja yang menjual makanan tidak sihat di luar sekolah wajib dibanteras habis-habisan bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) serta diabetes di kalangan pelajar.


Sumber: Berita Harian 27.04.2011


Kerajaan diminta melarang peniaga dan penjaja makanan tidak sihat yang boleh menjejaskan kesihatan pelajar berniaga di luar kawasan berhampiran sekolah jika benar-benar serius mahu menangani masalah pemakanan yang boleh menyebabkan obesiti dan diabetis yang berpunca daripada amalan pemakanan tidak sihat.


Sumber: Berita Harian 28.04.2011


Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga digesa meningkatkan penguatkuasaan dengan melesenkan semua peniaga atau penjaja dengan syarat tidak menjual makanan yang tersenarai dalam 15 makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, kerajaan sepatutnya tidak membenarkan peniaga dan penjaja menjual makanan tidak sihat di luar sekolah jika melaksanakan garis panduan baru itu bulan depan.

Aktivis pengguna, Datuk Nadzim Johan berkata, pihak berkuasa juga boleh melarang peniaga atau penjaja menjual dalam lingkungan jarak tertentu, misalnya 50 meter dari sekolah, namun ia bergantung kepada tindakan penguatkuasaan tegas.


Sumber: Berita Harian 28.04.2011



*************************************************************


Langkah yang diambil oleh pihak-pihak berwajib untuk menggempur peniaga jajan yang tidak memiliki lesen dan mengganggu lalu lintas yang berniaga di luar kawasan sekolah haruslah dipuji kerana terdapat Undang-undang Kecil Penjaja bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Tetapi untuk mengawal kecenderungan pemakanan seseorang individu terutama kanak-kanak dengan undang-undang adalah mustahil sedangkan makanan yang telah diketahui dan ditakrifkan tidak sihat itu masih lagi dijual dan boleh didapati di pasaran dengan mudah. Seperti juga rokok, biarpun berjuta ringgit telah dihabiskan untuk kempen anti merokok sudah pasti kurang berkesan sekiranya penjualan rokok masih mudah didapati di pasaran. Memupuk kesedaran adalah sesuatu yang sangat subjektif.

Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan "Mustahil pengambilan makanan di kantin dalam tempoh rehat sesingkat 15 hingga 20 minit boleh mengakibatkan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, sebaliknya ia lebih banyak diakibatkan pemakanan pemakanan di luar kawasan sekolah, termasuk ketika bersama ibu bapa (Berita Harian 27.04.2011).


Oleh kerana capati dan susu lembu tidak disebut sebagai makanan yang menyebabkan obesiti di kalangan kanak-kanak seperti nasi lemak, maka BR telah mengambil kesempatan tersebut dengan membawa anak-anak menikmatinya di Restoran Feroz Khan, Temoh, Perak (berhadapan simpang ke Chenderiang).


Sungguh menyelerakan...


Moral Value: Tutup sahaja kilang jajan, habis cerita... He.. he..


13 Any comments?:

iaryylr said...

entahlah, dulu selalu makan nasi lemak kat kantin sekolah , rasanya suku banyaknya saja dari beli diluar sekolah, kenyang pun tidak. masaalahnya kanak-kanak belum bersekolahpun ada yang sudah obes?. Banyak juga yang sampai darjah 6 pun kurus-kurus termasuk saya. Buka saja makanan, minuman juga. dulu disekolah Selalu minum air tak bekhasiat saja disekolah, air pun air paip agaknya sebab hari itu sudah diwartakan di tv dan akhbar bahawa air paip kita boleh diminum terus dari paip....

harrazdani said...

zaman aku dulu nasi lemak tak macam sekarang, ikan bilis lebih...sambal kurang. zat besi tu...sekarang sambal lebih, ikan bilis ciput....minyak tu (kolestrol)...

harrazdani said...

kalau nak kuatkuasakan x boleh nak jual diluar sekolah...aku tgk yang jual tu peniaga2 melayu yang susah...sian pulak..itu mata pencarian dieorang...cuma kita perlu tanamkan ilmu pemakanan yang sihat pada anak2....

delarocha said...

jajan... masa kecik2 dulu pun suka makan jajan, mcm2 ada..tapi tak obesiti pun.. huhu

yang penting kena byk bersukan

Bawang Goreng said...

Wah... Kedai chapati tu memang famous... tapi BG tak pernah ada kesempatan untuk singgah...

Chapati rasanya tidaklah menggemukkan jika dimakan sekali sekala... Tapi kalau roti canai, memang sah tak sihat...

Updated entry : Wanita bertudung kerana tuntutan agama atau ikut fesyen?

iaryylr said...

dulu nasi lemak bahan santan, sekarang nasi lemak bahan minyak masak...

sumanje said...

Salam ziarah…
Jemput singgah di blog baru Sumanje
Tentang Malaysia
Terima kasih atas kunjungan anda
Semoga Ceria selalu dan happy blogging
Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

:)..

perondajaketbiru74 said...

hmmmm kalau nak banteras jajan baik banteras mc donalds sekali bro hehe

biha a.k.a PETOM said...

assalamualaikum, biha singgah bluesriders juge. hmm, entry ni betul sgt2 lah..tengok lah budak2 skarang, ramai yg terdedah dgn mcm2 penyakit disebabkan jajan

adibdaddy said...

Bawa bekal ke sekolah je.. jimat

zmah said...

Berapa hari lah maknya rajin masak untuk bekal anak...??

AL-QASSAM said...

Makanan pula jadi isu panas... pening2

MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN

kau kesah ke?? said...

budak sekarang ni dok depan pc jek. sukan takde. pastu makan kemain banyak. tulah aku stuju cadangan ko blue riders.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'