Tin tembakau Erinmore Flake ini sebenarnya sudah lama berada di dalam simpanan BR tetapi tidak pasti pula bilakah tahun keluarannya kerana terdapat banyak versi tin keluaran daripada Murray's Erinmore Flake Tobacco ini yang terdiri daripada dua bentuk sahaja yang biasa dilihat iaitu yang berbentuk empat segi dan yang berbentuk bulat seperti ini.

Mungkin faktor harga yang menyebabkan tembakau ini tidak digunakan sepenuhnya oleh penghisap rokok daun kerana harganya yang agak mahal dan kemungkinan juga atas sebab tembakau ini adalah lebih 'panas' rasanya (berdasarkan pendapat beberapa orang responden yang telah ditemui).


Begitu juga meskipun ada pendapat daripada penggemar-penggemar paip yang mengatakan menghisap paip adalah lebih menjimatkan daripada menghisap rokok, adalah lebih baik jika kita tidak menghisap kedua-duanya langsung.. badan pun sihat, duit pun jimat... He.. he..

Tin ini juga adalah kedap udara atau vacuum packed untuk mengekalkan keaslian rasa tembakau di dalamnya. Tinnya sama ada empat segi ataupun bulat biasanya akan digunakan semula sebagai tempat mengisi tembakau rokok daun atau dijadikan celepa.
Kepada pembaca yang ingin melihat tin tembakau ini dalam versi empat segi pula bolehlah ke: jakionline inc
Moral Value: Jualan hasil tembakau tidak dibenarkan kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun...
7 Any comments?:
Oh nostalgia tgk gambar tu...masih ada lagi member2 yg veteran menggunakan tin tembakau Erinmore ni utk simpan rokok daun dan tembakau tahil...
Ayah saya panggil tembakau cap nanas...
mmg nostalgia la..tin tembakau ni.. arwah atuk sy dulu hisap paip pakai tembakau ni lah.. kenangan betul la.. Al-Fatihah untuk arwah atuk tersayang..
terima kasih ye blue riders sudi singgah blog..
dulu arwah ayah saya hisap paip pakai tembakau jenis ni..tapi sy tak ingat lah pulak sama ada bau dia busuk atau tidak.
BR to khairil:
memang nostalgia.. generasi yang menggunakan tin ini utk simpan tembakau & rokok daun pun sudah jarang kelihatan..
BR to koding:
sebab pada tinnya jelas tergambar sebiji nanas.. hehe..
BR to {finie violet}:
al-fatihah utk arwah atuk finie..
BR to alan:
setahu BR, bau yang dihasilkannya sungguh harum..
hmmmm memang terkenal sangat tembakau brand ni semua penghisap paip pasti kenal brand ni....
terkenang ngan arwah atuk, dia duduk kat kerusi tengok bola sambil hisap paip, seorang penghisap paip tegar. dia meninggal bukan kerna tembakau tapi kemalangan di laut masa tu umur dia 73 tahun dan juga arwah nenek sodara aku, tegar hisap rokok daun umur panjang meninggal sebab sakit tua bukan kerana rokok daun, arwah suami dia tak hisap hidup bersama, meninggal bukan kerna rokok daun dari nenek sodara tapi meninggal lepas operation di bahagian usus.
Post a Comment