26 April, 2011

Tambang Murah Keretapi Tanah Melayu



TAMBANG MURAH UNTOK ROMBONGAN


Keretapi Tanah Melayu Menawarkan:

(a) Satu sa-tengah bayaran bagi perjalanan pergi-balek untok rombongan sa-ramai 10 orang atau lebeh;

(b) Satu satu pertiga bayaran bagi perjalanan pergi-balek untok rombongan sa-ramai 50 orang atau lebeh, dan

(c) Satu bayaran bagi perjalanan pergi-balek untok rombongan sa-ramai 100 orang atau lebeh.

Jemput bertanya mengenai persediaan2 perjalanan kapada:

PENGURUS TERAFIK
Peti Surat, 1089, Kuala Lumpur.


(Sila klik untuk besarkan imej)


Iklan Keretapi Tanah Melayu ini telah dipetik daripada Majalah Mastika keluaran November, 1966 iaitu kira-kira 45 tahun yang lalu.. lama dah...

Sewaktu kecil dahulu memang BR selalu menaiki keretapi untuk pulang ke kampung. Apabila terpandang iklan ini terutamanya pada gambar keretapi itu, terkenanglah kembali pada zaman tersebut.

Keretapi jenis ini juga turut dikenali sebagai "rail car" dan tidak 'berkepala' seperti keretapi biasa iaitu ala-ala komuter sekarang. Ia juga hanya membawa beberapa koc sahaja dan berwarna perak (silver). Sungguh seronok menaikinya pada waktu itu kerana deruman enjinnya yang berbunyi seperti kereta terutama ketika ia hendak mula bergerak.

Kanak-kanak yang menaiki keretapi pada waktu itu ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi, antaranya ialah:

1. Tidak boleh menangis di dalam keretapi kerana nanti keretapi tidak mahu bergerak selagi ia tidak 'melanggar' kanak-kanak tersebut.

2. Tidak boleh mengeluarkan kepala atau tangan kerana nanti akan dipotong oleh pemenggal yang sentiasa menanti di bawah.


(Imej ihsan harizamrry.com)

Sementara menunggu keretapi tiba, BR selalu bermain dan memetik bunga labah-labah (Spider Lily) yang boleh dikatakan wajib ditanam bersusun pada setiap stesen keretapi pada waktu itu.


Tidak akan hilang nostalgia itu dan kepada pembaca yang pernah mengalaminya, jemput-jemputlah berkongsi pengalamannya...


25 Any comments?:

iaryylr said...

saya tidak pernah naik keretapi lama nie sebab jarak keluarga tidak jauh sangat, tapi rail kat kampung pernah juga jadi tempat orang bunuh diri, ada juga cerita seorang tua tahan kereta api dengan tangan jer he he he, kalau kat kampung atuk dulu kat tepi rail pernah juga terbit mata air pada era 60an?, sampai berpusu orang ambil airnya, tapi kalau keretapi kat muzium pernahlah naik he he he!.

Koding said...

Saya pun tak pernah naik kereta api lama...
Masa kecik2 dulu slalu naik bas ngn teksi aje..

Blues Riders said...

BR to bro iaryylr:
gajahpun pernah tahan keretapi.. dendam sbb keretapi langgar anaknya..

BR to Koding:
naik keretapi mmg seronok, boleh jalan2, ada tandas, ada org jual makanan.. dan sehingga awal 1990-an, ada pramugari.. hehe..

kueh bakar said...

br...

ko tau tak....kalo keretapi kelas 3 thailand itu free? kelas 2 dan 1 jer bayar...kelas 3 free...

thai lebih berkebajikan dr segi ini...

nikths said...

bila terpandang keretapi ni teringat peristiwa tragis yg diceritakan oleh mak ayah saya iaitu sebuah bas hancur dilanggar keretapi di Kg.Lemal,Pasir Mas.Ramai penumpang mati dengan daging berkecai2.Kalau tak salah pada tahun 1972.
Kisahnya boleh lihat disini
http://rasdi146.blogspot.com/2009/01/tragedi-lemal-1972-satu-catatan-memori.html

Blues Riders said...

BR to kueh bakar:
semoga kita juga dapat mencontohinya..

BR to bro nikths:
t kasih atas maklumat yg diberikan. sewaktu tragedi di ptg tinggi, bkt mertajam, BR ada di tempat kejadian, turut melihat kesan tragedi itu.. amat sadis.

~ariFFin~ said...

wahhh...dah lame tak naik kreteapi...teringat zaman2 budak sekolah dulu...hehehe

ABDUL AZIZ BIN A.HAMID said...

teringat masa kecik-kecik dulu selalu balik kampung kat serdang Kedah naik keretapi dari stesen kuala lumpur. Ketika itu dalam pertengahan tahun 70an. Kalau balik kg masa raya memang penuh stesen dgn orang ramai. Kalau keretapi sampai , masing2 berebutlah cari tempat duduk. Keluarga kami tak terkecuali. Arwah ABAH saya mengangkat adik saya dan menghulurkan masuk melalui tingkap tren untuk menempah tempat duduk. Ditengah ruang berjalan kaki pun ada yg meletakkan tikar untuk dibuat tempat duduk.

Zeeqa ~ Ajie said...

ulang-alik KL ke kampung --> kampung ke KL naik KTMB je senang sebab kalau naik bas leceh.

zmah said...

Teringat masa kecik dulu naik keretapi....lambat bebenor nak sampai ke lokasi

NzA said...

nostalgia indah tu .....

Blues Riders said...

BR to ariFFin:
BR pun dah lama tak naik keretapi, dah hampir 15 tahun..

BR to abdul aziz bin a. hamid:
betul tu en aziz, kenangan itu yg tidak akan dilupakan.. BR juga pernah turun melalui tingkap tren, org terlampau ramai siap ada yg menggantung buaian anak..

BR to zeeqa - ajie:
naik keretapi lebih relax dan selamat..

BR to cikgu zmah:
biar lambat asalkan selamat cikgu, hati2 menunggang..

BR to nza:
memang nostalgia..

thomas said...

Memang antique railcar zaman dulu,
sekarang ini cuma ada di Sabah State Railways.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, bunga labah2 tue busuk lerrr...

Alan said...

keretapi sekarang dah tak meriah macam dulu..rasa macam naik komuter je sekarang.

Izyan Masri said...

ANTIK BETUL IKLAN TU XD

Blues Riders said...

BR to bro thomas:
deruman enjin railcar itu masih terngiang-ngiang..

BR to be simple beb(bsb) - threeq:
tak pasti pula tentang baunya, dulu2 BR suka menyusunnya di atas landasan..

BR to bro alan:
zaman dah berubah alan.. kenangan dulu mana mau cari?

BR to izyan masri:
dah 45 tahun iklan tu.. bahasanya pun klasik.

cik gelong said...

tren skrg dah x best... salu naik.. dari tg.malim ke aloq staq... sejuk giler mcm dlm fridge! tp, memg murah! tiket pon salu bis..
~blogwalking..

http://kisahlifesaya.blogspot.com/2011/04/bahaya-air-sejukai.html

Anonymous said...

Masa zaman kanak-kanan dan awal remaja, kalau balik rumah atok kami di Melaka mesti naik keretapi dari Taiping. Stesen keetapi lama di Bandar Melaka telah ditutup, jadi kami sekeluarga turun stesen terdekat iaitu stesen Tampin (Sekarang dipanggil stesen KTMB Pulau Sebang, Melaka)Biasanya kami bertolak dari Taiping train 10 malam.Kami 4 beradik akan bergaduh nak duduk tepi tingkap , abah leraikan dengan ikut giliran setiap kali balik kg. Sampai KL pukul 6.00pagi kena tukar keretapi ke selatan biasanya bertolak jam 8.30 pagi.Sementara ada 2 jam itu, kami pergi surau lepas tu sarapan. Naik ketapi ke selatan jam 8.30pagi sampai KTMB Pulau Sebang9dulu panggil Tampin) pukul 11.00 pagi. Kami naik teksi sampai ke Bandar Melaka, biasanya abah singgah kat pasar sekejap utk beli ikan dan sayuran. Teksi tunggu. Sampai rumah atok kat Merlimau pukul 1.00 tengah hari. Waktu nak balik Taiping abah dah booking awal teksi utk hantar ke Stesen KTMB Pulau Sebang. Sehari sebelum pulang ke Taiping, nenek dan emak masak rendang, telur rebus utk dibawa bekal dalam keretapi. Pukul 1 tengahari teksi yg ditempah abah datang dan hantar kami di stesen Pulau Sebang. Keretapi tiba jam 3.15 ptg, sampai KL pukul 6 ptg. Keretapi ke utara akan bertolak pukul 8.45 malam. sementara 2 jam itu kami anak beranak membuka bekal yg dimasak tu utk "makan malam' bukan kami sahaja buat begitu semua org pun membawa bekal. 8.45 Keretapi bertolak biasanya kami adik-beradik terus tido.Apabila keretapi tiba di stesen Padang Rengas, abah aku akan kejut semua ahli keluarga kerana bersedia turun kerana stesen Taiping sudah hampir. Biasanya sampai Taiping jam 4.00 pagi. Abah ambik teksi terus balik ke rumah dan sambung tido lagi. Begitulah rutin kami setiap kali balik ke Melaka.Dalam setahun itu 2 kali kami akan balik kampung , biasanya cuti sekolah bulan 4 dan bulan 12,hari raya jarang balik sebab keretapi terlalu ramai. Dahulu penngangkutan KTM merupakan pengangkutan utama. Tiada bas ekspres direct ke Melaka, sebab itu abah lebih suka naik KTM. Tetapi itu semua tinggal kenangan ... apatah lagi kedua-dua ibu bapaku sudah mengadap Ilahi. Baru-baru ini aku bawa anak anak ku menaiki keretapi ke Butterworth dari stesen Pulau Sebang. keretapi sekarang sudah sangat selesa... tiada lagi kedengaran orang menjual kopi panas karipap...kerana masa sudah berubah. itulah secebis kenangan bersama KTMB sekitar 1969 hingga 1983.

Blues Riders said...

BR to Anonymous:
terima kasih atas pengalaman panjang lebar yg telah ditempuhi bersama ktmb. BR pun sama, pernah mengalami semuanya itu tapi yang tinggal hanyalah kenangan. alfatihah buat ibu dan abah..

eqim said...

salam kepada penulis blog, boleh saya tau perjalan kereta api ini secara terperinci beserta laluan kereta api ketika itu

Blues Riders said...

BR to eqim:
waalaikumussalam, secara terperinci tu tak tahu lah pula. tetapi rasanya dari KL ke Bangkok kot.

zahrin said...

Dulu masa budak2 zaman 60an biasa juga naik ketapi sekeluarga.Masa tu ayah seorang tentera di kem Sg. Besi.Nak balik kampung di Kuala Kangsar time raya.Biasanya ayah dapat konsessi tiket naik 2nd class.Tempat duduk 2nd Class disediakan meja berlipat untuk memudahkan kami sekeluarga bersarapan.

Ketapi bertolak dari KL jam 9.00pg.Sebelum ketapi bertolak ayah berpesan jangan buang air bila berhenti di stesen,nanti stesen mastar marah.Kalau nak buang air juga tunggu ketapi jalan.

Ketapi akan berhenti kat Tanjung Malim.Ketika itu ramai peniaga makanan seperti karipap,kacang putih,nasi lemak naik ketapi untuk berniaga atas ketapi.Ada yang naik dari Tg.Malim dan turun kat Slim River atau Tapah Road.

Tiba kat stesen Ipoh lebih kurang pukul 1.00ptg.Ketika ini emak akan keluar bekal nasi dan makan sama2.Biasanya lepas makan perut mula memulas dan rasa nak terkencing.Teringat pesan ayah maka saya pun kencingla sewaktu ketapi bergerak.Bukan senang nak kencing dalm tandas ketika ketapi bergerak.Kita boleh nampak landasan ketapi melalui lubang tandasnya.Dengan keadaan gerabak bergoyang goyang tu air kencing yang dipancutkan itu ikut bergerak kiri dan kanan.

Sampai di Kuala Kangsar lebih kurang jam 2.30ptg.Kami naik prebet sapu untuk sampai ke pekan Kuala Kangsar.Sementara tunggu bas nak balik ke kampung Opah di Sayong kami pekena cendol dan laksa di gerai berdekatan jam besar.

Sampai di rumah opah lebih kurang jam 4.00ptg.Opah akan menjerit jerit gembira melihatkan cucu2nya balik beraya di kampung.

Suatu ketika kalau salah seorang cucunya demam,opah akan ambil tiket ketapi yang sebesar 2"x1" dan direndam dengan segelas air untuk dijadikan penawar.Bila waktu malam nak tidur badan kita terasa bergoyang goyang akibat di waktu siang tadi sehari suntuk berada dalam ketapi.

Demikianlah pengalaman saya di waktu kecil naik ketapi.

Blues Riders said...

BR to zahrin:
sebuah pengalaman yg menarik dan tak mungkin akan berulang lagi..

Anonymous said...

oh ya..satu lagi cerita..zaman dulu bas bas express tak banyak dan laluan yg ada pun dari bandar bandar besar saja contoh Penang-KL..sebab itu org dulu lebih gemar naik keretapi walaupun lambat tapi tambangnya murah..kalau tak silap saya tahun 70an..tiket Kelas 3 dari Taiping ke KL hanya RM 9.10 dan dari KL ke Pulau sebang , Melaka (Tampin) RM 3.90 kalau kanak kanak separuh bayaran...Kalau dari utara kami hanya sekali naik tern siang dari taiping...kenapa? ini pengalaman saya dan keluarga sekitar 1975... naik tren dari taiping pukul 10.30 pq sampai KL pukul 6.00 ptg...tungggu tren ke johor/selatan dari KL pukul 8.30 malam..tiba Pulau sebang (Tampin) pukul 11.15 malam...dari stesen tu hendak sampai ke rumah datuk saya kat Merlimau lagi 50 KM... teksi ada tapi bayaran mahal, masa tu RM 50 besar nilainya. Jadi abag buat keputusan duduk kat stesen tu sampai pukul 7,00 pagi ada bag ke Melaka. seingat saya sepanjang malam tu, ada 2 tren yg berhenti di stesen Tampin.tapi akhirnya saya tidur dipangkuan abah (saya anak bongsu), sejak peristiwa itu tiada lagi naik tren siang untuk ke Melaka dari taiping, kata emak...serik serik, itu ayat yg saya ingat apabila emak bercerita dgn sedara sedara dekat Melaka, kisah bermalam panjang dekat stesen Tampin itu. Sekarang stesen itu dah tak ada lagi...dah diroboh buat landasan berkembar, stesen baru arah utara sikit dari stesen lama, dah canggih dua tingkat lagi. Kalau dulu nama stesen itu Tampin, sekarang disebut Pulau Sebang, kerana lokasi stesen itu memang dah masuk wilayah melaka sejauh 1 km dari sempadan Negeri sembilan sejak zaman britih dulu. kerajaan melaka yg mintak KTM tukar nama tu, Pulau Sebang, tak popular nama tu dari Tampin,apa pun kena akur dari sudut geagrafi stesen lama ke atau yang baru itu, memang dalam mukim Pulau Sebang, daerah alor Gajah Melaka...itulah ceritanya...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'