13 April, 2011

King Kong Perfumed Aerosol Insecticide


Siapa yang tidak pernah digigit atau di'ketit' nyamuk? Berbagai langkah boleh diambil di antaranya ialah memasang kelambu, membakar kayu getah di bawah rumah, memasang ubat nyamuk dan yang paling mudah ialah dengan menggunakan aerosol. Sembur sahaja di sekeliling rumah dan nyamuk pun akan hilang (tetapi biasanya untuk sementara sahaja).


Entri kali ini marilah sama-sama kita melihat King Kong perfumed aerosol insecticide yang merupakan keluaran asal yang telah dikeluarkan di sekitar tahun 1990-an yang mungkin pernah digunakan oleh kita pada waktu itu. Tinnya berwarna keemasan dan masih berbungkus plastik tanda belum digunakan.

Kelebihan King Kong perfumed aerosol ini lalah ia tidak mengandungi DDT (dichloro-diphenyl-trichloroethane) dan juga mempunyai haruman yang sungguh menyegarkan. Umpama menyembur minyak wangi ke seluruh rumah untuk membunuh nyamuk dan serangga... He.. he..


Berisi kandungan 680 ml dan diedarkan oleh Tohtonku Sdn, Bhd., Perlis Road, Penang. Sebuah syarikat pengedar yang terkenal dengan produk kecantikan Follow Me dan lain-lain jenama kecantikan dan dandanan diri. Selain dari membunuh nyamuk, aerosol King Kong ini juga boleh digunakan untuk membunuh lalat, lipas, semut dan lain-lain serangga dengan segera.

Teringat lagu Bumiputra Rockers, 'Aku Hanya Serangga'...


Untuk pengetahuan, jenama King Kong aerosol ini masih lagi berada di pasaran tetapi telah diberikan sentuhan wajah baharu. Selain dari aerosol pembunuh nyamuk, produk-produk lain jenama King Kong yang masih boleh didapati di pasaran ialah pembunuh semut, lipas dan tikus yang boleh kita lihat biasanya di pasar-pasar malam.

11 Any comments?:

Alan said...

lebih suka guna ridset

Q E Q E N said...

fakta menarik : hanya nyamuk BETINA akan menggigit kerana darah kita adalah sumber utama kepada sumbangan telur nyamuk yg baik :)

iaryylr said...

hari tu ada geng jepun join pasang mesin kat tempat saya, yang lucu jepun tu asyik kenan gigit nyamuk jer, kita orang tak apa-apa pula, hu hu hu!

Fiqas said...

tak pernah jumpa king kong ni..

nur ikhyar dee said...

sembur kerengge mati tak?
tengah dendam dengan makhluk tu...

Kiko Berdendang said...

Semut sekarang ni bijak bistari..kena sembur pun tak mau mati....

Far8 budak baik said...

hahahaha..x pena pun jumpe jenama king kong..aha kelaka

Firdaus Kasim said...

haha.. kt KL nie mmg x jumpa pun brand nie

lady dayana. said...

huhuu tak penah dengar pun brand ni??

Firdaus Kasim said...

sama.. brand nie limited kot? hehe

Entri terkini :
Cara daftar alexa

cik nur said...

hurm tak pernah dgr jenama nie tp tak bau busuk tuh harus la cbe hehhe

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'