21 April, 2011

Pengubat Barah - Vekano


Setiap penyakit ada ubatnya termasuklah penyakit barah. Untuk itu marilah kita ikuti satu petikan iklan lama yang telah dipetik daripada sebuah majalah lama. Iklan bertulisan jawi dan bertulisan tangan ini telah dikeluarkan disekitar tahun 1960-an.


Mungkin ubat ini akan menjadi yang terlaris di pasaran pada masa ini memandangkan ayat-ayat pengiklanannya yang sungguh menarik minat pembaca.


"Pil tablet menghilangkan sakit-sakit barah dan tali perut yang agung"


Mengandungi vitamin "U" untuk melindungi dari jangkitan penyakit barah - Penyelidikan terbaharu gabungan dari ubat-ubatan China buatan Jepun

Harga sekotak tin berisi 30 biji $4.50.


Boleh dibeli di kedai-kedai ubat seluruh Malaysia dan Singapura.


Kemungkinan besar iklan ini bukanlah ditujukan untuk penyakit barah secara umumnya. Berdasarkan kepada latar belakang usus besar yang ditunjukkan, ia sebenarnya mungkin ditujukan kepada pengidap penyakit ulser ataupun gastrik bagi meredakannya.

Satu lagi persoalannya bolehkah pembaca menjelaskan mengenai vitamin "U" yang dimaksudkan?


Moral Value: "Mencegah lebih baik dari mengubati..."


16 Any comments?:

Anis Anisa said...

ye mencegah lebih baik dari mengubati

nikths said...

pengkelasan vitamin adalah dari A-Z tetapi yang dijumpai kalau tak silap sampai U.Vitamin B pula ada 15 jenis dari B1 hingga B15.Vitamin 'U' banyak terdapat didalam kobis mentah,bayam,Asparagus,broccoli,kale dan daun mustard
http://www.livestrong.com/article/3530-need-vitamin-u/#ixzz1K8Ml3MwF

Kegunaan untuk merawat ulcer,luka di usus.Vitamin ini dijumpai pada tahun 1949.

Blues Riders said...

BR to Anis Anisa:
memang betul..

BR to bro nikths:
t kasih atas perkongsian maklumat tersebut. lepas ni kena banyak makan sayur2 yg dinyatakan..

amir aizat said...

hahah vitamin u?xpenah tahu pon

AL-QASSAM said...

vitamin U?

Blues Riders said...

BR to amir aizat & al-qassam:
sila rujuk maklumat daripada komen nikhts mengenai vitamin U ini... BR pun tak tahu juga sebelum ini.

Koding said...

Apa yang saya tahu vitamin adalah A sehingga K sahaja...
Barangkali silap saya kerana tak mengaji tinggi...

Azzah said...

first time dengar vitamin u..

Kalamhati said...

first time dgr vitamin u..ada ek..huhu

iaryylr said...

Wah! kalau ada bekasnya tentu menggeramkan!

Blues Riders said...

BR to koding, azzah & kalamhati:
samalah kita...

BR to bro iaryylr:
bekasnya dh 40 tahun lebih dah, mana nak cari?

alan said...

pertama kali saya degar ada vitamin U hehehe..tapi mengubati barah tu tak boleh tahan hehehe..syarikat mana yang keluarkan ubat ni ye.

Aida Omar said...

unik je iklan dulu kan..hehe

vitamin U?? uihh..haha

TYNTHA LANA said...

mana BR dpt iklan ni,huhu, sgt klasik.. seriusly, lana suka sgt blog BR, simple n kemas

Blues Riders said...

BR to alan:
kalau ikutkan di tinnya, ubat ini dikeluarkan oleh Kokando Co. Ltd. mungkin dari Jepun.

BR to Aida Omar:
iklan dulu2 memang unik. penggunaan bahasanya kadangkala nampak kelakar..

BR to Tyntha Lana:
terima kasih..

EciQz Tham said...

murahnyer ubat barah dulu2...skrg nak ubati barah...setakat ubat pil jer dah rm450...bukan lg 4.50...hehehehk^^

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'