Setelah kita melihat butang polis dulu-dulu, untuk entri seterusnya, kita ikuti pula kisah mengenai wisel polis dulu-dulu. Seperti juga butang polis, adalah dipercayai bahawa wisel polis ini juga telah digunakan sejak tahun 1950-an lagi iaitu hampir 50 tahun yang lalu.
Sepenuhnya adalah "wisel" yang sebenar tanpa sebarang bebola di dalam yang sudah tentu memerlukan tiupan angin yang lebih kuat bersesuaian dengan teknologi pada waktu itu. Diperbuat oleh 100% logam tulen yang tahan karat serta mempunyai kadar berat yang bersesuaian dan boleh dikilatkan ke tahap maksima dengan menggunakan autosol.
Panjangnya ialah kira-kira 8cm dan berbunyi nyaring jika ditiup dengan menggunakan teknik yang betul. Amat tidak bersesuaian jika wisel ini digunakan oleh polis trafik sekarang memandangkan bunyinya tidaklah senyaring wisel fox atau wisel yang berbola di dalam.
Tidak dapat dipastikan pula wisel ini buatan daripada negara mana kerana tiada sebarang catatan mengenai itu. Tetapi berdasarkan kualiti yang ditunjukkan serta kronologi penggunaannya oleh anggota polis sejak 50 tahun yang lalu, adalah dipercayai wisel ini buatan England, sama seperti butang baju sebelumnya.
Wisel ini biasanya akan diikat pada rantai atau tali wisel lalu dimasukkan ke dalam poket baju atas. Biasanya digunakan hanya untuk perhiasan kerana memang tidak pernahpun dilihat atau dikisah di dalam drama 'Gerak Khas' arahan Dato' Yusuf Haslam anggota polis akan meniup wisel ini ketika mengejar penjenayah atau dalam keadaan kecemasan. Kecualilah anggota polis trafik yang memang cukup sinonim dengan wisel walaupun bukan jenis wisel yang ini.
27 Any comments?:
Waaaahhh... antiknya...
Pewweeet!!
POLIS GUNA WISEL UNTUK APA EK...
nice entry! :)
mana curik ini wisel?kat muzium ka?
skrg dgr byi wisel pun org jahat xtkut...baik tembak jek...hoho
kelakau polis dulu2.nak tangkap orang tiup wisel dulu
wettt...wetttt.. (bunyi wisel)
^_^ nice info
bapak aq ada ke tak tah wisel cm ni
antik gle kot.. wahhh.. kagum2.. :)
aippp.. aiipp.. Nadh datang melawat ni.. salam lawat.. salam ziarah..
Nadh nak kongsi cerita 100 Letters of LOVE
. baru ciap ja ni. rajin kalau komen ya. Nadh baru belajar buat cerita ni.. :) Mungkin dengan teguran sahabat semua dapat improve skill menulis Nadh. Maceh ya. :)
Salam, blues riders. Wisel tu kelihatan antik. Agaknya diperbuat dari tembaga kan......:)
BR to Bawang Goreng, Miss Kotak, syieda & fRaMe+LenSeS:
terima kasih..
BR to Lagenda Teragung:
yang itu kena tanya polis lah.. hehe..
BR to SHIEmah Shiemillionaire:
tak curi.. koleksi dulu2.. hehe..
BR to Odah + One = OdahOne:
betul tu odah, tembak jer..
BR to bro Alan:
polis dulu2 kalau nak tangkap orang, sebatu dah bunyi siren..
BR to saiazuan:
cuba selongkar 'peti biru' bapa tu.. kot2 ada..
BR to Myfrin's story:
rasanya bukan tembaga sebab logamnya berkilat silver bukan kekuningan..
Peminat barang-barang lama ker? wah.. ada muzium sendiri la nie... dulu polis ke? ehehe
serius berminat dgn wisel nie..!! kalau ada jual, nak beli.. itupun kalau murah la.. hehehe
Haha... antik betullah...
hahahaa....klasik...
Situasinya begini :
Polis : Ini polis...(kemudian meniup wisel)...jangan bergerak.
Penjenayah : Datuk , janganlah tiup wisel tu lagi...bisinglah. (sambil mengangkat kedua-dua belah tangan ke udara).
Macam tu agaknya ya...
BR to Farid bin Aspar:
muzium tu tak ada lah.. lori majlis bandaran ada lah.. hehe..
BR to iKhRam:
cuba ikhram cari di mana2 pasar karat, kalau ada rezeki adalah tu..
BR to stuck:
memang klasik..
BR to cikgu Muzaffar:
drama pendek itu memang tepat sekali.. hehe..
macam peluru jerrr...memang klasik gitu,
Itu yang penting tu, lori tulah sumber barang-barang lama. Strategi yang sangat licik untuk manfaatkan barang lama yang terbuang dalam lori majlis perbandaran. Lama-lama adalah muzium tu nanti. Insya-Allah. :D
bEST Nie bro, teringat wisel pengakap, he he he...
wahh , rajin awak buat entri benda benda antik polis nih eh :)
eh..wisel ni kat umah aida pun ade..abah punya..dia men baling2 je..hhihi
Kalau polis tiup wisel lagi cepatlah penjenayah lari.. huhuhuhu
Dalam simpanan sy ada satu wisel mcm tu... dia tulis kat situ... city whistel patent, london,osam, singapore
Brp harga wisel ni skrg
Saya ada satu.Baru dapat.Dlm simpanan.Ada tulisan POLICE /|\
Post a Comment