Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang sama ada dalam sektor awam atau kerajaan ketika ini bukanlah satu keganjilan. Telah banyak dari kalangan wanita yang telah menonjolkan diri berganding dengan kaum lelaki dalam jabatan-jabatan kerajaan atau swasta, malah ramai di antara mereka yang menjadi ketua dalam pertubuhan-pertubuhan tersebut.
Namun demikian dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak ramai wanita yang menjadi pegawai tinggi sehingga ini, kerana angkatan tentera merupakan satu profesion yang berbeza dan unik berbanding lain-lain profesion. Selain dari mesti mahir dalam ilmu ketenteraan, kenaikan pangkat berpandukan perjawatan yang disandang bagi memimpin sesuatu ketumbukan.
Walau bagaimanapun telah muncul seorang wanita terulung yang mencapai pangkat yang tinggi sebagai seorang pegawai kanan yang setanding dengan jawatan seorang lelaki yang jika dibanding taraf pangkatnya ianya setaraf dengan seorang Pegawai Memerintah yang memimpin satu ketumbukan atau batalion Infantri. Beliau ialah Leftenan Kolonel Dr. Freeda Fernandez.
Lt. Kol. Dr. Freeda Fernandez yang bercita-cita tinggi sentiasa tekun dalam kerjayanya sama ada sebelum berkhidmat dalam angkatan tentera mahupun sebelumnya semasa berkhidmat dengan perkhidmatan awam.
Beliau yang mula berkhidmat dengan angkatan tentera setelah ditauliahkan dengan pangkat Kapten adalah salah seorang dari kumpulan pertama seramai tiga orang Pegawai Perubatan wanita yang diserapkan dalam angkatan tentera.
Lt. Kol. Dr. Freeda Fernandez yang sudahpun mendirikan rumah tangga pada tahun 1985 dengan seorang pakar pergigian yang bertugas di Hospital Besar Melaka yang juga bekas penuntut Maktab Tentera Diraja Sungai Besi.
Beliau ialah seorang pakar dalam bidang kaji kuman yang berkhidmat dalam Kor Perubatan dan Pergigian Tentera Darat, kini bertugas dengan 95 Hospital Angkatan Tentera, Kinrara sebagai Ketua Pakar Kaji Penyakit.
Lt. Kol. Dr. Freeda Fernandez yang berasal dari Kuala Lumpur adalah bekas penuntut Sekolah Convent Bukit Nanas dan Sekolah St. John ini telah mendapat pendidikan perubatan di Lady Haringe medical College, New Delhi, India. Beliau lulus pada tahun 1975 dan pada tahun 1976 membuat Housemen di Hospital Besar Ipoh, setelah itu dihantar bertugas di Hospital Besar Seremban dan Kuala Pilah.
Anak kelima dari enam orang adik beradik ini menyatakan tidak menyesal berkhidmat dalam angkatan tentera, malah beliau merasa bangga kerana berpeluang dan berkemampuan mengabdikan diri dalam dua bidang ketenteraan yang mencabar kepakaran dalam perubatan.
Beliau pernah dihantar berkursus di Royal Post Graduate medical School, England pada tahun 1979 dalam kepakaran dan lulus serta mendapat diploma dalam bidang kaji kuman.
Di Hospital Kinrara ini, beliau menguruskan pengendalian kajian-kajian untuk mengenal pasti jenis kuman, jenis darah dan lain-lain yang berkaitan dengan dibantu oleh beberapa orang anggota perubatan lain-lain pangkat.
Selain dari itu tugasnya juga meneliti data-data tertentu dengan menyerahkan hasil kajian dan juga untuk membantu kumpulan doktor atau pihak atasan jika diperlukan.
Lt. Kol. Dr. Freeda Fernandez juga turut membuat pemeriksaan Pap Smear untuk wanita yang menerima rawatan di hospital tersebut sama ada dari kalangan anggota Pranita mahupun keluarga tentera yang mahu melakukan pemeriksaan bagi memastikan mereka terlepas dari kanser rahim.
Seorang yang tidak pernah merasa bosan dengan tugas dan tanggungjawabnya ini, beliau turut menduduki Jawatankuasa Penyalahgunaan Dadah, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Ini akan memberi peluang kepadanya untuk bertukar-tukar pendapat dengan lain-lain doktor seperjuangannya serta menambahkan lagi pengalamannya sebagai seorang doktor.
Dalam satu-satu kes, beliau juga terpaksa memeriksa air kencing perajurit-perajurit bagi memastikan dan mengesan sama ada perajurit tersebut terlibat dengan penyalah gunaan dadah atau sebaliknya.
Sebelum menjadi pelopor doktor perubatan wanita dan menjadi wanita terulung mencapai pangkat tersebut, beliau berkhidmat di Hospital Besar Seremban. Biarpun tanggungjawabnya lebih mencabar ketika bertukar dengan hospital tentera dari hospital awam, namun beliau menyatakan rasa gembira kerana ini akan memberi pengalaman yang lebih dalam meningkatkan mutu kerja dan prestasi kedoktorannya. malah beliau sedia menerima cabaran itu dengan hati yang tabah dan jujur bagi mengatasi segala cabaran tersebut.
Lt. Kol. Dr. Freeda Fernandez menyatakan kesediaannya mengubah haluan dari seorang doktor awam kepada doktor dalam tentera kerana ingin mencari sesuatu yang berlainan dalam hidupnya kerana dalam ketenteraan segala tugas pekerjaan berjalan mengikut peraturan dan disiplin tersendiri.
Pada pandangannya doktor wanita juga wajar berkhidmat dengan angkatan tentera kerana profesion dalam angkatan tentera mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Sumber: Sinar Zaman, Bil. 140 (tahun tidak pula dinyatakan).
*************************************************
Resepi hari ini:
BISKUT REPUT
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung sagu
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum (digoreng dahulu)
1/4 cawan tepung kastard
4 biji kuning telur
1 cawan santan pekat
sedikt garam dan baking powder
Cara membuatnya:
Telur dan gula dipukul hingga kembang.
Lepas itu masukkan pati santan, tepung gandum yang telah digaul dengan tepung sagu.
Lepas itu masukkan pula tepung kastard, sedikit garam dan baking powder.
Uli sehingga sebati barulah dicanai dan diterap.
Bakarlah hingga masak.
SELAMAT MENCUBA!
8 Any comments?:
bukti..wanita jgk bole jd hebat sperti llki..:)
ada kena mengena ngan freddie fernandez ke?
BR to simanis yang manis:
dari tentera ke cikgu? cukup kontra. rasanya memang berdisiplin habis anak murid tu.. hehe..
BR to nurani:
memang wanita hebat jika diberi peluang..
BR to paksab:
tak pasti la pula kakak atau adik freddie fernandez.. hehe mungkin kebetulan.
Salam BR, saya LAN3 dari KLIA, ingin bertanyakan tentang PTT GB, channel masih active ker? sy nak join bleh? Mertua saya tingal di Felda Besout 3, block 6, ni no PTT saya 014 2251865. roger.
kagum dgn kebolehan wanita...kena bagi peluang je, baru leh jadi macam ni....aik, resepi tu betul ke?? tak pernah dgr lak nama biskut tu...mcm mana rupanya??
BR to akulan3:
salam akulan3, semuanya telah terjawab..
BR to zuneta:
tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.. hehe..
resepi itu memang betul2. cubalah try tengok. resepi lama, rasanya dah hampir 30 tahun. kalau jadi nanti jangan lupa hulur2 lah ke sini barang seketul dua.. hehe..
biskut reput tu hape?? baru pegang dah reput ke atau masuk mulut je dia ilang? heeheheheh
BR to Puan tia:
namanya biskut reput. apa yang reput tak tahulah pula.. cuba dulu baru tau.. hehe..
Post a Comment