Mungkin ramai di antara pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak yang sering melalui terowong ini tanpa mengetahui kisah sejarahnya. Marilah kita imbau kembali kenangan kira-kira 33 tahun yang lalu mengenai terowong yang pernah mencatat sejarah sebagai sebuah terowong lebuh raya pertama di Malaysia.
Pembukaan terowong dan sebahagian lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak ini kepada lalu lintas telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam pada 07.01.1978 tatkala Bro Alan yang tinggal di Bentong masih belum lagi dilahirkan ke dunia ini.
Terowong jalan raya yang pertama di Malaysia ini terletak di genting Sempah, panjangnya kira-kira 3 000 kaki, ditebuk di tengah-tengah bukit dan hutan yang melintasi sempada negeri Selangor dan negeri Pahang berdekatan dengan persimpangan jalan lama ke Genting Highlands. Tingginya ialah kira-kira 2 000 kaki dari paras laut.
Tinggi terowong ialah 26 kaki dan lebarnya 32 kaki. Di sepanjang terowong diterangi oleh lampu-lampu berwarna merah muda dan sekiranya bekalan elektrik terputus, stanby generator akan bertugas secara otomatik.
YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam sedang melihat sendiri Bilik Gerakan pemantauan terowong.
Para pengguna terowong ini tidak akan menghirup udara yang beracun seperti gas carbon monoxide atau gas-gas kotor yang lain kerana satu sistem di mana udara bersih dimasukkan ke dalam dan udara kotor dikeluarkan ada disediakan.
Selain dari itu, sistem mencegah dan memadam kebakaran juga dilengkapkan. Perkhidmatan telefon dan lain-lain kemudahan juga disediakan. Tanda-tanda isyarat lalu lintas dan kawalan yang cukup di dalam terowong disediakan dan sebagai tambahan sebuah sistem kawalan melalui televisyen (CCTV) telah dipasang dengan menggunakan dua buah kemera.
Telefon darurat untuk menghubungi pengawal-pengawal terowong juga turut disediakan. Kakitangan JKR bertugas secara 24 jam di bangunan terowong itu dan sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan atau kebakaran, pengguna-pengguna terowong adalah diminta menghubungi mereka dengan menggunakan telefon-telefon yang disediakan di sepanjang terowong itu.
Dengan terbukanya terowong lebuh raya ini yang serba indah dan lengkap di Batu 23 jalan Kuala Lumpur - Bentong dan sebahagian jalan baharu, maka pengguna-pengguna jalan raya dari Batu 11 (Mimaland) hingga ke Batu 28, akan mengalami dan merasai satu perubahan yang sungguh selesa dan menyenangkan.
Mereka tidak lagi mengikuti jalan yang berbengkang-bengkok, tidak lagi menemui selekoh-selekoh yang merbahaya, pendeknya tidak lagi melalui jalan yang berliku atau berkelok-kelok.
Jalan raya dari Batu 11 dan Batu 28 dengan terowong yang terpanjang terletak di Batu 23, Genting Sempah, merupakan sebahagian dari rancangan kerajaan meningkatkan keadaan jalan raya di antara Kuala Lumpur dengan Karak.
Sebahagian daripada lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak yang telah dibuka kepada pengguna jalan raya.
Projek lebuh raya Kuala Lumpur - Karak ini bermula di Batu 3, Jalan Pahang Kuala Lumpur hinggalah ke batu 54 di pekan Karak. Sungguhpun jarak lebuh raya baharu ini hanya dapat dikurangkan sejauh tujuh batu sahaja, namun perjalanan di lebuh raya baharu ini akan dapat dikurangkan sebanyak 45 minit dan dalam keadaan yang lebih selamat dan lebih selesa.
Pembukaan jalan dari Batu 11 hingga ke Batu 28 yang termasuk di dalam rancangan Seksyen 1, 2 dan 3 kini telah memendekkan jarak perjalanan kira-kira 41/2 batu dan masa perjalanan dapat dikurangkan kira-kira 25 minit.
Bagaimanapun, kerana jalan raya itu ditebuk dan dibina di tengah-tengah bukit dan hutan belantara tebal, maka tentulah terdapat juga sedikit selekoh yang tajam dan pendakian bukit yang curam. Namun demikian jumlah selekoh dan pendakian yang begini telah dapat diminimumkan.
Tanda-tanda jalan, jalur pemisahan, kerlipan batu-batu isyarat di malam hari dan lain-lain tanda disediakan dengan secukupnya untuk memberi amaran kepada pemandu-pemandu. Lorong tambahan ada disediakan ketika mendaki bukit-bukit yang tinggi.
Pintu masuk terowong dari Negeri Pahang ke Kuala Lumpur. Kelihatan juga sebuah bas berwarna putih itu yang jika di zoom, jelas tertulis perkataan "Mara Ekspress".
Dengan keadaan ini maka para pengguna akan dapat memandu dengan lebih selesa, lebih cepat dan lebih selamat pada kelajuan 40 hingga 50 batu sejam.
Pemandu-pemandu kenderaan berat adalah dinasihatkan supaya mematuhi isyarat-isyarat lorong mendaki dan terus menggunakan lorong mendaki tambahan dengan seberapa segera dan pengguna-pengguna jalan yang lain haruslah berjaga-jaga sewaktu melalui tanda-tanda ini kerana kemungkinan pemandu-pemandu kenderaan berat akan mengambil semula lorong biasa mereka apabila saja mereka selesai menggunakan lorong tambahan tadi. Oleh itu, memotong pada tempat-tempat ini adalah tidak digalakkan dan merbahaya.
Tegasnya, lebuh raya ini telah dibina dengan mutu kejuruteraan dan keselamatan yang paling tinggi dan sebarang cubaan untuk mencemar mutu ini adalah salah dari segi moral dan salah di sisi undang-undang. hehe..
Jumlah perbelanjaan keseluruhan projek ini adalah dianggarkan sebanyak $160 juta. Ini tremasuklah kos pembinaan, pengambilan balik tanah dan sebagainya.
Fasa pertama projek ini mengandungi Seksyen 1, 2 dan 3. Seksyen 1 bermula di Batu 11 berhampiran dengan Mimaland dan berakhir di Batu 21. Seksyen 2 bermula di Batu 21 hingga ke Batu 22. Seksyen 3 dari Batu 22 membawa ke Batu 28.
Jalan dari Batu 22 ke Batu 28 telah dibuka pada 1 Julai 1977dengan satu jalan sementara dekat Batu 28. Jalan sementara ini akan diputuskan apabila kerja-kerja Seksyen 4, 5 dan 6, peringkat kedua disiapkan.
Tiga syarikat pemaju telah terlibat dalam pembinaan projek ini. Pemborong Seksyen 1 dan 3 ialah Syarikat Italian-Thai Development Corporation. Pemborong Seksyen 2 termasuk pembinaan terowong ialah Korea Development Corporation. Pemborong Seksyen 4, 5, 6 dan 7 yang termasuk dalam peringkat kedua ialah Syarikat Sato Kogyo Co. Limited dari Jepun.
Kerja-kerja sekyen yang lain dalam Projek Lebuh raya Kuala Lumpur - Karak ini dari Batu 28 hingga ke Batu 43 dijangka akan dapat disiapkan pada pertengahan tahun 1978.
32 Any comments?:
ingatkan citer seram terowong kat tv3 tu.
hehehe ;)
gud info. perkongsian yang baik.
kisah disebalik terowong Genting Sempah....setiap kali lalu je rasa kagum sebab lalu ditengah2 bukit.. hehe
selalu lalu kalau blik pahang, dengar citer terowong ni pernah runtuh, betul ke?
Dulu-dulu sebulan dua tiga kali lalu ikut terowong ni. berulang dari kemaman ke KL...pernah sekali keluar dari terowong hala ke kuantan terbabas sedikit dari laluan...ada minyak atas jalan. mujur sempat kawal kenderaan. adalah sekali dua terserempak dengan kejadian mistik.
tahun 78 saya tak lahir lagi hehehe..sekarang highway kl ni dah pisah dua..
dulu jalan dua hala je.satu pergi, satu balik sebelah menyebelah.masa tu jalanpun tak jem macam sekarang.
dahulu jalan ni masih berbukit. Dari jauh boleh nampak macam tinggi je jalan tu hehehe.
Sebelum masuk terowong boleh nampak serombong besau kat atas. Tapi sekarang dah tak nampak lagi.
As salam BR,
Salah satu projek mega dn hebat ketika itu. Ramai yg kagum dgn wujudnya terowong buatan manusia ni. Skrg dh byk terowong yg dibina menggunakan alatan moden samada menerusi bukit/gunung atau bawah tanah. Mimaland apa cerita terkini ye? Lama tak dgr kisahnya...
oo..gitu sejarah terowong ini....ya kagum dgn terowong ini....
Terowong canggih penuh sejarah.
BR to Nurul Iman Rosman:
hahaha.. tajuknya pun blues, memang tak seram pun..
BR to Aien Not Alien:
memang mengagumkan terutamanya pada zaman itu, tapi takut runtuh pun ada juga.. hehe..
BR to teratak hati:
kalau pernah runtuh pun biasanya tidak dihebohkan, nanti menakutkan pengguna pula..
BR to cikgu Muzaffar:
kejadian mencurah minyak pernah heboh di lebuh raya karak suatu ketika melibatkan kemalangan tragis sebuah bas fru. salah seorang rakan BR pun turut meninggal dalam kemalangan itu.
kejadian mistik di situ memang pernah didengar tetapi belum pernah mengalaminya. mungkin tersembunyi 1001 macam kisah di situ. sudi2lah berkongsi..
BR to bro Alan:
hehe.. saja BR hendak menyakat bro alan sebab sebagai org bentong mesti selalu menggunakan terowong ini.. hehe..
BR to bro Adry@Daun:
$160 juta memang satu jumlah yg cukup hebat pada waktu itu. pembinaannya turut dikagumi bersama teknologi yg digunakan pd waktu itu.
masih ingat lagi dengan mimaland, taman tema yg sungguh terkenal suatu ketika dahulu itu? akan cuba BR paparkan kerana mungkin generasi kini tidak pernah mengetahui mengenai kewujudannya..
BR to aima:
mengikut faktanya begitulah, BR hanya berkongsi info..
BR to simanis yang manis:
2 bulan 14 hari? tengah menyusu lagi tu.. huhu..
BR to bro thomas:
sungguh canggih pada waktu sebagai terowong jalan raya yg pertama dibina di malaysia..
balik kampung memnag kena guna terowong ni...
Anak kera bersorak-sorak,
lihat rerama keluar kepompong...
Imbas rasmi terowong karak,
Mula masuk pasti terlopong...
BR to Mawe:
kampung kat mana? kuantan.. hehe..
BR to bro ia:
pantun yang bagus.. BR tak pandai berpantun..
bro blues...kalau nak masuk terowong nie rasa cam seram sejuk jer...hahahahah...takut..
BR to Cik Kasut:
takut runtuh atau takut hantu?.. hehe..
Barulah kita tahu...
BR to cikgu zmah:
sama2 berkongsi info..
ingat aku dulu.. time kecik2.. mesti tunggu punye nak lalu terowong nii..
ohhh..mase Lebuhraya Karak ini dibina, saya tak lahir lagik, kagum tgk mula2 terowong tu dibina....sampai la rupa terowok karak tu skrg nih... perubahan yg semakin maju.....
saya belum lahir ag niy.. hak3,
baru tahu semue niy.. huhu,
Salam;
bergitulah sejarah pembinaan terowong sempah..sangat teperinci sekali data2nya tentang terowong ni..nice info.
BR to Pondok Usang:
dah besar2 ginipun kadang2 seronok juga.. hehe..
BR to eMMe:
sebaya dengan bro alan lah macam tu. BR selalu masuk terowong menora (gua tempurung) sebab selalu balik ke utara..
BR to ✿nurfaiezahbisman✿:
sekadar berkongsi info..
BR to yusuflaili:
jika ada maklumat yang tak betul, sila betulkan..
Salam blues..cuma, tak dengar pula cerita berapa banyak nyawa yg terkorban untuk membuat terowong tersebut..takut cerita kejayaan bertukar menjadi cerita seram..huhu
Assalamu'alaikum.
selamat berkenalan dr sy kasehmia.blogspot.com
suka ngan blog ni. lain dr yang lain
BR to Abang Long:
mungkin ada kisah2 misteri yang tidak dihebohkan di sebalik pembinaan terowong ini. wallahualam..
BR to nurbeena:
waalaikumussalam. selamat berkenalan juga dari BR..
drp kck mmg dh round 1 msia abah bawak. boleh dikatekan stiap bln ade je. ble lalu je sni, klu tetdo sure die kejutkan... hahahaa sbb kire kagum la kat sni. mne nk jmpe trowong zmn dlu. btw misssss the old day. thx abah :)
BR to Fabulous Me:
sampaikan salam buat abah..
menariknya kisah tentang terowong ni.. gambar2 klasik gitu. selalu lalu terowng ni kalau nak balik kg.. =)
Thanks bebanyak bro pasal bagi posting bermaklumat yang berharga lagi menarik ni. Memang susah nak cari maklumat camni. Aku dah linkkan kat dalam blog aku http://blogjalanraya.blogspot.com so singgah2lah ek... ;)
BR to squall-shinoda:
terima kasih.
BR, dulu2 ade 'lorong tikus' nak masuk ke jalan lama ke KL, tapi biasanya nak berendam kat sungai Batu 7 atau kolam air panas je.....highway tak banyak kenderaan pun macam sekarang. Sebelum wujudnya highway ni asal naik bas ke KL kene standby beg plastik, majoriti muntah dlm bas. Genting Sempah masa baru2 bukak highway udaranya sejuk dan nyaman.
Post a Comment